Followers

Monday, September 28, 2009

hapuskn Peraturan Borang 2 dalam Undi POS..kenyataan bersama Bloggers !!

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :

* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

 MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2


Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.


Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.



Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.



Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.

Sekian wasalam.

Sumber : Sini dan Sini

2 comments:

Anonymous said...

buatlah macam mana sekali pun ... hasilnya?

korang menangis air mata berdarah pun ttp tak berubah.. hahaha!

r.k said...

Mari raikan anak yatim di sini.klik.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil