Followers

Tuesday, April 21, 2009

Waran Tangkap Ke Atas Mohd Sabu Dibatalkan

ahkamah Majistret Jawi Seberang Perai Selatan Pulau Pinang membatalkan waran tangkap ke atas Naib Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bersama sembilan yang lain pagi ini.

Majistret Nor Ashikin Mokhtar membatalkan waran tanpkap itu setelah berpuashati penjelasan daripada peguambela selain dari kehadiran Mohd Sabu dan sembilan yang lain di mahkamah pagi tadi.

Semalam Mahkamah Majistert Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan pengikutnya kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini berhubung tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas tahun lalu.

Mohamad Sabu, 53, dan sembilan penyokongnya Zamarul Aini Abdul Malek, 37; Zainal Azrun Zainal Abidin, 35; Abdul Rahim Mat Ariff, 58; Md Lazim Osman, 50; Mohd Biyamin Ishak, 44; Fauzi Saharat, 44; Abdul Razak Ramli, 42; Mohd Subri Mohd Said, 42; dan Mohamad Salleh, 47; didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pemimpin PAS itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran plaza tol Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada kira-kira pukul 7.45 malam, 9 Disember 2007

sumber kelab greenboc

mesti ramai yang kuciwa dengan berita ini...lagi pada mereka yang begitau ghairah menyorak pada Abg Mat sabu bila waran tangkap untuk beliau dikeluarkan...ingat senang2 ke nak tangkap Abg Mat..kalau ditangkap pun tak heran..masuk ISA je dah bape kali..ini kicik punya hal lah...senang saja mau kasi setel...
komen

7 comments:

tok iskandar said...

Macamana kalau esok SPR isytiharkan perletakan jawatan ADUN Penanti x sah........jeng..jeng..jeng

Kalau sah lainlah citernya,cuma tok cadangkan pemimpin PKR dan DAP berhenti menghentam antara satu sama lain dalam media totok umno.tak ada untungnya.bak menadah badan kita untuk ditembak dengan peluru hidup.

tok setuju juga dengan pandangan bloggers,tindakan UMNO lepas ni adalah menguasai kerusi Speaker Perak.Lepas UMNO menguasai Speaker,tidak susah untuk menambah banyak lagi kerusi untuk kawasan majoriti Melayu di Perak sebagai taktik untuk memenangi PRU akan datang.

Tok tak tahu apa persediaan PR di Perak.Tindakan ketua kampung yang dilantik oleh PR menyaman zambri kerana memecat mereka akan menyukarkan zambri mentadbir Perak kerana ketua kampung ini dipilih melalui undian orang kampung.

Tak kena gaya muflis zambri dan bolehlah kita adakan pilihanraya kecil di kerusinya

Ketua-ketua kampung ini akan menjadi duri dalam daging UMNO.Macamana UMNO nak memerintah Perak kalau rakyat dah benci kat mereka.

Lepas ni eloklah bloggers semua cari kelemahan zambri dan biar dia tak dapat lepak langsung dan berkesudahan seperti khir toyo.

zambrilah yang mula-mula menimbulkan isu perjanjian pangkor 2 yang kononnya ada perjanjian sulit nizar dengan DAP.Lepas tu nizar difitnah sebagai boneka DAP.

rakyat tak perlukan pemimpin yang reti tahu memerintah dengan cara memfitnah orang lain.jika benar dedahkan semula perjanjian pangkor 2.jika gagal,PR boleh menyaman UMNO atas tuduhan memfitnah dan mencemarkan imejnya.

PR juga perlu menguatkan kedudukannya dan mengeratkan kerjasama sesama PR sebagai persediaan PRU akan datang.dekati dan fahami rakyat.umno sudah mula belajar dan seorang timbalan menterinya tidur di rumah peneroka sebulan sekali untuk dekatkan diri dengan masyarakat.

eloklah PR sedar dan mula mendekatkan diri dengan rakyat dan rajin turun ke padang agar rakyat dapat melihat PR sebagai alternatif kepada BN

Anonymous said...

Abang Mat Sabu ni dah lali dengan Makamah. Di tangkap khlawat tetapi masih suci. Mengelar Anuar Aljuburi kini menjilat Nuar pula. Orang macam ni masih di sokong oleh totok PAS. Buat salah macam mana pun Orang PAS tetap bersama mu Mat Sabu. Mukin tahun depan dapat gelaran Datuk dari sultan Kedah.

Malaysian-2Day said...

hehe, seronok tul tgk komen ummi, kecik punyer hal, senang kasi settle. hehe yer la ummi, memang kecik punyer hal. ummi jgn lah menjadikan ini satu contoh untuk anak2 ummi lak, sebab nanti bila besar dia akan jadi pemberontak yang tak kenal rasa hormatkan undang2. Ingatlah, jgn terlalu seronok melanggar undang2. Undang2 ujud untuk membezakan kita dengan BERUK kat hutan tu.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ishh..ishh..ishh..tang mana lak yg melanggar undang2 tu..tapi ummi lagi risau kalau anak2 ummi jadi perampas hak rakyat tapi terlepas dari dihukum mengikut undang2..tu lagi bahaya...jadi pengkhianat rakyat...nau'zubillah...akan dilaknat sepanjang masa oleh orang ramai...

Malaysian-2Day said...

ala ummi ni, hak rakyat mana lak kene rampas? saya juga rakyat negeri perak. tak rasa kene rampas pun. masa PAS memerintah 10 bulan tu pun saya tak rasa hak saya di rampas. saya kene terima perubahan. bukankah perubahan yang ummi mahukan? terima je la ummi, perbuatan pemimpin ummi tu melambatkan projek2 pembangunan untuk kami rakyat perak. jgn menghukum rakyat kerana perjuangan ummi untuk pemimpin.

Baginda Reformasi said...

terokle hangpa nih...!
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam malaysian2day..

memang la hang tak terasa dirampas..sebab hang geng yang merampas..tentu la tak rasa sakitnya..

ummi salute hang boleh terima perubahan bila PR memerintah..tetapi pemimpin hangpa yang tak boleh menerima..tu pasal depa merampas..awat takleh tunggu PRU 13 ke kalau nak ambik alih Perak..

jadi siapa yang tak boleh terima perubahan..PR hanya nak mempertahankan hak yang rakyat dah beri kepada PR..PR takde la nak merampas balik..tapi nak mempertahankan kerajaan PR yg dipilih rakyat dalam pilihanraya..

ummi nak tanya..kerajaan Perak yang BN dapat sekarang adakah dari hasil pilihanraya..??adakah rakyat yang memilih BN untuk memerintah Perak..??

jawapannya..TIDAK..BN dapat dari cara yang tak demokrasi..

wallahalam

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil