(Puisi Buatmu...Tok Guru)
Di mana pun kau berpijak
Ke mana pun hala tuju
Kau terikat pada satu janji
Pada khaliq penciptamu
Kau sampaikan seruan Illahi
Kebenaran mengiringi
Kau terdorong oleh amanah diri
Kau penyambung pewaris Nabi
Tuntutlah walau ke hujung dunia
Tuntutlah walau ke akhir nyawa
Ikrar mu hanya pada yang Esa
Selagi kau bernama manusia
Berpegang lah pada tali janji mu
Kepada ku ya Allah berilah hidayah
Kurniakan lah petunjuk rahmat Mu
Kau ciptakan kami dengan kemuliaan
Segalanya kami serahkan
Hanya lah pada kau yang SATU
Mengharungi onak duri
Penuh tabah serta keyakinan diri
Walau rebah jasad ke bumi.....
2 comments:
sanjungi dan hargailah kepimpinan ulama'.. janganlah dicaci dan dimaki mereka kerana mereka adalah pewaris nabi, tegurlah mereka secara berhikmah jike mereka ade melakukan kesilapan.. =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Salamu Alaikum...
Terima kasih kepada owner blog kerana update ke blog beliau...
Saya selaku empunya lagu dan suara amat berbesar hati jika kiranya ada di antara pembaca blog ini, dapat kiranya memberikan sedikit komen tentang lagu tersebut.
Bukan tujuan untuk memuja atau menyanjung individu tetapi ikhlas sebagai penghargaan.
Komen anda ke alamat tersebut : qhar.qahar@gmail.com
Terima kasih dan wassalam.
Post a Comment