Followers

Tuesday, October 07, 2008

"tanda protes kerajaan negeri" mufti letak jawatan...

[mufti_perlis_new.jpg]

PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

"Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

"Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan," katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

"Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu," katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

"Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

"Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar," katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

"Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

"Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan," katanya.

4 comments:

Admin said...

Ummi...dia letak jawatan ke kontrak dia tamat? Ke ada yang nak memorak perandakan jawatan dia ni...konfius tul!

kulatlapok said...

salam Ummi....

Yang mempeertahankan dia nampaknya Shahidan je.. MB Perlis yg baru ni macam tak ada MB je..??

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semua..,

Des,

dgr kata dia letak jawatan..frust org taknak dgr nasihat dia..pasal politik pon ada gak...wallahualam

Mr.Kulat..

ummi pon perasan gak MB baru ni cam tenggelam..

wallahualam

cabaipadi said...

Salam ummi,

Mohon mampir ke laman blog saya

http://cabai-padi.blogspot.com/

latest post:-
Bila Mufti 'Diterajang' Keluar!!!

Kalau tak keberatan harap dapat pautkan blog saya dalam blog puan.

tq!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil