Followers

Saturday, July 04, 2009

babi..babi..dan babi lagi...!!

lama sungguh ummi tak publishkan bicara Tok Iskandar ni..hari ini mari kita baca apa ulasan Tok iskandar mengenai isu yang melanda negara kita..

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Tok nak sentuh sikit tentang apa kebendanya wacana ilmiah yang dipromosikan pemuda PAS kepada pemuda UMNO.Pada hemat tok,eloklah direntikan dan fokuskan kepada PRK Manek Urai terlebih dahulu.Ada jugak faedahnya daripada menimbulkan kekeliruan pada jemaah parti.Media totok umno bazir masa je korang salahkan pasal korang sendiri tahu keja media totok umno ni.Macam citer P Ramlee dalam 3 Abdul.Sorang tu penyangak sorang lagi penyamun.dah kena dah penyamun jual penyangak.Tok tak kata pemuda PAS penyangak..ini tok ambik contoh dalam citer P Ramlee.

Lain kali buat lah keja yang menampakkan kebijaksanaan korang dan kesian tok tengok TG Nik Aziz yang bermati-matian menolak kerajaan perpaduan @ UG.Lepas ni berentilah citer pasal kerajaan perpaduan@UG atau wacana ilmiah.Tumpukanlah dulu kepada prk manek urai.

Hari ni kecoh pemuda umno melaka serang pemuda PAS dan DAP pasal bukak kaunter pendaftaran ahli di pasar malam.ini tindakan tak cerdik pemuda umno dan nampak sangat tak kreatif.kenapa korang tak bukak kaunter pendaftaran kat shopping complex ke,arkib mara ke...ada gak faedahnya daripada serang pemuda PAS dan DAP kat pasar malam.

Ada lagi ke mereka yang cerdik dalam pemuda UMNO sekarang.Spesis macam ni Pemuda PAS nak buat wacana ilmiah...bazir masa adalah.

Kat negara kita fenomena babi semakin menggemparkan.Bukan setakat selsema babi,siap kandangnya sekali jadi sajian utama media totok umno.Patutnya selsema babi jadi fokus utama mereka.Kandang babi tu sebenarnya dari zaman kerajaan BN x ada permit.Tok heran kenapa x mintak permit pulak.Tok tak nak komen lebih pasal bab makanan ni perut masing-masing.cuma jangan sampai menyusahkan orang lain.

Patut boleh bincang secara bijaksana.Bagi umat Islam babi tu haram tapi bagi bukan Islam itu makanan mereka dan ada yang dah jadi makanan ruji mereka.Macam tok kata tadi berbincanglah secara berhemah.Dulu DAP Kedah pernah persoalkan tindakan kerajaan negeri PAS Kedah laksana polisi kuota 50% untuk bumiputera dalam sektor perumahan.siap komen dalam media totok umno lagi.cubalah hormat-menghormati sesama rakan komponen.

Masa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui GERAKAN buat banyak kondo sampai orang melayu kena pindah dan keluar dari pulau,DAP tak bising pulak.Kita tahukan siapa yang mampu beli kondo.berapa kerat sangat melayu yang mampu beli kondo.Masa PRU yang lepas DAP pernah berebut kerusi dengan PKR dalam parlimen Pokok Sena.Tak salah tok kerusi Dun Derga.pasal tak ada kompromi,DAP dan PKR letak calon masing-masing bertanding dan akhirnya calon GERAKAN menang tipis.jika dicampur kedua-dua undi mereka,PR akan dapat satu kerusi Dun lagi.nasib baik Mahfuz Omar menang sebagai MP Pokok Sena.

Tentang nasib babi ni tok tak nak ulas panjang.Setahu tok babi kat melaka lagi banyak.Dulu pernah guna FRU tapi satu kandang pun mereka tak berani robohkan kerana keprihatinan mereka khususnya KM mereka Ali Rustam.Apa kata Tok Ali offer buat kandang babi untuk babi Kedah ni.Dulu orang kata masa JE,banyak babi Negeri 9 dipindahkan ke Melaka.Sejauh mana kebenarannya tok tak dapat nak sahkan.Puluhan tahun kandang babi di melaka beroperasi tanpa permit.dahlah dekat kampung orang melayu yang memang sensitif dengan babi.Ada jugak gossip kalangan Melayu kat sini,babi Singapura pun ada dibela di sini.

Cubalah kerajaan pusat dan negeri cari penyelesaian yang bijaksana tentang isu kandang babi yang jadi buah mulut orang ramai dan negeri-negeri yang jadi tumpuan seperti Selangor,Kedah,negeri Sembilan dan Melaka.dalam masyarakat majmuk kena ada sikap saling hormat menghormati.Sikap pentingkan diri sendiri perlulah diketepikan.Apapun kena settle dulu kes selsema babi tu.

Kadang-kadang kita kalah kat BN kerana kurang cerdik serta bodoh sombong.Jika inilah yang berlaku,BN akan memerintah negara ini 50 tahun lagi....percayalah.Kenapa?tak percaya.....

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil