Followers

Tuesday, December 15, 2009

Hukum rejam sampai mati kepada penzina..kejamkah..??

Sekumpulan 'militan Islam' memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.


kenapa perkataan militan digunakan bila ada kumpulan yang menghukum pesalah dengan hukum Allah..mengikut syariat Islam..bukankah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah adalah wajib hambanya patuhi..

pagi tadi TV1 dalam rancangan SPM..bahagian sekmen tajuk2 akhbar pengulasnya menyatakan hukuman rejam sampai mati yang dibuat di Somalia itu adalah kejam...bila orang pertikaikan hukum yang Allah buat samalah dia pertikaikan Allah..siapa kamu untuk pertikaikan Pencipta kamu..cakap ikut sedap mulut tak guna ilmu..tak guna akal..ummi rasa ramai yang boleh tentukan apakah hukumnya kepada hamba yang pertikaikan perintah2 Allah..tu pasallah umat Islam sekarang ini terima macam2 bala...buat perkara yang Allah larang...tolak yang mana Allah suruh..


Di Somalia hukum Allah dilaksanakan walaupun belum menyeluruh..di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam apa cerita...?




BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

baca laporan seterusnya di sini..



“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

 Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”



"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".


untuk info yang lebih lengkap..baca aryikel dibawah ini...

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains 

13 comments:

Anonymous said...

salam ummi......
sunnguh menyentap hati saya mmbaca kisah ini...

sesungguhnya manusia yg direjam di dunia dan dihukum dunia..dia telah bersih dari dosa2nya...

tp bg mereka yg cetek saja yg mngatakan hukum Allah itu kejam???

sdgkan hukuman di dunia ini utk kesucian bg si pesalah ..di akhirat dia sudah suci dr dosa...

tp sedih dgn ade golongnn yg mmpertikaikan hukum Allah...

dah kalau tak nak buat cakap je lah tak nak buat tp memperkecilkan hukum Allah??

sungguh aku malu ade org berfikiran bgitu

*kecewa*

kulatlapok said...

salam Ummi..

Kalau tengok memng kejam, tapi mereka yg melihatnya akan rasa gerun untuk melakukan perkara yg telah allah larangkan...Semoga Allah mengampunkan dosa Mohamed, Allah sahaja yg Maha Mengetahuinya..

PRO ISLAM said...

Hukum Allah memang Adil, bagi mereka yang pertikaikan hukum Allah, merekalah yang kejam pasai jahil Hukum Islam, dah la bodoh tak mau nak belajar. Kalau kena anak, atau sedara depa di zina atau dibunuh, pasti depa kata kalau dapat " cincang sampai lumat" baru tau jahat sangat. Puak2 yang kata macam tu pasti darah umNO dulu kini dan selamanya

Unknown said...

Tidak beriman sekiranya kita tidak merejam mereka yg telah sah dan dijatuhkan hukuman.
Apa bezanya tidak beriman dgn kafir atau murtad?
Cuma digunakan bahasa lembut..tidak beriman..
Yg kata zalim tu ..kena pikiaq semula laa..pikiaq lojik..katakan adik..kakak..ibu atau sedara yg mereka sayangi telah dirogol..apa tindakan mereka..? rasanya mahu mereka ni bunuh je perogol tu..masa tu tak delah pula istilah zalim..

KAYUAPI said...

Assalamualaikum,

Mungkin depa ni tak dapat petunjuk kot. Tak pernah belajar, cuma ikut-ikut je!

Orang basuh muka lima kali sehari, sekurang-kurangnya, dia sekali sekala je basuh. Kalau solat pun mintak discount,manalah mereka ni nak setuju dengan hukum Islam.

Anonymous said...

lepas tengok ni taubat lahum la si kaki2 zina tu..termasuk la yang simpan gundik kat paris

Anonymous said...

Membaca artikel ini sy teringat satu analisis sains berkenaan hukum hudud dan virus HIV. Hukuman sebat yg dikenakan kepada penzina belum berkahwin dapat menggalakkan pengeluaran lebih banyak sel darah putih mengatasi kuman HIV. Sementara penzina sudah berkahwin (kebiasaannya sudah berumur) direjam sampai mati berikutan kadar pengeluaran sel darah putih sudah tidak mampu menyaingi kuman HIV. Itulah secara ringkasnya. Wallahualam.

lanterajiwa said...

Ralat : Aturcara di poster ada kesilapan typo di ruangan aturcara. Sila rujuk aturcara di bawah.

Aturcara :

11.00 pagi - 6.00 petang : Graffiti oleh Raduan Norudin, karikatur oleh para kartunis, jualan produk seni. (masuk percuma)

8.30 malam : Persembahan teater, musik dan puisi. *Bagi menampung kos pementasan, masuk adalah dengan membeli poster Tembang Di Kuale bernilai RM10.00.

Nani said...

Salam.contohnya..undang2 di Malaysia?
Bagaimana dengan JAKIM contohnya...'rasul palsu' masih bebas...pejam sebelah mata?
http://banterasrasulpalsu.blogspot.com

Alien said...

Tidak layakkah penzina untuk terus hidup dibumi tuhan ini, tidak layakkah pencuri untuk terus mempunyai tangan?. Allah maha mengetahui.

Hafriz Mohamad said...

Hukum ISLAM adalah jalan terbaik. Tiada Kompromi lagi!

Gaya peneroka said...

Cara yang terbaik ...bila agaknya Malaysia ini terlaksana...

Anonymous said...

boleh copy paste-demi dakwah

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil