Followers

Thursday, July 02, 2009

kejutan demi kejutan...PR jaga2

dekat seminggu ummi tak update apa2 cerita ..isu semakin hari semakin hangat..semuanya mengenai politik negara yang sentiasa bergelora..baik di pihak BN mahupun pihak PR sendiri..

semalam kita dikecohkan mengenai ura2 DUN Perak akan dibubarkan...kisah ADUN BN yang akan menyokong PR tersebar dengan cepat..kisah kehilangan 2 tokoh lompat katak of the year juga terselit..heboh cerita ini diperkatakan...tapi yang pasti hingga hari ini belum ada apa2 pergerakkan..kalau kita baca cerita Dango Mamamat kat sini...mungkin ada benarnya..tinggal lagi belum berlaku seperti yang dibayangkan..ummi pun berharap sangat kemelut Perak ini segera ditamatkan...sebab ummi rasa Perak sekarang ni macam tak ada Menteri Besar..walaupun MB kat Perak ni lebih dari seorang..udah2 le tu yop kesian kat kami di bawah ni..nak ke kiri tak berkenan nak ke kanan tidak boleh ..

kita tunggu dan lihat...apa akan jadi sedikit masa lagi..

sekarang ini bukan setakat di Perak saja kecoh..Kedah pun dah menjangkit..yang ni sesama PR la pulak...dahtu disebabkan binatang paling popular masakini..babi a.k.a khinzir..

adakah tindakan DAP matang..?ada orang buat soalan ini...adakah DAP Kedah sudah memendam amarahnya kepada PAS Kedah selama ini ..macam gaduh laki bini pulak rasanya..teringat cerita seniman bujang lapok.."pasal taik pun mau gadoh ka aci...ayoyo" yang ini pasal babi..bukan boleh dipandang remeh..ianya berkaitan dengan sensetiviti antara kaum..yang menjadi kehairanan kenapa babi punya hal..bangunan pulak jadi mangsa..macam marahkan nyamuk kelambu dibakar..ada persamaan tak..ada kot...

harap isu ini dapat ditangani dengan berhemah..jangan sampai merebak ke negeri lain...cukuplah Perak saja yang dirampas..jangan Kedah pulak menerima nasib yang sama..harap pimpinan pusat dapat  menjernihkan keadaan di Kedah..

jangan disebabkan bangunan yg diroboh..ikatan PR pun turut roboh...ntah la semakin hari semakin pelik lak kelaku ahli2 politik skarang ni..

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil