Followers

Saturday, June 20, 2009

yang mana satu idaman hati

ada yang buat kenyataan sokong TGNA..ada yg mengambil sikap mendiamkan diri..ada yang menjadi penasihat..rata2nya adalah untuk menjaga PAS supaya tak hanyut dibawa arus deras...ramai yang sayangkan PAS..tak kira dia pimpinan..ahli..penyokong maupun pemerhati politik saja...baik TGHH...TGNA..Ustaz Nasa..Tok Pa...depa semua pun sayangkan PAS..sebab PAS bukan hak individu...ianya kepunyaan ramai...maka bila ada saja bunyi2 yang tidak menyenangkan ramai yang akan bangkit...itu tindakan semulajadi kita sebagai manusia yang berperasaan..

isu TGNA berang dengan ustaz Nasa ..ummi suka alasan yang diberi oleh real_aduka...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..
itu cuma amaran bukan betul2 nak diambil tindakan kerana kita kena lihat juga selama Ustaz Nasa di dalam PAS dari ahli biasa sehinggalah dia memegang jawatan tertinggi PAS..isu UG inilah yang baru dia tesasar..tersasar kerana dia ingat semua ahli paham pasala UG ni seperti yang dia paham...dia tersasar kerana penerimaan seseorang itu berbeza2..bukannya semua mempunyai tahap pemikiran yang sama..

selama ini dia telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk PAS...takkan kebaikan yang banyak kita boleh lupakan oleh sebab yang satu ini..takkan takde peluang kali kedua untuk dia bertapak di dalam rumah PAS...tapi biasalah lumrah alam..manusia akan memperbesarkan keburukan seseorang itu dari kebaikkan yang telah dibuat bila kita tidak suka...

TGNA pula telah banyak menelan pahit di dalam politik jahat amno..dari muda sehingga la sekarang...mereka yang bukan ditempat TGNA mungkin tidak rasa semua itu..bak kata pepatah..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..maka yang muda kenalah menghormati perasaan TGNA juga..kenapa tak berjumpa dan diperjelaskan dengan mata bertentang mata..kalau kita menggunakan medium akhbar sebagai orang tengah macam2 yang akan timbul..seperti kita main telefon karat..kita sebut lain yang sampai dah lain cerita..cerita sejengkal..boleh menjadi sedepa..kena pulak akhbar yang pro sebelah pihak musuh..lagi sedap dia sesuka hati tambah ramuan nak kasi sedap cerita....

sebenarnya isu UG ni boleh diselesaikan dengan aman kalau caranya tertib..walaupun ianya hanya idea seseorang...tapi kalau didiskusi dengan berilmiah...insyaAllah terungkai semua perkara..tapi bila duk berbisik2 dengan orang tertentu saja..memang kena la ...korang kena cekop ke...korang kena hempuk ke..tahan aje la..kalau nak setel korang mintak maaf dan bertaubat janji tak buat lagi....terima la risikonya..kita ni bila banyak bercakap..banyak la buat silapnya..tu pasal jangan banyak cakap..nanti orang salah paham kita yang dipersalahkan..

idea kalau bagus dan semua paham..insyaAllah takkan ada percanggahan pendapat...akan ramai lagi yang akan bantu bagi orang yang tak paham tu biar sampai dia paham..ini kira sudah salah langkah la ni...

kalau tanya ummi sokong mana...ummi berdiri di belakang siapa..ummi akan jawab..TGNA ummi sayang...TGHH ummi sayang..semua pimpinan ummi sayang...kalau ummi boleh sokong semua sebab semuanya ada alasan depa masing2 yang semuanya untuk penambahbaikkan PAS..ummi tak reti nak pilih mana2..kalau korang boleh kerat hati ummi beberapa bahagian..kira hati ummi dah takde nilai la...pasal hati bila dah berbelah bagi..apa buat pun tak jadi..

wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...

salam

lebih baik kita berdiam diri dalam hal ini,biar pimpinan yg selesaikan..bg yg memahami manhaj pas dia pasti akan berpegang pada sam'u wa taat..selagi tak bercanggah dgn pandangan syarak..tgna cakap boleh perpadua tapi dgn syarat pas jadi menteri,dap jadi menteri,n pkr jadi menteri..kalau begitulah maksud n pemahaman tgna,bukankah ianya sama shj dgn apa yg dilontarkan oleh tghh??habis tu kenapa msih lg terdapat salah faham di pihak tgna??

persoalan ini yg lebih utama bg org2 yg sayangkan pas,perlu ia diperhatikan..

bagi saya ianya berpunca dari adanya golongan jim dalam pas yg cuba mengkucar-kacirkan pas..inilah masalah yg berlaku dalam pas tak kira dimana pun,mereka sukakan akan perpecahan dan hanya mahukan org2 mereka menguasai pas..kalau begitu kenapa tak buat parti baru??kerana mereka tiada kekuatan,maka jalan yg ada adalah dgn menggunakan platform pas sbg pentas dan jalan untuk mencapai matlamat mereka..

termasuk dgn cara menyalah ertikan maksud idea yg digagaskan tghh..pecahkan maklumat dlm mesyuarat..sampaikan maklumat yg salah dan sebagainya..memang terlalu-lalu-lalu jahat dan keji..

berdiri teguh dibelakang pimpinan2,berdiri teguh dibelakang syura..itulah jalan sebenar dan terbaik bg seorang muslim..kerana selepas alquran dan hadis ialah syura..bukan seseorang individu..

wassalam.

evolusi cicit sagor said...

Jgn menyesal kemudian hari dah le. Dulu penah kena skali, masa tu PAS terpaksa bina imej semula dalam tempoh yg lama. Buang je TP dan SUA tu, abis cite. Kan bagus kalu sume pimpinan kata UG tidak akan dilaksakan kan. Abis cite....

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil