Followers

Wednesday, August 27, 2008

dah lega..

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Alhamdulillah ummi dah selamat sampai rumah...2 hari tinggalkan rumah pi memenatkan diri di Permatang Pauh...tapi tak rasa penat sebab kemenangan telah menepis kepenatan itu dan diisi dengan kegembiraan yg amat sangat...

2 hari disana macam2 dah dirasa...bersesak dengan jem..berhujan..berpanas...semuanya telah membuatkan perjuangan ini rasa manis...yang best ummi angkut anak kecik ummi join ummi dok kat tepi jalan berkempen..siap terngigau2 dia sebut "repomachi"..."barang naik"..

2 hari jugak ummi tak buat apa2 posting...pasal tak ngadap pc...laptop pun tak bawak..pasai memang niat hanya untuk membantu dalam PRK Permatang Pauh ni..so ummi bercutilah dari update blog ni...

Bertolak dari Penang pukul 5.oo am dan sampai rumah jam 10.00 am..sampai je rumah kemas barang gitu gini..pastu cakap dengan hubby ummi nak qadha tido kejap...nak hilangkan penat dan lelah selama berada di PRK Permatang Pauh..dah boleh tido lena pasai dah menang..

Pasai keputusan dan suasana PRK Permatang Pauh rasa banyak blog dah ada cerita..malah di update setiap masa seperti blog perisik rakyat , perakexpress , malaysiabiz-aloha ,matcomot , cucumatkilau , al-banjari..

Ucapan TAHNIAH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pari Keadilan Rakyat kerana kemenangan yg besar dengan majoriti 15,671 undi...

Terima kasih pula ummi ucapkan pada...Ezam..KJ...Sayfool..Najib kerana membantu memberikan kemenangan besar kepada DSAI...

Tahniah juga kepada Imam Ramlang Porigi kerana keikhlasannya menerangkan duduk sebenar kes sumpah laknat sayfool kepada pengundi Permatang Pauh....

sekarang tugas baru menanti DSAI...suasana baru untuk DSAI...harapan baru utk rakyat dari DSAI...

# gambar2 di PRK Matang Pauh nanti ummi akan buh di entry yg akan datang..

wallahualam

3 comments:

Anonymous said...

Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

aloha2 said...

Maaf Ummi saya hanya sempat menyapa saja...pada waktu2 menunggu keputusan,Tn Haji Malik Husin yang menang 2 juta akibat penahanan ISA tidak sah pada beliau.

Dia tanya betol ker tadi dalam tv3 ada tulis di bawah berita dari bernama timbalan ketua AMK penang keluar PKR dgn 80 orang...

masa tuh pula sibuk dok update keputusan...sok sek sok sek...patah balik baguih punya sibuk update...tgk2 kawasan ramai tetiba hanya ada berapa kerat...semua p tuanku bainon...hehehe...

yang penting DSAI kata dia bukan wakil PKR...dia wakil kepada Pakatan Rakyat,Untuk Rakyat,Kepada Rakyat,Demi Rakyat Ada PAKATAN RAKYAT...

Terima kasih kepada semua jentera,pemuda,anak muda,wanita,muslimat negeri,bahagian serta semua cawangan PR turut sama doa2 semua teman2 yang mengharapkan kemenangan...

i luv u all.....memori yang tak dapat saya lupakan sampai bila selagi ada hayat n waras...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam
anak muda parlimen batu,

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

aloha,

takpa zul time2 camtu tak tegur pun ummi tak ambik hati aihh...tapi bangga gak mau jugak zul ternampak ummi no...hehehe

berita2 yg pelik selalu je keluar sejak semenjak BN ni kalah...tak tau kenapa..

memang PRK Permatang Pauh PRK yg paling menarik dan bersejarah...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil