Followers

Saturday, September 26, 2009

SIS mohon tangguh hukuman sebat...sapa yang nak kena sebat ni..Kartika ke SIS..??

[HARAKAH] 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

ishh..ishh..apa yang SIS ni merepek meraban ni..? tuan punya badan pun tak ada nak minta tangguh hukuman dia...inikan pula SIS yang tak ada kena mengena dalam ini filem..

ummi teringat semasa lawatan ziarah ummi bersama Muslimat PAS dan Pusat ke teratak Kartika Sari Dewi..anatara soalan yang ummi ajukan adalah seperti berikut..

"adakah dengan kelengahan pihak berkuasa yang mahu melakukan hukuman ini akan membuatkan Kartika rasa bosan dan akan mengambil tindakan dengan membuat rayuan..maksudnya akan menukar fikiran terhadap hukuman sebat seperti yang Kartika mahukan ?"

"saya tidak akan mengubah pendirian saya, walaupun ianya mengambil masa yang lama...kerana sebelum keputusan hukuman itu dibacakan memang saya sudah menerimanya ..tidak kira apa saja jenis hukuman yang bakal saya akan terima dan saya tidak akan membuat apa2 rayuan walaupun diberi peluang itu..saya tidak akan menggesa pihak berkuasa kerana bagi saya ini adalah kes pertama dan saya akan beri ruang yang seluas2nya untuk mereka melaksanakan terhadap saya.." pengakuan Kartika Sari Dewi di hadapan kami.



Alhamdulillah...sehingga ke hari ini Kartika masih lagi dengan pendiriannya..sepatutnya SIS patut berbangga kerana Kartika sanggup menawarkan dirinya sebagai contoh supaya umat Islam yang lain sayangkan diri sendiri dengan menjauhkan diri dari arak..bukan pertikaikan hukuman yang telah digubal oleh mahkamah syariah untuk memelihara umat Islam..yang ummi nampak SIS macam nak jadi musuh hukum syariah aje..apa kes ni beb..!!? kata memperjuangkan hak asasi wanita Islam..lain la cerita kalau Kartika tak mahu kena sebat..masa tu baru la SIS kena ke hadapan mainkan peranan..

SIS ni nak tolong umat Islam menjunjung agama Islam ke nak merosakkan umat Islam ..tak paham la dengan pendirian SIS ni..
"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Dr. Hamidah menambah, SIS mahu pihak berkuasa menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas Kartika sehingga kesemua ruang perundangan dan ruang-ruang lain yang berkaitan dilalui.
yoo SIS..hangpa paham ke tak kehendak si Kartika ni..dia bukan nak mintak bantuan tangguhkan sebatan..dia mintak dicepatkan supaya dapat diselesaikan segera hukumannya...bukan mintak tangguh sis ooiii...yang hangpa pi pandai2 mohon itu..mohon ini apa kes..?

hangpa nak berlagak jadi heroin wanita Islam..?? tapi tak kena gaya la sis..sepatutnya hangpa kena kasi semangat dan nasihat supaya jangan sesekali mengulangi kesalahan yang sama..SIS juga sepatutnya rasa bangga kerana bila hukuman ini dilaksanakan akan menimbulkan rasa gerun kepada umat Islam untuk menjadi peminum arak..ini adalah salah satu cara mendidik umat umat Islam..

hangpa baca amaran dari Kartika ni..

Kartika yang redha dengan hukuman yang dikenakan itu dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin berkata, terlalu ramai orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang menghubunginya serta berjumpa dengannya dan keluarga sejak kebelakangan ini.

Malah kata Kartika, perkembangan itu telah mengganggu kehidupannya sekeluarga selain beliau didesak melakukan pelbagai perkara yang tidak mahu dilakukan.
Kartika juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya selepas ini.


Sebatan sebagai terapi penagih arak

Saintis Rusia daripada Novosibirsk Institute of Medicine mendapati hikmah tersebut dalam kajian mereka seperti dalam web The Medical News yang memaparkan berita-berita dan hasil-hasil kajian terkini perubatan daripada seluruh dunia (http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx). Perbezaannya ialah Islam mengkehendaki bahawa bahagian yang disebat itu hendaklah bertutup (dalam keadaan berpakaian) dan tidak boleh tanpa lapik atau telanjang (naked).

seorang saintis Rusia, Dr Marina Chuhrova yang mempunyai sepuluh orang pesakit ketagih arak yang menjalani rawatan terapi merotan. Pada asalnya pesakit-pesakit ini tidak menyukai kaedah ini tetapi apabila ia mula memberi kesan positif, mereka bertukar menjadi suka, sehingga mereka sanggup membayar lebih kurang RM400 untuk satu sesi rawatan.


Tambah Nasrudin dalam pendedahannya, ahli biologi, Dr Sergei Speransky yang mengetuai kajian itu, mendakwa hukuman jasmani boleh membantu seseorang menangani masalah ketagihan dan tekanan. Sergei mengesahkan yang beliau bukan sadis walaupun beliau mencadangkan kaedah merotan atau menyebat, dan kaedah itu ternyata berkesan.

Kaedah ini biasanya melibatkan 30 sesi atau paling baik 60 sesi.

dalam ummi mencari info mengenai hukum dan hukuman untuk peminum arak..ummi terjumpa satu perbincangan mengenai hukum kepada peminum arak di satu blog..perbincangan yang cukup menarik..ianya dikisahkan mengenai hukuman bagi peminum arak..


Tiada hukuman kepada peminum arak yang tertulis dalam Al-Quran ..?

mengikut di dalam sebuah hadis... 

"Saidina Ali telah berkata, bahawa apabila seseorang minum arak, dia cenderung untuk melakukan fitnah dan dalam kes ini lelaki itu telah melakukan fitnah. Oleh itu kita hukum dia dengan hukuman memfitnah iaitu 80 rotan."

manakala syafieeyah meletakkan peminum arak dan seumpamanya 40 kali sebatan kerana nabi tidak menetapkan pukulan.

ulama-ulama juga membezakan bilangan pukulan bagi golongan hamba dan merdeka. ada yang tidak membezakan seperti zahiriah.

riwayat abu hurairah kadarnya 40 kali sebatan. dari anas ra berkata "nabi menyebat peminum arak dengan sebatan sebanyak 40 kali"


"siapa yang minum arak, maka pukullah ia.."


hadith ini dikelurkan dari bukhari, muslim, turmuzi dan abu daud



jadi disini timbulnya hukuman sebat sebanyak 80 kali dan 40 kali terhadap peminum arak..sedangkan sebatan 80 kali itu adalah hukuman terhadap kesalahan menfitnah ketika ia mabuk dan bukan kesalahan meminum arak...tetapi kita harus faham di dalam Al-Quran menyebut arak itu HARAM..

di dlm fiqh jina'ei (jinayah), hukuman secara asasnya dibahagikan kpd bbrp bhgian antaranya, pertama : had (hudud), kedua : qisas, ketiga : ta'zir

di dalam hukum had (hudud), maka syarb khamr (minum arak) merupakan salah satu daripada dosa besar atau jara'im yg jatuh hukuman hudud ke atasnya. antara hukum hudud yg lain adalah zina, mencuri, qazaf, merompak, dan beberapa kesalahan lain.

sememangnya ulama' berselisih pd jumlah pukulan. ada yg mengatakan 80 kali, dan ada juga yg mengatakan 40 kali

mengenai sebab atau 'illah yg digunakan bagi hukuman hudud ini, sememagnya mempunyai khilaf juga. imam abu hanifah membezakan antara arak dan benda yg memabukkan. dan hukuman hudud ke atas pemabuk bkn krn minum arak (minum arak adalah haram, ini hukum qat'ie), tetapi kerana kesan akhir yg akan membawa kepada keburukan..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." - Surah al-Ma''idah: 90

ini adalah dalil pengharaman arak.

berdalilkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:- hadis sahih riwayat Muslim :

"Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai." - Riwayat Muslim.

Apa yang pasti hukuman bagi peminum arak ada di dalam hudud dan hukuman tersebut berupa sebatan. 40 kali atau 80 kali sebatan itu dikeluarkan oleh ahli ilmu berdasarkan hujah dan keadaaan semasa.maka dipastikan bahawa peminum arak harus dihukum dengan hukum hudud bukan dengan hukum sivil..itupun setelah disahkan pesalah benar2 bersalah..

Dalam kes Kartika ini..hukum sudahpun ditetapkan yang menjadi masalahnya sekarang adalah melaksanakan hukuman itu..tukang sebat sepatutnya sudah siap sedia untuk melakukan tugasannya..tempat untuk disebat Kartika sendiri sudah menawarkan di hadapan khalayak ramai..maka tiada masalah lagi utnuk disegerakan hukuman Kartika..

Malaysia yang dikatakan sebagai negara Islam sepatutnya tidak mengendahkan tekanan2 dari luar untuk menggagalkan hukuman terhadap Kartika ini kerana sanitis juga mengiktirafkan sebatan sebagai terapi untuk penagih arak..orang sanggup bayar untuk disebat untuk pemulihan..

wallahua'lam..

9 comments:

CUPING MERAH said...

apasal sis sebuk sangat ni...sis ke wanita umno?

Free Our Mind said...

Sister In Islam adalah rancangan the hidden hand untuk memusnahkan Islam dari dalam. Mereka umpama api dalam sekam.

fidel castro said...

sepatutnya SIS bela kaum ibu / isteri mangsa ISA

mAlonG Sufina said...

SIS = sisters in satan

Sharouk said...

SIS ni daghi dulu aku doh gegham aku nengoknye . Macam le deme tu pembele wanita, perosak ade.

cicitHJHASSANu said...

mungkin sis pun dah terlanjur macam kartika...
tu yang terasa disebat....
satan in sisters

Anonymous said...

Kesian dgn SIS....Pulanglah ke pangkal jln...Pintu taubat masih terbuka...Jgn la masuk ketahap Jahil Yg Gelap Gelita...Nerakalah tmptnya...Xblh nk Memartabatkan Islam,Jgn la halang Islam Dimartabatkan..

Kesian kt korg..SIS...SIS......

Harap Majlis Fatwa amek Tindakan pd SIS..

Pada saudara2 yg sokong umno,mari sama2 kita berdoa,agar mereka kembali insaf,Syariat Islam didaulatkn di Malaysia oleh kerajaan BN,dan moga2 anak2 kita dijauhkan dari segala mcm maksiat yg dibela,dijaga oleh MCA&MIC termasuk sekutu mereka,parti terbesar sebangsa Najib,Aku & kau...

-saddamalaya-

Anonymous said...

blogger dr Pakatan rakyat ada gak yang berpandangan gitu...tak caya?/ cari la sendiri..simpatai tak kena tempat

Anonymous said...

opps..malah blogger muslimah PAs pun

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil