Followers

Monday, June 22, 2009

DAH..!! tutup kes...!!





Alhamdulillah...selesai juga kekecohan yang dibuat orang pihak2 yang iri hati dengan ukhuwah yang telah terbina sekian lama dalam PAS...amnya Pakatan Rakyat..yang keruh dah mula menjernih...yang berkocak sudah semakin bertenang..segala pujuk rayu UBN dipandang sepi oleh Pakatan Rakyat...

sejuk hati melihat suasana apabila sesama pemimpin tertinggi PAS sudah boleh berganding tangan semula..ini sebagai contoh..dalam Islam..tegur menegur..ingat mengingati...maaf memaafi adalah amalan yang selama ini jemaah PAS praktikkan..tuntutan agama adalah yang utama..maka wajarlah kepada kita yang dibawah ni..mana yang dah masam2 muka tu..bersalam2an lah..yang mana dah main jeling2 tu..boleh la pandang tepat ke mata saudara kita...buang yang keruh ambil yang jernih...berlain pendapat tidak mengapa tapi jangan sampai bermasam muka...

semua yang berlaku ada hikmahnya..musibah ini telah melahirkan tali yang memantapkan ukhuwah sesama kita...ujian telah berjaya kita lepasi dengan cara berhemah dan bermuhasabah...semoga peristiwa ini menjadi sejarah kepada PAS bahawa sikap buruk pengadudomba tidak pernah jemu dengan agendanya untuk memecahbelahkan tali ukhuwah yang kukuh..berwaspadalah selalu...

wallahua'lam...

2 comments:

pria malaya said...

[[ Alhamdulillah..sekali lagi penulis manarik lafas lega disusuli kalimah memuji Tuhan yg Esa...seperti yg telah dinyatakan penulis sebelum ni, harapan dan doa penulis akhirnya dimakbulkan..

Penulis ada menyatakan perihal ini disini, dgn tajuk "Mesyuarat ukhuwah - Alhamdulillah..inilah yang sebaiknya"....penulis postkan sebahagiannya disini..

Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

Teguran si ayah kpd si anak...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

seterusnya boleh baca di sini ..

Akhir kalam, semoga saf kepimpinan mengambil pengajaran dari episod duka ini..selain isu 'kerajaan perpaduan', kelemahan dlm berinteraksi (pertemuan, mesyuarat, meja rundingan, face to face dll) sesama barisan kepimpinan, adalah penyebab utama kepada berlangsungnya krisis dan sengketa yg agak mendebarkan ini..semoga Allah merahmati kita..

wallahualam...]]

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/happy-ending-nik-aziz-tarik-balik-minta.html

PAPA GOMO said...

SALAM UMMI,
BELUM SELESAI LAGI NI...
HAJI HADI KENYIT MATA KAT NASA...
HU HU HU
NIK AZIZ SENYUM SEMACAM JE....

TUNGGU JE....HE HE HE

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil