Followers

Sunday, August 24, 2008

Tumpahnya air mata DS Wan Azizah...

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Artikel dan gambar2 ni ummi ambik dari blog Puan Zuraida Kamaruddin ahli parlimen Ampang..untuk tatapan semua... sebagai seorang wanita bila melihat keadaan ni..akan tersentuh juga hati kita..dalam hati ummi mengagumi DSWA, betapa tabah dan kuatnya hati seorang wanita belum tentu smua orang boleh menjadi sekuat dan setabah beliau...dia insan yg terpilih..

kita selalu melihat DSWA tersenyum tapi hati wanita tetap tidak sekuat mana bila fitnah yg dilemparkan kepada suami yg disayang..maruah suami dirobek2...kata2 maki hamun sewenang2 dihambur kepada teman hidup kita..hati mana yg tak merintih...berat mata kita memandang ..berat lagi hati DSWA yang menanggung..bersyukur juga beliau mempunyai anak2 yang sama tabah dan sentiasa memberi sokongan yg tak berbelah bagi untuk membantu si ibu agar tetap berdiri teguh walaupun dilanda puting beliung...insyaAllah setiap hamba Allah ada habuan mereka masing2...hanya tahap kesabaran yg menjadi ukuran di antara diri kita dan orang lain..

kita hanya boleh bersimpati dan mendoakan agar DSWA tabah dalam menepuh dugaan Allah...Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan hambaNya...dan setiap ujian itu adalah tanda kesayangan Allah terhadap hambaNya..

wallahualam...





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebentar tadi berlangsung bacaan yassin dan tahlil di Surau Guar Jering, Guar Perahu bersama petugas dan penduduk tempatan.

Bacaan yasin serta tahlil ringkas yang di adakan bertujuan memohon kerahmatan serta kejayaan dan perlindungan dari segala musibah pada seluruh petugas-petugas pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Sedang khusuk Kak Wan membaca serta mendalami isi yang terkandung dalam Surah Yassin tersebut, tiba-tiba tersentap saya apabila beliau menitiskan air mata yang menitis membasahi pipinya.

Sempat saya bertanya pada beliau, dengan nada serta mata yang masih merah serta titisan air mata mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjawab beliau masih teringatkan kisah sewaktu kancah politik 1998. Beliau juga terharu dengan semangat perjuangan serta kegigihan petugas untuk memastikan kemenangan pilihan raya kecil tersebut.

Beliau juga menambah hanya Allah S.W.T saja yang dapat membalas budi baik serta jasa mereka semua.

2 comments:

Admin said...

Laaa....kek kampung den ni....huhuhuhu!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam Des,

ummi kat Matang Pauh gak ni...dah dekat dgn kampung Des taknak jemput ummi ke rumah ke..??

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil