Followers

Sunday, November 22, 2009

Selamat ulangtahun BloggersNetwork..


Untitled-2.png picture by UmmiAnni                                                         Sejak jun 2008 ummi mula menulis di blogspot ini dengan jasa blogger Nasa yang mana blognya bernama Tak Gedebe..inilah hamba allah yang menjebakkan ummi dalam dunia Blogspot...sebelum ini ummi hanya bermain2 di yahoo 360 bersama kawan2 chatter..blog yang hanya berkisarkan cerita kehidupan penulis dan aktiviti penulis membuatkan ummi cepat jemu dan ketandusan idea untuk menulis..dan di tapak lama juga ummi mengalami macam2 karenah di alam maya..kalau bab gaduh sesama blogger itu dah biasa sangat..kena pulak chatter yang panas baran dan kaki maki..siapa musuh siap la korang kena maki berbakul2..terinagat satu slogan "tak maki tak geng" ...hahaha what a sweet memory..tu belum campur dengan komenter2 yang punya geng sendiri..maka antara pengomen pun ikut sama terkena angin perang saudara..jangan kata ummi tak pernah terlibat dengan pergaduhan di alam maya..pernah..kena fitnah pun pernah..so ummi belajar dari sana dan ummi bawa diri ummi ke blogspot dengan cara yang serba baru...


banyak kenangan manis dan pahit semasa bergelar chatter dan penulis blog yahoo 360...dan banyak juga ilmu dan tunjuk ajar yang ummi dapat semasa terlibat dalam komuniti chatter..ramai yang ummi kenal dari berbagai latar belakang dan ideologi..kita cuba mengenali kawan2 dari segi karektor dan perangai orang melalui perbualan yang tidak bersuara..hanya melalui tulisan mereka..ada yang berterus terang ..ada yang hipokrit..bagi ummi dunia maya mahupun realiti..ianya tetap sama..cumanya kita kena pandai menjaga diri kita dan tahu apa tujuan kita...bagi ummi menjadi diri kita sendiri adalah lebih baik dari kita berselindung disebalik nama dan karektor yang dibuat2...forum2 ni ummi tak layan sangat..bukan pasal apa..sebab tak berapa nak pandai..

ummi mula mengenali dunia blogspot bila ummi terjebak dalam blog dunia politik..blog yang mula ummi masuk selepas Tak Gedebe..blog Harimau Menaip..Kulatlapok..KudaKepang ..Melayuangkat..nilah blog2 yang ummi suka baca bila mula2 masuk komuniti blogspot...kemudian ummi jumpa blog MatSamanKati..PerisikRakyat.. Al-Banjari ..PenarikBeca..Pak Sheikh Teluk Intan dgn laptopnya..Des/Berani membuat Pilihan...walaupun mereka berlainan ideologi dan pahaman tetapi kerharmonian tetap wujud ketika itu...saling menghormati pahaman politik masing2..tidak sampai ke tahap menghina sesama blogawan..tetapi itu sudah tidak wujud sekarang..rasa hormat sudah hilang..kata2 kesat juga sudah berleluasa digunakan untuk meluahkan isi hati dan pandnagan..ummi jadi tidak selesa dengan kewujudan blog2 yang menggunakan kata2 kesat terhadap pemimpin tak kira dia sari parti mana..sudah hilang nilai ketimuran yang kaya dengan sopan santun dan akhlak muslim di dalam penulis blog sekarang..sedihnya...

blog2 berkisarkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia bersama isu2 semasa yang berlaku disekeliling kita ini membuatkan ummi jatuh hati dengan dunia penulisan politik..walaupun ummi tak pandai sangat dalam penulisan..ummi suka baca penulisan MSK..Hussien Lempoyang..al-Banjari gaya yang bersahaja tapi bermesej...ummi tak pandai menulis dengan gaya bercerita seperti mereka tapi atas motivasi MSK yang suka memberi semangat dengan kata2 ini.."ummi menulis ikut saja cara ummi..tak perlu nak ikut cara orang lain..bila ada yang membaca maknanya apa yang ummi tulis orang paham dan suka.." rangsangan inilah yang buat ummi terus menulis ikut apa yang ummi mampu..



Semasa penamaan calon DSAI di Permatang Pauh adalah permulaan ummi mengenali blogger2 yang ummi selalu berhubung hanya melalui blog..selepas penamaan calon..MSK buat satu pertemuan sulung dengan PerisikRakyat..Zul Aloha..Hijat Panjang..Zul Mamak..MatComot..CheguBard..Jordan..Uncle Zorro..Bro Haris..masa tu al-banjari hanya kirim muffin..orangnya tak ada..ummi bersama Sya-Reformis yang ketika itu belum lagi terlibat dengan parti mahupun blog...borak2 bersama mereka2 yang dah otai membuatkan ummi dan sya lebih bersemngat untuk bergerak sebagai blogger dengan tujuan yang satu iaitu untuk memastikan pemerintahan yang adil saja bertapak dibumi Malaysia ini..boleh baca artikel tu disini-->http://haninasution.blogspot.com/2008/08/sehari-di-permatang-pauh.html



Bila proses berkempen di PRK Permatang Pauh bermula ummi terlibat secara tak langsung sebagai blogger dan petugas parti...dari situ kami menggunakan blog untuk menyampaikan berita terkini dan benar dari kacamata blogger...sehingga kemenangan berpihak kepada DSAI walaupun ketika itu blog belum sangat dikenali sebagai media alternatif secara besar2an...tetapi jasanya tetap ada bagi menyumbang kepada kemenangan DSAI..


setelah selesai PRK Permatang Pauh..MSK mula bercerita mengenai Kerajaan Maya yang mana idea Dr.Wahab cuba direalisasikan...maka pada tarikh ini..22hb November 2008 tertubuhlah KAMAR di bertempat dewan bangunan SUK ..cukup bersejarah kerana di hari tersebut juga para bloggers mendapat pengiktirafan dengan pemberian kad media dari kerajaan Pakatan Rakyat sebagai wakil lidah kerajaan Pakatan Rakyat..dengan permulaan itu kami bergerak sebagai satu team yang cukup kukuh dan mantap..malah mesra sebagai satu keluarga yang besar..

Semasa Konvensyen Teh Tarik kali pertama ini ummi mula kenal Al-Banjari ..Cenangau.. Mamamat... Cyberboron.. ManjungMai..Luna..BikirPerak..CYS..Dugong..TBO..Sam Ahmad..Dr.Wahab.. Caah..Ahmad Zawawi..Sulaimanja..ramai lagi yang ada kat gambar bawah ni..maaf tak tulis semua..masa ni ada yang ummi dah jumpa kali kedua..satu kenangan yang tak dapat dilupakan..ummi dapat keluarga besar..bukan setakat bloggernya saja..malah mengeanli keluarga blogger itu sendiri..isteri/suami dan anak2 mereka sekali..walau tak semua..kami mesra seperti abang dan adik..kami saling lengkap-melangkapi.. tapi itu setahun yang dulu..

bila berlaku PRK2 yang berderet2 kami semakin diuji..kesefahaman mula diuji..tahap kesabaran juga diuji..lama kelamaan semua jadi lesu..ada yang bawa diri..ada yang jauh hati..ada yang kecewa..dugaan demi dugaan..sehingga krisis dalam parti membuatkan lagi sesama bloggers mencari jalan keluar bergerak sendiri atau mencari tapak baru..maka BloggersNetwork sepi begitu saja..tak tahu apa sudahnya..tapi ummi masih tetap setia pada BloggersNetwork..kerana di sini ummi mula bertapak dan punya keluarga besar...tak kira orang kata apa..ummi tetap pertahankan BloggersNetwork..seperti di artikel Luna di sini...

http://3.bp.blogspot.com/_-2W2fZU250A/SwhzKpkWUrI/AAAAAAAAAiY/BfLNGUMiHVE/s1600/konvensyenTehTarik+019.jpg







Sedih menyambut ulangtahun BloggersNetwork hari ini..tak ada sambutan apa2 pun..sedihnya huhu...adad antara kami mula menjauhkan diri..antara kami mula tidak sefahaman hanya kerana tidak sependapat dengan krisis2 yang berlaku dalam parti..rambut sama hitam tapi hati lain2..tetapi kalau toleransi sesama kita tinggi..insyaAllah semua akan jadi damai...ummi rindu akan keluarga besar BloggersNetwork..rindu akan silaturrahim sesama BloggersNetwork..apakah tidak akan wujud lagi kemesraan keluarga besar ini..? sayu hati melihat wajah2 keluarga besar ummi ini..apakah tiada ruang untuk maaf memaafi sesama kita..kerasnya hati2 keluarga ummi ini..semasa memulakan BloggersNetwork dari kosong..sama2 susah kita mengembling buah fikiran untuk merealisasikan KAMAR..tapi setelah berjaya lain pulak yang jadi..betullah bila dikatakan kesenangan itu adalah ujian..bila susah kita bersama2..bila dah diberi keselesaan masing2 bawa diri..ada yang kena sisih..

Krisis politik memang banyak mempengaruhi kehidupan manusia..kerana politik tidak akan terpisah dari kehidupan kita sehari2an..politik adalah pengaturan urusan rakyat dengan perintah dan larangan...ramai yang kata politik tidak boleh dicampur adukkan dengan agama..tetapi sebenarnya politik dan agama harus berjalan selari..kerana politik membentuk siasah diri..

akhir kalam..kepada mereka yang pernah berkeluarga dengan BloggersNetwork..tak kira @Perak ke..@Penang ke..@Kelantan ke..@Selangor ke...ummi mengucapkan Selamat Ulangtahun yang Pertama..harapa akan ada tahun yang kedua dan seterusnya... mungkin juga ummi ada tersalah kata dan perilaku yang ummi tak sengajakan..ummi mohon maaf kepada semua ..mungkin luahan ini ada yang tak suka..ada yang rasa terhina..mohon ampun maaf..

ummi berharap sangat kalau KAMAR dapat diteruskan kesinambungannya kerana Pakatan Rakyat masih perlukan khidmat BloggersNetwork untuk menjaga kemenangan yang ada dan mencari kemenangan di negeri yang belum kita tawan..maka dimanakah kesudahan BloggersNetwork..? harap2 tidak menjadi sejarah..bak kata Luna.."cuba la untuk minta maaf..itu je...kan lebih manis..."

wallahua'alam..









16 comments:

Ahmad Zawawi said...

Ummi,

Terima kasih kerana mengembalikan "moment of history" para Blogawan BloggersNetwork@Perak.

Saya juga masih disini bersama-sama berusaha
menumbangkan BN melalui Penulisan dan kegiatan
berpolitik.

Tahniah.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam Ummi,
Terima kasih kerana menulis kisah-kisah bahagia bloggersnetwork. Sebak saya membacanya.
Insya Allah bloggers kita akan terus dewasa.
Happy birthday bloggersnetwork@perak.

Pak Oncu said...

all the best ummi,,,,,,,,,,,,,,money money money tu lah pasal jadi sebegitu,,,,,!!!!!!!

PUTRA MERDEKA said...

salam
apabila sesuatu jamaah itu bergerak atas dasar fitnah dan kepentingan diri maka tak heran kalau ianya tidak bertahan lama dan berpecah...kerana tiada asas kekuatan dalam kesatuan, bersatu kerana niat jahat untuk menjatuhkan sesama umat dan yang lebih malang menjadi talibarut kafir untuk mencari ruang politik sempit dan taksub..
bertaubatlah..

matsamankati said...

Salam Ummi,

Bagi aku, apa yang berlaku adalah proses pematangan berfikir dan ujian untuk mengurus kejayaan. Memang sejuk buat ketika ini kerana kita gagal mengurus kemenangan.

Sebagaimana yang berlaku kepada Pakatan Rakyat Perak, begitu juga yang berlaku dengan Bloggers Network Perak. Kita runtuh bersama keruntuhan Pakatan rakyat.

Tapi seperti yang selalu disebutkan oleh Nizar, kita bukan gugur. Kita hanya berundur untuk mengatur langkah seterusnya.

Memang ada diantara kita yang egoistik...aku pun sama...kerana kadang-kadang sakit hati dengan apa yang berlaku.

Tapi itu bukan alasan untuk terus gagal. Selepas Bukit Gantang, aku tawar hati selepas melihat gelagat sesetengah diantara kita.

Tapi jangan bimbang...dan jangan merajuk. Sesuatu sedang diusahakan dan aku berharap selepas ribut yang melanda, aku percaya kita akan sama-sama kembali.

mohahz said...

kalau kalah boleh satukan bloggers kembali,aku akan pilih kalah.

Manjungmari said...

MSK,
kalau hang tawar hati, aku pula masin hati.... muaaa...
kenangan setahun yang lalu mengingat kembali aku waktu berkampung di Rumah MB... syoknya.... satu peristiwa yang tak mungkin akan berlaku lagi...

ummu asiah said...

tumpang sedih dan sebak membacanya...baru saja nak kenal mengenali...tapi semua tetap kena teruskan perjuangan...kerana masih ramai dizalimi hasil episod semua kezaliman yang berlaku...

paling dekat untuk Perak masih ramai yang terpalit dengan pelbagai dakwaan di mahkamah khususnya...kena teruskan perjuangan walau sedih dan kecewa...:((

Ya..MSK..harap akan ada titik pertemuan kembali...menentang dan menumbangkan kerajaan yang zalim...kami sedia berhidmat:)

nmn

Zulkifly Ibrahim said...

Salam perjuangan kepada semua teman-teman Blogersperak network yang cukup komited dengan fikrah perjuangan. Sesunguhnya minda saudara punya pengaruh besar menyedarkan masyarakat sehingga mampu membawa rakyat khususnya di negeri perak berani dan terus bersama perubahan.Teruskan dengan pandangan kritis saudara, dengan niat untuk wasi ( NASIHAT) serta membuat teguran membina kepada siapa sahaja hatta kepada pemimpin. Itulah antara lain objektif pertemuan kita sejak setahun yang lalu dibawah kelolaan urusetia Penerangan PR.Jangan gundah gelana,LA TAHZAN, DONT BE SAD. Kerana kita dipimpin oleh Allah sepertimana firmannya : DAN TIDAKLAH AKU UTUSKAN KAMU WAHAI MUHD KECUALI MEMBAWA BERITA GEMBIRA DAN PERINGATAN. BARANGSIAPA BERIMAN DAN MEMBUAT ISLAH - PEMBAIKAN, MAKA JANGAN KAMU TAKUT, DAN JANGANLAH KAMU GELISAH. Saya sangat bersetuju dengan sdr Al Banjari supaya kita terus bertemu dan berbincang dengan semangat jemaah untuk menegakan kebenaran dan menentang kezaliman. Selamat Ulangtahun 1 PERAKBLOGGERSNETWORK . Citra madani - Zulkifly Ibrahim - Mantan Pengarah urusetia Penerangan PR.

PAPA GOMO said...

SALAM Ummi, tahniah atas ulangtahun Blogger Pakatan...di harap kita dapat sama sama berjuang demi Islam dan Bangsa Melayu dalam mempertahankan tanah Melayu ini dari ancaman Komunis dan Al Juburi....

he he he

aloha said...

InsyaAllah jika apa yg niatkan ikhlas..ianya akan bercantum seperti kiambang...biar jauh sebentar untuk mematangkan diri masing2....

waktu sekarang umpama ribut taufan serta hujan yang tak putus2 datang...tetapi yang paling indah ialah 'selepas hujan akan terbitnya pelangi yang cukup indah'

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semuanya...

terima kasih kerana memberi kata2 semangat..kata orang kenangan tidak boleh dibuang apatah lagi dilupakan..

terima kasih pada Abg Zawawi..MM..MSK..Dr.Wahab..Pak Oncu ..aloha..

terima kasih juga kepada Ust.Zul yang selama ini memberikan bnyak tunjuk ajar dan kerjasama yang memuaskan..

mohahz..kenyataan yang dalam dan banyak kebenarannya..

ummu asiah..perjuangan memang tidak akan berhenti selagi hayat dikandung badan demi Islam tercinta..

BloggersNetwork akan bertaut seperti kiambang seperti kata aloha...

gomo n putra merdeka..terima kasih atas ucapan selamat tu..semoga amno akan kembali kepada Al-Qurqn dan Sunnah..

BloggersNetwork tetap dengan agendanya..membantu PR mencapai kemenangan dan menjaga kemenangan..membawa perubahan politik Malaysia..

BOND 0134331159 said...

apa ni
sayu sayu jiwang jiwang ni.....

sebak jugak aku baca....
bloggers MASIH BERNYAWA lagi
aku sorang sorang kat penang.....tapi aku dah berubah angin sejak TANDA TANDA KIAMAT BESAR dah nak muncul....ayuh semua kawan dan LAWAN bersedia menghadapi hari penamat segala hari

TIDAK MUSTAHIL ALLAH AKAN KIAMATKAN PADA 2012
TIDAK MUSTAHILL ALLAH AKAN KELUARKAN SEMUA TANDA KIAMAT BESAR YANG BELUM KELUAR DALAM SATU HARI

HANYA ALLAH BERKUASA
DATO SERI ANWAR DIBAWAH KEKUASAAN ALLAH
TOK GURU NIK AZIZ DIBAWAH KEKUASSAAN ALLAH
NAJIB DIBAWAH KEKUASAAN ALLAH

MARILAH KITA MENUMPUKAN KEPADA SUATU YANG HAKIKI
MARILAH KITA BERSEDIA MENEMPUH HARI KIAMAT
SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA ALLAH

SALAM HORMAT DARI PERMATANG PAUH

BOND0134331159.BLOGSPOT.COM

PAPA GOMO said...

DNA Anwar dijumpai melekit lekit di tempat kejadian liwat berlaku http://www.papagomo.com/2009/11/terkini-dna-anwar-masih-melekit-di.html

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

BloggersNetwork.. pernah dengar tapi x pernah join.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

MK IV said...

KERJA FITNAH DAN MEGADUDOMBA MEMANG ALLAH TAK SUKA, TU PASAL KORANG BERPECAH BELAH... PADAN MUKA DENGAN KORANG YANG SUKA MEMFITNAH... JADIKAN IA SATU PENGAJARAN

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil