Followers

Thursday, January 07, 2010

isu nama Allah..BOLEH yang TIDAK BOLEH...apa kesudahannya..

Isu nama Allah ni memang cukup hangat dibualkan..ada pro dan kontra..ada yang kecewa.. ada yang marah dan ada yang tak kisah sangat..awal tahun memang masa yang cukup sibuk ..sibuk dengan urusan keluarga dan sekolah anak2..ummi tak sempat nak menerokai dengan teliti isu kalimah nama Allah ini..

PAS dan juga Dewan Ulama' mengeluarkan kenyataannya yang mana tidak menafikan kebolehan penggunaan nama Allah oleh akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut...

ramai yang pertikaikan keputusan mahkamah kerana membenarkan akhbar Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah..tapi kita kena lihat keputusan itu dibuat mengikut saluran yang betul yang terdapat dalam perlembagaan negara 1 Malaysia..cuma yang memutuskan BOLEH itu bukan dari kalangan orang Islam..rasanya kalau hakim itu orang melayu rasanya lagi hebat dikecam..dan mungkin juga keputusan tidak seperti yang pihak gereja itu dapat..

betullah orang kata bila isu membabitkan agama(Islam)..orang yang berlainan ideologi pun akan bersatu hati untuk mempertahankan agamanya..ini adalah kekuatan orang muslim..dan ini juga menjadikan agama sebagai senjata kepada musuh untuk 'mengusik' umat Islam..begitu juga dalam dunia politik..isu agama adalah isu yang paling kerap digunakan untuk meraih sokongan atau untuk membuat propaganda..

kita sedia maklum tentang diBOLEHkan nama Allah ini diguna oleh agama lain..tapi kali ini ummi nak selitkan kenapa ramai orang Islam yang tidak setuju dengan penggunaan nama Allah ini oleh bukan Islam..banyak pendapat dan kebimbangan yang diluahkan oleh individu2 mengenai isu ini..semua ada benarnya dan point2 mereka boleh diambil berat kenapa harus berasa bimbang dan takut bila non muslim menggunakan nama Allah untuk penyebaran agama mereka..

perdebatan2 yang berlaku diantara penulis blog juga menarik kerana sedikit sebanyak membuka minda kita tentang tahap pengetahuan kita terhadap agama kita dan juga agama lain..korang boleh baca perdebatan antara TB dan AB Al-Banjari...disini..disini... disini...disini ...disini ...disini..disini  dan disini baca dengan komen2 dia sekali..terima kasih kita ucapkan kerana memberi kita peluang menambahkan ilmu...kupasan2 yang diberi sedikit sebanyak membantu kita melihat lebih jauh tentang luasnya ilmu Allah....kerana bila kita bercakap dengan ilmu kita dilihat cerdik..tetapi bila bercakap dengan emosi kita nampak bodoh..


" Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’. "


 وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Maksudnya:
"Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka, Katakanlah (kepada mereka): "sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang benar." dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan (tentang kebenaran) kepadamu, maka tiadalah Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."(Surah Al-Baqarah : ayat 120)



kedua2 TB dan AB Al-Banjari pendebat yang mempunyai hujah yang baik..cuma yang ummi dapat kesimpulan di 1Malaysia ini penggunaan nama Allah itu 'BOLEH tapi TIDAK BOLEH '...'tidak sesuai' dibenarkan non muslim mengguna nama Allah untuk tuhan mereka..kerana umat Islam di 1Malaysia ini belum sehebat umat Islam di luar 1Malaysia..tahap pemikiran dan pemahaman juga berbeza dengan mereka yang diluar sana..membuatkan ramai alim ulamak mengatakan TIDAK BOLEH non muslim menggunakan nama Allah di Malaysia..kat luar Malaysia tidak mengapa...

Kebimbangan2 orang ramai khusus umat Islam juga berasas... tapi kalau puak2 amno yang terkenal dengan menolak hukum Allah..membelakangkan syariat Allah ni yang kepingin jadi jagoaan tengik kononnya sayangkan nama Allah..maaf ummi cakap rasa geli lak telinga mendengar..tapi ummi tak nafikan bila isu ini terbit...dengan jelasnya kelihatan amno sayaaaaang bangaaat sama nama Allah..cuma sayangnya amno tak sayang sangat pada agama Allah...

ummi lihat banyak luahan yang merasa kecewa terhadap ulasan yang berbagai pandangan dan hujah mengenai isu nama Allah ini..banyak pandangan yang berbentuk ilmaiah dan tak kurang banyak juga yang memberi pendangan yang lebih kepada emosi dan kepentingan...maka berlakulah perdebatan demi perdebatan di alam maya ini..ada yang lantang terus menjatuh hukum...ada yang ambil sikap berkecuali untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan..ada yang siap memberi defenasi terhadap mereka yang tidak bersependapat...

adakah ini salah satu agenda politik atau polimik untuk meraih sokongan...ada kemungkinan... kita tidak boleh menolak persepsi ini..kerana di 1Malaysia sekarang ini segala2nya politik atau politik adalah segala2nya...ayat lebih kurang tetapi lain maknanya..sama juga seperti..nama Allah dibolehkan tetapi tidak boleh diguna sewenang2nya oleh non muslim..2 pertembungan yang tiada titik persamaan..BOLEH dan TIDAK BOLEH...

BOLEH kerana sudah tertera di dalam Al-Quran ..dan TIDAK BOLEH kerana sayangkan umat Islam di 1 Malaysia ini kerana umatnya sudah terlalu jauh dari ajaran Islam maka dikhuatiri akan menyebabkan kekeliruan terhadap umat Islam yang jiwanya kosong...imannya kosong dan amalnya kosong...maka berasaslah kerisauan dan kebimbangan itu.. 

ummi tidak nafikan isu nama Allah ini ada baiknya dan ada buruknya..baiknya dapat memberi peringatan dan gambaran kepada non muslim bahawa umat Islam walaupun berlainan ideologi poltik..tetapi kalau bab Islam semua muslim akan bersatu...dan bukan setakat berganding bahu malah sanggup mempertaruhkan nyawa demi Islam...walaupun tahap keimanan seseorang itu berbeza tetapi akan punya satu peganagan 'Islam harus dipertahankan'...

buruknya seperti yang berlaku sekarang ini..kenyataan yang berbeza2..pendirian yang berbeza2.. menyebabkan orang semakin keliru dan pening kepala...ini mendatangkan perasaan was2 akan timbul dalam hati2 manusia yang mengharapkan satu ketetapan yang kukuh...apakah meja rundingan sudah dilipat dan disimpan dalam store maka masing2 bebas menyatakan pendirian sehingga orang ramai menjadi buntu memikirkan permainan apakah yang sedang dimainkan oleh ugamawan dan ilmuan...tarian apakah yang sedang ditarikan untuk menarik perhatian ramai...

harap diselesaikan segera dan tenangkan hati2 yang sedang gundah gulana..tapi bagi ummi..nama Allah BOLEH digunakan oleh semua makhluk di dunia ini tetapi TIDAK BOLEH di Malaysia...kerana kebimbangan2 yang berasas dan digunapakai sebabnya..sendiri pikir laaa..

wallahua'lam

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil