Followers

Friday, October 16, 2009

PAS kalah...besar hikmah disebaliknya..

Alhamdulillah..telah selesai PRK N31 bagan Pinang..baru hari ini ummi dapat membuat entry..jejak saja kaki ke rumah agenda utama adalah merehatkan badan kata lainnya memanjakan diri..mana taknya selama 3 hari ummi terpaksa tidur di awal subuh..nasib baik kepala tak sampai ke peringkat pening2 langau..balik ke kawasan sendiri dah kena selesaikan tugas yang mana perlu segera diselesaikan..

Setelah kita mendapat keputusan kekalahan di PRK Bagan Piang ini..ramai yang beri ucapan "jangan kecewa".."jangan putus asa".."jangan mengaku kalah".. "teruskan perjuangan"..kita tidak kalah dlm erti kata sebenar"..macam2 lagi kata semangat..tetapi bagi petugas2 yang bertugas di setiap PRK...kalah bukan satu pelemah untuk terus berjuang..menang adalah bonus yang cukup manis untuk para petugas pilihanraya..jangan risaukan hati2 kental petugas2 ini..kerana mereka tidak pernah kenal erti gagal...

Bagi mereka yang tidak pernah turun di lapangan..rasanya lebih kecewa dari yang bertungkus lumus di medan..kerana bila kita berada di medan perjuangan kita tahu ukuran kekalahn dan kemenangan kita...bagi ummi kekalahan di pihak PAS bukanlah boleh membuat pejuang2 tewas..kerana kekalahan ini mengungkap banyak rahsia yang tersorok..dan ini adalah hikmah kepada PAS Negeri Sembilan..

Pilihanraya kecil berbeza dengan pilihanraya umum..pilihanraya kecil dapat menzahirkan kekuatan dan kelemahan sesuatu jentera parti..kita juga dapat belajar bermacam2 tektikdan seni pertempuran didalam pilihanraya..

Kekalahan PAS di Bagan Pinang banyak hikmahnya..selain untuk PAS dan para pimpinan PAS bermuhasabah diri..kita juga belajar untuk lebih berwaspada terhadap musuh politik Pakatan Rakyat iaitu BN..ramai yang merumus kekalahan PAS adalah disebabkan kelemahan PAS..memang kita akui..kerana setiap PRK berlaku PR berhadapan dengan jentera yang cukup hebat dan mantap..dari segi kewangan..strategi..logistik dan sebagainya BN memang hebat kerana kerajaan di belakang mereka...itu bonus untuk amno kerana dia sebagai pemerintah..

tetapi kelebihan itu bukan alasan untuk Pakatan Rakyat senang untuk mengaku kalah..kerana ada pepatah mengatakan "gajah boleh dikalahkan oleh semut sekiranya semut2 yang halus itu bersatu"...di sini tidak mustahil kita boleh mendapat kemenangan di 7 PRK berbanding BN hanya menang 2 PRK sahaja..ucapan tahniah layak diberikan kepada Pakatan Rakyat..

selepas kekalahan Bagan Pinang ramai yang memberi pandangan dan analisa kekalahan PAS...ummi cuma berharap pimpinan mengambil berat akan pendapat pengomen yang berdiri di pelbagai sudut di PRK Bagan Pinang yang lepas...para pimpinan kena ambil tahu suara2 dari petugas...begitu juga petugas kena ambil tahu suara2 pemimpin dan ahli2 politik perlu ambil tahu suara2 pengundi dan rakyat..kerana skop penglihatan kita tidak sama luas dengan skop pandangan orang lain...suara semua pihak kita kena ambil berat...tak guna menyalahkan sesama sendiri kerana kita saling perlu memerlukan untuk mengisi kekosongan dan kekurangan sesama kita..

kepada PAS Negeri Sembilan inilah peluang untuk melihat kekurangan yang ada..perbaiki sebelum ia menjadi parah..kita berharap PAS dapat bertapak dengan megah di bumi Negeri Sembilan..

dibawah ini adalah beberapa komen pembaca Harakahdaily..mari kita renungkan pandangan para pembaca...kerana disitu terselit idea dan harapan terhadap PR..


komen 1.

Disarankan 'think tank' PAS jangan hanya mendengar komen dan analisa di kalnagan pimpinan tetapi juga menilai pandangan rakyat bawahan melalui media seperti Harakah, Harakahdaily, blog dsb. -teropong jauh, shah alam.

komen 2.

Tuan, berikut dikenalpasti beberapa punca PAS kalah di Bagan Pinang:

i)Calon PAS kurang Popular,banyak yang tidak mengenali beliau.
ii)Kekurangan orang tempatan ke depan salah satu sebab punca kekalahan,orang luar sukar mempengaruhi orang tempatan
iii)Rasuah yang berleluasa
iv)Peras ugut
v)Kurang isu tempatan di ketengahkan
vi)Popularity ISA dikalangan orang tempatan,sebenarnya bukan BN menang tapi ISA ATAU RASUAH yang menang. - said dali.

komen 3.

Pandangan saya:
# Petugas PAS yg berasal dr kawasan Telok Kemang dan Bagan Pinang amat sedikit. perlu tubuhkan lebih banyak cawangan dan latihan gerak kerja berhadapan masyarakat awam.
# Calon PAS kurang dikenali di kalangan rakyat NS.
# PAS silap tanggapan terhadap rakyat di bahagian selatan. PAS menganggap strategi di kawasan utara dan timur boleh digunakan di selatan.
# PAS dan Harakah memainkan isu calon BN.
# PAS tidak mengambil berat pendapat penganalisis politik. Mereka berkata bahawa isu peribasi bukan senjata utama dalm PRK Bagan Pinang.
# PAS gagal mempengaruhi orang Melayu.
# Ugutan BN buat rakyat takut undi PAS.
# PAS terlupa di sebalik isu calon BN, takkan tiada langsung kebaikan atau jasa yang calon BN pernah lakukan.
# PAS sepatutnya memilih calon yg berasal dari Telok Kemang/Bagan Pinang sebagi calon PAS. -an,mohd.

dipetik dari 'komen pembaca' melalui artikel, "Kalah di Bagan Pinang, PAS akan post mortem"..



1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin2 PAS baca ke artikel2 dan komen2 begini atau sekurang2nya pembantu mereka memaklumkan kepada mereka?

Amat sedih jika ianya tidak berlaku. PAS akan lambat belajar daripada pengalaman!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil