Followers

Wednesday, January 21, 2009

Statistik PRK P36...



"Pelajaran







Mac2008 Pengundi 80,229, Melayu 70,600, Cina 8744,India 480, keluar mengundi 81.9% 65700.

Jan2009 - Keluar mengundi 79.7% 64100. penurunan 2.2% 1600. Melayu56300, Cina 6100. Sebab sukar mendapat cuti 2 kali kerana terlalu dekat dengan cuti tahun baru Cina.

Malas keluar kerana merasakan PRK kurang penting. Rimas atau berkesan dengan kempen sesuatu parti yang bertanding.

Pengundi Cina keluar mengundi 69.7% sahaja.menurun dan rendah dari purata keseluruhan sebanyak 10%. Sebab ingin dilihat low profile dalam situasi politik tempatan. Mengendurkan panggilan sebagai king maker.
Sebab 3 di atas.

Pengundi India tiada perubahan dilihat dari Mac2008. Barangkali 50%Bn,50%PR.

Calon Pas 32883,BN 30252.majoriti 2631. Nisbah undi PR52.08%:BN47.92%,majoriti 4.17%. Pas meningkat 949undi= 2.97% BN menurun 2310 undi=7.09%

Pengundi Cina undi BN 58% 3500.Pengundi Cina undi Pas 42% 2900. Pengundi Melayu undi Pas 29783 iaitu 52.9%. Pengundi Melayu undi BN 26552 iaitu 47.1%.

Pengaruh undi Pas dari Cina merosot . Tetapi diberitakan Pas menang sokongan terbuka dan kewangan dari pengundi Cina. Pengaruh undi BN dari pengundi Cina masih tinggi. Menjarakkan dari pengaruh PR sebanyak 16%.

Pengaruh undi Pas dari Melayu semakin baik dengan menjarakkan dari BN sebanyak 5%.

Kesimpulan ketara.

Pengundi Cina diberitakan memberi sokongan dan kewangan terbuka kepada Pas. Undi Melayu Pas meningkat dan meninggalkan BN sebanyak 5%. Undi Umno jelas merosot sebanyak 7.09%.

Pengajaran politik.

Umno jangan kata PR menang besar di P44 kerana itu kubu kuat Anwar.
Umno jangan kata PR menang kecil di PrkP36 tiada apa apa.
Jangan tunggu sampai tak terkata apa apa.
Umno jangan mainkan isu liwat memang tak laku.
Umno jangan mainkan isu babi memang orang tak larat nak dengar.
Umno jangan lawan Pas pakai buah silat Pas.
Umno telah menhangatkan isu hudud menyebabkan pengundi Melayu mempertahankan Pas.
Hudud telah memenangkan Pas!

p/s Pas=PR saya taip mengikut selesa.-Tranungkite

2 comments:

budi baik said...

kalu umno menang pon melayu miskin juge. silap2 kene rampas tanah macam orang penan mase wat pojek bakun tu. sian orang penan. abg mie ko orang kelantan ke? ko x tau ke kat kelantan tu lagi maju dari negeri9 , melake , pahang. yg memang dari dulu lagi kubu kuat umno. kelantan walaupun kerajaan pusat bagi peruntukan skit tetap leh survive. lu pikir la abe mie. abe mie konon. ceh.. hampeh

Anonymous said...

Melayu memang Miskin tetapi berlagak kaya. PAS menang pemimpinya yang senang. Orang melayu tetap tak terbela. Kalau orang DAP tanah Perak di rompak Menteri Besar masih tak rasa apa apa. Apa orang Melayu dapat di Perak . Tanyakan Menteri besar Perak berapa banyak Premium Tanah yang dia dapat dari Jual tanah Negeri Perak. Orang melayu memang tidak pandai berpolitik. Bayangkan dulu Kelantan, Kedah dan Terengganu di Jajah oleh Siam. Kalau tak ada kafir British tentu nasib Melayu di negeri ini senasib dengan Orang Melayu di selatan Siam. Orang Cina mengundi guna otak orang Melayu mengundi guna perasaan. Ingat bagaimana British menjajah Perak dan Selangor, bukan kah hasil kebodohan orang Melayu sendiri. PAS boleh berbangga dengan kemenangan mereka, kini tunaikan tanggungjawab sebagai sebagaimana yang dia amanahkan. Kurangkan berpolitik kuat kan kerja untuk rakyat. Negara akan di landa kegawatan ekonomi yang hebat lebih hebat dari tahun 1998. Bersedia kah pemimpin Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor menghadapinya. Pulau Pinang telah mula merasa bahananya. Kilang Intel akan di tutup dan di pindahkan ke negara lain.Apa yang Menteri Besar dia buat, jangan salahkan pemimpin BN atas kegagalan ini. Bagi orang PAS mudah sahaja katakan kita memang boikot barang Amerika habis cerita.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil