SANDAKAN, 26 Sept (Hrkh) - Menyara ibu bapa yang sudah berusia, dengan dua orang anak yang masih kecil, Hapipah Majid, terpaksa memikul tanggungjawab tersebut bersendirian setelah suaminya, Abu Bakar @ Zainon Rashid, ditahan ISA.
Sejak enam tahun lalu, Hapipah bertungkus-lumus menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan pelbagai pekerjaan demi masa depan anak-anak. Apatah lagi, tugasnya sebagai seorang pendidik terpaksa dilupakannya kerana beliau adalah isteri tahanan ISA.
Sekolah swasta tempat beliau mengajar sebelum ini, bertindak memberhentikan beliau sejurus suaminya ditahan akta maha zalim itu.
Bermula saat hitam itu, Hapipah membulatkan tekad mengintai segala peluang bagi meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa Dua, Sandakan, Hapipah kelihatan tenang melayani pertanyaan Harakah berhubung kehidupannya setelah dipisahkan dari suami tercinta.
Mengimbau kembali detik enam tahun lalu, Hapipah ternyata memiliki kekuatan yang amat tinggi apabila berhadapan detik itu, yang saat itu beliau sedang hamil sembilan bulan.
Namun, hari demi hari beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan demi masa depan anak-anak dan keluarganya. Kini, berbekalkan semangat jitu beliau mengambil peluang menjual ubat-ubatan bagi kelangsungan hidupnya.
Sempena Syawal yang bakal menjelma, Harakah mengambil peluang menyampaikan sumbangan pembaca Harakah menerusi tabung ISA yang ditubuhkan sejak April lalu kepada Hapipah.
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika mengunjunginya di rumah beliau, 23 Sept lalu.ummi..,
kalau macam ni pun masih kata akta ISA tak zalim dan masih diperlukan..ntah la nak kata apa lagi...tunggu puak2 ni pulak rasa duk kat kamunting tu baru depa tau zalim ke tidak ISA tu..
HAPUSKAN ISA..!!
2 comments:
salam Ummi....
Doa2 orang yg terinaya yelah Allah swt janjikan kepada mereka. Dia akan makbulkan.. Insyaallah. Kepada mereka2 yg menginaya... ianya sama seperti dengan cerita ARAK...seperti membuat, memproses, membungkus, mengedar, menyimpan dan apa sahaja yg membabitkan ARAK ianya tetap bersalah.. Wallahualam
salam mr.kulat..
menghidangkan arak juga tetap bersalah...walaupun dia tidak minum..
wallahualam
Post a Comment