Followers

Monday, May 11, 2009

Raja Muda Perak bersetuju jumpa DS Nizar esok pagi..

[MB_sah.JPG]

Raja Muda Perak telah bersetuju untuk berjumpa dengan DS Nizar Jamaludin esok jam 8.30 pagi. Dalam pertemuan tersebut, DS Nizar akan memohon untuk membubarkan DUN untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan. Demikian diberitahu oleh ADUN Sungkai, A. Sivanesan.

Sivanesan juga berharap permohonan kali ini akan diterima. Nizar merupakan Menteri Besar yang sah dan oleh itu beliau berhak untuk memohon pembubaran DUN.

Sultan Azlan Shah kini berada di Amerika Syarikat.

Semua ADUN Pakatan Rakyat akan bermesyuarat malam ini jam 11 malam untuk merangka apa yang akan dilakukan esok.

Esok akan menjadi satu hari yang dramatik dimana Nizar akan bertemu raja Muda, manakala Barisan Nasional akan memohon perintah mahkamah untuk mengenepikan keputusan mahkamah tadi.


sumber PerakExpress

10 comments:

bukit teluk sera said...

salam. Raja Muda boleh terima mengadap dan terima permohonan sahaja sebagai wakil.

keputusan pembubaran tetap di tangan Sultan Perak.
semoga Allah Al-Haliim melembutkan hati Sultan kali ini. sama2lah berdoa.

faizal said...

semoga sultan dapat menerima pembubaran dun.. semoga rakyat perak memilih pemimpin yang benar benar beribawa contohi lah kelantan.. bawah pas selamat!!!!

MOGUNDAHALI said...

Salam

DS Nizar perlu memohon pembubaran tiga DUN katak itu jika permohonan untuk 1 Perak tidak diperkenankan oleh Sultan.

3 ADUN katak itulah punca kemelut di Perak sehingga hari ini. 3 ADUN katak perlu dikembalikan ke sungai kinta sahaja, biar mereka sedar bahawa tempat yang sesuai bagi mereka adalah dalam sungai rakyat, bukan pemimpin katak.

Dannis Leong said...

Bubarkan Dun Perak....Hidup rakyat

Anonymous said...

Tahniah,Ingatkan Allah,Banyak Tasbih dan doa keampunaan Dari Allah.Insyaallah kita berjaya bubur dewan.Amin

Anonymous said...

Tahniah,Syukur Pada Allah,Banyakan Tasbih,Doa,Istighfar dan Pohon dilembutkan hati Paduka Seri Suktan agar dibuburkan dewan,semuga rakyat perak dapat buat penentuan.Amin,

Seladang said...

Kemenangan Nizar adalah kemenangan rakyat! Suara Rakyat Suara Keramat. Syukur kepada Illahi yang memberkati perjuangan rakyat!

Anonymous said...

Semoga Allah membuka pintu hati orang-orang yang belum nampak kebenaran... Alhamdulillah atas kemenangan...Gigihkan usaha.. Mantapkan perpaduan.. Semoga Perak terus aman.... Aman dari pengkhianat bangsa.. Aman dari penceroboh hak dan suara rakyat...

Anonymous said...

Alhamdulillah kebenaran tiba jua dan balasan yang baik untuk org2 yang sabar dengan dugaanNya.

Kebatilan yang cuba ditutup oleh UBN akhirnya bocor mengeluarkan bau hanyir penipuan , ketamakan kuasa dan kebejatan ilmu.

Ini baru balasan dunia atas pembohongan dan pelacuran kuasa UBN, tunggulah akhirat nanti ...

Moga DUN Perak diperkenan utk dibubarkan.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamuaikum. Dalam pemerintahan Islam tiada pembangkang dan tiada demokrasi. Yang ada hanyalah sistem khalifah. Jadi apakah hukumnya PAS yang dikatakan sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam, dalam masa yang sama masih mempertahankan ideologi politik Yahudi. Ternyata Pas bukan sahaja pembangkang malahan Khawarij.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil