Followers

Sunday, August 23, 2009

Lompat hai si KATAK lompat..!!


Exco Kedah keluar PKR
Ogos 23, 09 12:42pm

ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya." - malaysiakini

Apakah berita ini akan menarik pengundi Matang Pasir untuk mengundi BN..??

Berapa pulak habuan katak Lunas ni dapat untuk menjadi KATAK..? alasan nak jadi KATAK semuanya alasan budak tadika ..kasi la alasan yang canggih sikit..kata la PKR tak dapat nak bagi duit banyak ka..PKR tak bagi rasuah ka..apa2 yang canggih la..

tapi KATAK Lunas ni memang cerdik..dah jadi KATAK bebas tapi jawatan Exco nak angkut sekali..tak malu punya muka..sapa2 ada kasut lebih kasi kat KATAK Lunas ni..dia tak ada kasut tu...!!

ummi sarankan supaya MSK cepat2 buat kelas untuk calon YB dan YB2 yang ada sekarang tak kira apa parti ..sebagai bayangan macamana kelas tu nanti hangpa baca sendiri senarai artikel di bawah ini...

Neophilia: Intro

Neophilia: Memahami Alam Sekeliling

Neophilia: Mengenali Diri

Neophilia: Nonsense

Neophilia: Sound Trouble

Neophilia: Matlamat dan hala tuju

12 comments:

Anonymous said...

waa kenal jamaluddin abu hassan tu sebab dia pernah jadi ketua gua masa dalam tentera dulu nak tahu siapa dia itulah dia 'dinnn langauuuuu'

Pencari Qurratuaini said...

kenapa org PR kuar parti dikatakan Katak si katak lompat, tapi BN kuar parti duk diam je..tak adil le...hehe..tp dah agak pun, PR mmg cari salah org je..salah sndiri..duk sembunyi..

pelangganKEDAIKOPI said...

salam ummi,

memang patut MSK buat kelas untuk mentarbiyahkan calon2 yang bakal bertanding kelak... terutamanya dari PKR. Buat ujian kelayakan skali, mana yang tak layak.... jangan bagi muka untuk bertanding, takut nanti jadi katak.... Inilah padah PKR yang mengambil calon untuk 'tangkap muat' masa PRU12. Yang menjadi mangsa.... pengundi.

CUPING MERAH said...

apa nk jadi ngan pkr nii?

aku tk tau mike berjuang atas dasar apa?

DAP MELAYU said...

MOhd Radhi Salleh kena pergi jumpa kesemua 17,863 orang pengundi yang mengundi beliau dalam PRU yang lalu, minta 'halal' untuk keluar parti.

Kalau kau tak dapat izin dari kesemua pengundi itu, maka gaji yang kau terima setiap bulan adalah HARAM !

Mohd Radhi, kalu tahu ker halal haram ?

Anonymous said...

Biarlah dia keluar.Tak guna simpan orang begitu.Perjuangan dia yang terpesong bukan parti.Kita tak tahu perkara sebenar.Dia ingat perjuangan PR ni macam perjuangan BN dapat macam-macam dan boleh buat macam-macam.Kalau nak buat suka hati tak payah jadi wakil rakyat.Jadi orang biasa.

Anonymous said...

MSK nak tarbiyah?
MSK tu sapa?
Kan ka dia pun jenih xdak prinsip?
Aku ingat hang nak suh PAS Tarbiyah pasai hang duk dalam muslimat PAS.
Tapi hang g carik MSK lak.
Selagi pengisian rohani x diberi dalam diri depa nih, termasuk la mamat MSK nih, selagi tu la diorg akan tmbuikan masalah.
Hang pun satu, bodo piang

anti umno said...

alahai anon 2:38

yang tak paham bahasa politik rupanya.hang ingat org PKR nak bagi PAS tarbiyah depa ka,depa mana suka tarbiyah2 ni.orang PKR hanya boleh ditegur oleh orang PKR saja.pasai depa tau apa penyakit depa.ummi suruh MSK pasai MSK orang PKR,kalau bagi pada PAS awai2 depa tak mau dengar.

bagi PKR tarbiyah tak perlu itu pasai selama PKR tubuh mana ada program tarbiyah ni.bila kata orang PKR banyak mendatangkan masalah depa kata PAS tak reti bersyukur pasai PAS dapat berkuasa sebab PKR,dan bila BN rampas kuasa di Perak depa tak ngaku penyebabnya PKR.

pasai apa ummi mintak MSK,sebab MSK lantang sangat duk hentam PAS,kuman seberang laut nampak,gajah tang batang hidung tak nampak.hang kalau nak komen tgk makna yang tersirat bukan yang tersurat.bahasa politik banya konar2 hang tau.

tak reti jgn komen bodoh piang.

C++ said...

Banyak la duit raya dier dah dapat kumpul.... boleh la beraya sakan.. hehehe

halal haram buat apa nak dikira.... hahaha... jadilah posa terbatai dan silap-silap mudah jadi ahli neraka...

cicitHJHASSANu said...

buang burok

Anonymous said...

Umie..teman nak ingatkan lagi..jangan lecakap berapa ADUN tu dapat habuan..Fitnahni kalu U tak minta maaf dgntuan diri..Neraka lah tempat kamu..walau pun U ahli PAS...
Kalu tak ada bukti yang benar ..jangan cakap dan sebarkan seluruh dunia..U ingat bila sembahayang, puasa, haji..pangkah pas..dah confirm syurga??..sori lah.. U as blogger pon akan di soal akan kebenaran..Fitnah ke Tak..hati iklas ke tak..
I hanya memberi nasihat sesama Islam je..

anti umno said...

amboii la org takdak nama ni

hang kecoh buat apa..?? ummi ada kata dia dapat habuan ka..??kan dia tanya...hang yg dok tuduh org apa pasai..?? nk teguq tak kena gaya aihh..ummi ada kata katak tu dah dapat habuan ka..??baca bagi paham dulu baru la hang mai dtg nasihat lagi no..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil