Siapa dia individu ini yang tiba2 menjadi bualan setiap lapisan masyarakat..ada yang mengeji..ada yang kagum..ada yang simpati..dari mulut orang awam sehinggalah mulut pemimpin negara...dari dalam Malaysia sehinggalah ke luar negara kes Kartika disebut2..
Kartika Sari Dewi Soekarno bukanlah warga Indonesia seperti yang ramai sangkakan(termasuk anak2 ummi sekali) walaupun namanya keindonesiaan..anak ke-empat dari 9 adik beradik ini adalah warga negara Malaysia anak jati Perak tetapi mencari rezeki di Singapura bersama 4 lagi adik-beradiknya dan menginap di bawah satu bumbung..sudah bersuami dengan jejaka berwarganegara Singapura..punya sepasang cahayamata yang berumur 7 tahun dan 5 tahun... berkerjaya sebagai jururawat di sebuah hospital di Singapura..menjadi model papan iklan (bukan model 'catwalk')secara sambilan...kini berusia 32 tahun.
Isu Kartika sebenarnya bermula kira-kira 1 tahun setengah yang lalu apabila Kartika di tangkap ketika meminum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur...percutian bersama teman2 Kartika(kebanyakkannya berbangsa cina) disitu merupakan percutian yang malang bagi Kartika..Kartika mengaku dia meminum arak bersama teman2nya ketika tangkapan berlaku..dan ditangkap ketika selepas baru sahaja meneguk arak ..
Bak kata Al-Banjari..,
Kamu meneguk arak ditempat yg salah Kartika, aku percaya jika kamu meneguk arak di puncak Genting, mungkin sampai bunting pun kamu tidak akan ditangkap ! Kata orang di situlah syurganya dunia, kota riang-riang !!
tetapi yang salah tetap salah..tak kira kamu minum di mana dan siapa kamu.. hukumnya tetap HARAM dan salah...walaupun 'mereka' yang punya kuasa selalu terlepas pandang ataupun memang saja2 melepaskan pandangan 'mereka' demi sesuatu..kerana gejala minum arak di kalangan umat Islam ini bukanlah satu yang rahsia lagi..mereka berani meminum secara terbuka kerana lemahnya penguatkuasaan tentang arak ini..
Allah SWT menegaskan dalam al-Quran ; " Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor ( najis / keji ) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." surah al-maidah ayat 90.
seperti pengakuan Kartika semalam arak adalah 'ibu kepada segala kejahatan'..bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah..sudah kena tangkap baru sedar ianya salah..maka dengan pendirian itu Kartika mengaku dan sedia menerima apa saja hukuman yang akan diterimanya tanpa merayu..hampir 1 tahun setengah Kartika berulang alik ke mahkamah syariah Pahang untuk sebutan kesnya..menyebabkan Kartika terpaksa berhenti kerja sebagai jururawat bagi menumpu sepenuh masa terhadap kes ini supaya ia segera diselesaikan..dan selama itu tiada siapa ambil peduli akan Kartika..dan pada 20 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya..maka Kartika akur dan redha dengan hukuman itu..
Nah..!! disinilah mulanya nama Kartika menjadi buah mulut ramai...apabila hukuman dijatuhkan dan Kartika menerima bulat2 keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tanpa membuat sebarang rayuan ..tekadnya bulat untuk menerima hukuman sebat walaupun ditawarkan untuk membuat rayuan..bagi Kartika tekadnya telah dibuat sebelum hukuman dijatuhkan lagi ..tak kira apa saja bentuk hukuman dia tetap akan junjung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah..maka keputusan tekad itu menyebabkan ramai pihak yang tersentak..terkejut ..seperti baru tersedar dari lena yang panjang sambil menggesek2 biji mata yang berselemuih dengan taik mata...
apakah benar makhluk yang bernama Kartika ini sanggup disebat..? benarkah Kartika ini tidak mahu membuat rayuan..? kenapa dia mudah menerima hukuman tanpa membantah ..? bukankah senang kalau Kartika menerima hukuman dengan membayar RM 2000 sahaja dan ..apa Kartika ini gila..? sebagai seorang wanita dia lebih rela disebat dari hanya membayar denda RM 2000 dan membuat rayuan..bagi Kartika rasa bersalahnya tidak akan selesai dengan hanya membayar RM2000 dan merayu..
Antara denda RM5000 dan 6 kali sebatan atau RM2000 dan buat rayuan..manakah pilihan ramai..? ummi rasa ramai orang akan memilih RM2000dan membuat rayuan dari menerima hukuman RM5000 dan sebatan..di sinilah timbul kepelikan dalam sistem perundangan mahkamah syariah kita..rupa-rupanya nama saja mahkamah syariah tapi tidak menggunapakai hukum Islam dalam perlaksanaannya..hanya diambil sekerat-sekerat..
Pak Soekarno menyebut.." saya heran orang yang jual arak tak kena tangkap..tapi orang minum aje yang kena..pada hey yang menjual orang kite..yang menghidang pun orang kite tapi hotel tu saya tak pasti sape punye..cuba le check2 sape yang punya ..orang melayu ke bukan.."" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.
"saya cuba nak tegakkan hukum Islam ikut Islam yang saya mampu..nak ikut cara Taliban saya tak mampu..saya had ini aje yang saya mampu untuk membuka mata pejuang2 kepada hukum hakam Islam ni..mereka yang arif tentang hukum hakam syariah..cerodik pandai tentang undang-undang Islam ni le yang akan merungkey dan melaksanakan..saya takat labon kedai kopi boleh ler..cuma saya tak sangka boleh bukak sampei ke deme..ini kuasa Allah Taala..sampei Dato' Najib ambik tau..menteri itu menteri ini semua ambik hey.. "
Disini kita lihat sistem perundangan syariah negara kita tidak sepenuhnya mempraktikkan hukum yang telah Allah tetapkan untuk umat Islam..adakah 6 sebatan itu benar2 sudah mengikut syariat Islam dalm menghukum pesalah arak..?menurut tok mufti Perak..hukuman yang dijatuhkan itu juga tidak menepati kehendah Islam..
" Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a."akan bersambung dialog bersama Kartika
8 comments:
nak tanya sikit kat kelantan berapa sebatan? 40 atau 80? ko bela la peminum arak tu..ye la,tak tahu ke sapa yg tak suka? SIS yg PAS suruh haram tu le...moleklah tu
baru 6 sebatan pun dah bising,ntah camne gamak kalau 40...pas tu nak tgk berjaya ke tidak kilang arak kat selangor di tarbiahkan heheheh
Baru setahun PR memerintah Selangor.
BN yg tubuhkan kilang arak tu. Knp taknak mengaku?
Oh lupa, korang kan mmg penakut!
sebab ada orang bagi lesen pada kilang arak tu. Namanya UMNO Jahannam
وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Al Kahfi Ayat 28 yang bermaksud: .... dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya (kerana kepentingan dunianya) dan adalah keadaannya itu melewati batas.
tu le keje korang..bila susah sikit salahkan BN,kelantan duk sebat dah dekat 10 orang dgn 6 sebatan weh bukan 40..bila denmark hina nabi..demo satu malaya,DAP hina? oo takpe di tak faham..tu PAS sebenarnya jahil cam UMNO jugak..2X5
bila nak banding..banding dgn UMNO..ingat semua org atas malaysia UMNO ke?bandingla dgn Islam samada apa yg kita buat betul atau ikut syarak...jgn petik ayat Quran pastu ngumpat semau-maunya...bila tegur..UMNo lagi teruk..hehehee,
Tgk Kedah..PAs kuasai? apa yg dah buat dgn arak?..o ya gak//bila tangkap kan..ramai kat sini gi lawat peminum tu/kesian kat peminum ni..tak patut dia dihukum patutnya bantulah dia beli se tin dua dua beer lagi/
Aiseh lupa lak..UMNO yg salah tu..isk isk mentaliti penganut /penyembah hizbiyyah camnila..
acu puok2 mu duduk di kelate, baru tau. kelate syorga benda2 khayal nih.. gapo nik ajik buat??? kecek mudoh amat boh.. gi jah kelate sebut saja apa jenis khayal yg anda mau... musti torcapai. ni tuan punya blog ni.. ambo nasihat kn gi la jalan2 ke kelate deh. serambi mekah kunun. SERAMBI DADAH buleh la.
Post a Comment