Followers

Monday, December 28, 2009

'kami desak PAS keluar PR'..siapakah 'kami2' itu..??

Hari ini berlangsung satu sejarah yang sangat memalukan PAS apabila beribu(ribu ke..?) dikata ahli PAS membuat demo di depan pejabat PAS Selangor bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat..kira2 20 ribu orang (oppss ribu kena buang sebab yang nampak 20 orang aje) membanjiri perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Siapakah mereka yang berani ini...depa kata depa sebagai penyokong dan pengundi PAS..tapi Salahuddin kata tu bukan orang parti..lagipun mana ada gerakan sebegitu dalam PAS..tak caya korang baca kat sini ..Pemuda amno juga menafikan menjadi dalang kepada hamba2 Allah yang pi buat demo tu..korang boleh baca kat sini ...

pemuda amno kata..'Ini gerakan orang Pas, sama ada atas inisiatif sendiri atau digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Pas keluar dari PR.'

Naib Presiden PAS kata.."Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

ummi kata...memang sah bukan orang PAS..takde rupa orang PAS pun.. kalau depa ni bukan sapa2..apasal susah hati sangat PAS duk dalam Pakatan Rakyat ..setakat 20 orang saja yang nak PAS keluar PR adakah perlu kita ambil berat..? kalau dorang ni ahli PAS patut dikenakan tindakan displin..kalau bukan duk diam2 kat tepi jalan..peganglah kain rentang tu sampai tua...







apakah kehendak depa ni terhadap PAS Selangor..? moh kita baca sesama apa yang depa duk merapu hari ini...




KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.

2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.


4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.

8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

11. PAS mempunyai maruah sendiri.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

Dari apa yang terdapat dalam memorendum ni..jelas sungguh depa2 ni cukup..cukup..cukup menyanyangi PAS..tapi apasal ummi yang duk dalam PAS tak rasa nak suruh PAS keluar dari PR..hmm.

.korang macamana..??





7 comments:

incek.loyer said...

~ rasa nsik lmak r kak~ sbb bru lepas bkfes~ alaa~ prlu layan k dorg 2?~ ish~ sbb nyamuk~ kita kne bgon mlm2 g psang ubt nyamuok =P ~ xkn nk bkar klambu~ syg kot kt klambu 2~

Unknown said...

Dari gambaran yg diberikan semua orang kenal sapa puak2 tu...
Semua tu dapat duit dan makan percuma..pi lah depa kat situ..okaylah jugak..
sekurang2nya orang tahu bertapa terdesaknya umno/bn berusaha demi mendapat kembali sokongan rakyat ...
Alhamdulillah semakin mereka menyalak..
Semakin celik rakyat mehran..

iswara said...

Dia org tu pas palsu macamlah seperti pitih palsu.Langsung x leh dipakai salah pulak tu.TAPI kalau gigi palsu ok lak jugak.Sapa presiden,su & ajk kumpulan yg menyalak tu..Nak tau gok.

Anonymous said...

memang ada pro dan kontra.. tapi isu dah diselesaikan oleh kepimpinan tertinggi.. sy sokong pas bersama pkr dan dap.. teringat citer bila nabi(muhammad) bawak islam di madinah, bila berperang, orang bukan islam pun tolong nabi.. DAP pula dilihat semakin menerima islam.. siapa tunggang siapa dah x relevan.. muafakat camni tiada dalam BN.. tu yg depa gerun.. da la berlakon xjadi.. nampak sangat penipu.. semua ley kenal kan.. inilah balasan dari ALLAH.. siapa nak percaya lagi kat penipu kan..

Anonymous said...

Biar aku jawab resolusi Gerakan Haram nih. Buat resolusi pun macam budak darjah tiga. Berpusing-pusing duk sebut benda yang sama.

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.
--- Abis tu nak ambil UMNO yang jelas menolak Islam tu ? Di Selangor sendiri SAR tidak tersenarai seperti mana Sekolah Persendirian Cina. Bila kerajaan PR nak memberi bantuan, bantuan diluluskan tetapi tiada senarai kerana kerajaan UMNO sebelum ni tidak ambil peduli pasa Sekolah Agama. Siapa yang jelas menolak Islam ? UMNO yang menolak pendidikan ISlam atau DAP yang menolong meluluskan budget untuk pendidikan Islam ?

2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.
--- Bila masanya PAS menjadi boneka ? Ahli PAS yang memahami perjuangan PAS mengetahui perjuangan mereka bukan atas dasar PAS semata tetapi perjuangan Islam. PAS hanya wadah perjuangan bukan matlamat perjuangan.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.
--- Berikan contoh bila masanya PAS menggadaikan maruah perjuangan Islam ?

4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.
--- Kenapa PAS tidak boleh bersekutu dengan kafir ? Kalau PAS bersendirian adakah peluang untuk dakwah ? Kalau mereka ini betul ahli PAS, kenapa tidak memperjuangkan supaya PAS menjadi lebih kuat dan tidak perlu bergantung kepada pihak lain ?

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.
--- Berikan sesuatu yang relevan untuk PAS. UMNO ? Jauh sekali. Lebih baik berpakat dengan orang bukan Islam yang yakin dengan Islam dari berpakat dengan orang Islam yang tidak yakin dengan Islam.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.
--- Ayat ini ulangan kepada ayat no 4 dan 5.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.
--- Ayat ini juga ulangan ayat no 2.

Anonymous said...

sambung...

8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.
--- BN ditolak kerana mereka dzalim. PAS memperjuangkan Islam dan keadilan. Rakyat jelas tidak menolak PAS. Beri satu contoh PAS ditolak oleh rakyat? Kalau mereka ini adalah ahli PAS sebenar, mereka seharusnya tahu apa yang berlaku sebenarnya di Bagan Pinang. Jelas disini taksiran mereka pada Bagan Pinang selari dengan apa yang UMNO tafsirkan.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.
--- Adakah PAS hari ini terpesong dari prinsip perjuangan ?

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.
--- Bila masuk bab Melayu dulu dari Islam ni, puak mana yang selalu melagukan ayat sebegini ?

11. PAS mempunyai maruah sendiri.
--- Terima kasih kerana mengakui. Kalau anda ahli PAS yang mengetahui PAS ada maruah sendiri, anda tidak akan membuang masa untuk berdemonstrasi mendesak PAS keluar dari PR.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
--- Ulangan ayat no 10.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.
--- Apa iktibar dari senario Perak ? Mereka sekali lagi mentafsirkan kejadian sepertimana ditafsirkan oleh BN. Jelas sekali mereka ini orang UMNO. Untuk pengetahuan Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor, Kerajaan PR Perak tidak pernah ditolak oleh rakyat. Tetapi jatuh hasil dari suatu tindakan dzalim BN dan sekutunya. Kalau nak tengok rakyat Perak menolak Pakatan Rakyat, cuba buat Pilihanraya Negeri. Kita tengok siapa yang kena tolak.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

Anonymous said...

kah kah kahkah. sebiji macam blogger UMNgOk punya resolusi.

menampakkan kebodohan diri sendiri nampak gayanya
tv & media target pakcik-pakcik kat kampung. ingat orang bodoh macam dulu ka. kah kah kah kah kah kahkah

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil