Followers

Friday, January 08, 2010

sayang Allah hanya pada nama...ajarannya tolak tepi..cakap tak serupa bikin...

[gerejadibakar-jan8.jpg]

Sapa punya kerja ni..?? dah cerdik sangat ke..? ni saja nak cari pasai dengan ugama lain ke..?  yang ummi nampak ini adalah kelakuan 'kurang ajar' yang terlampau...kalau tanya sapa yang bertanggungjawab masing2 tak mau mengaku..tapi kita boleh syak/teka la sapa punya angkara...ahak2

PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini..apakah akan ada gereja lain yang akan menjadi sasaran samseng2 ini..? kita tungguu...

PM pun mengutuk..kita lihat sape pulak yang menobatkan si pelaku sebagai wira...sah2 tu la puak2 yang bertanggungjawab...bukan main lagi garangnya bila nama Allah 'diusik'..tapi ajaran Allah takmau ikut..Allah ada suruh bakar tempat ibadah ugama lain ka..?? cittt cakap tak serupa bikin..Allah tak suruh hambanya menjadi perosak..pengganas..cakap Allah takmau ikut..cakap setan laju jek korang ikut..macamni kata sayang Allah..sayang Islam...??

wallahua'lam..

2 comments:

Anonymous said...

Saya rasa orang yang buat kerja tuu bukan orang Islam, kalau orang Islam dia tak buat keja macam tu. Mungkin dia orang melayu tetapi belum orang Islam. Allah swt dan Rasulullah saw tidak pernah menyuruh orang Islam merosakan tempat ibadat agama lain. Dalam Islam peperangan hanya terbatas kepada mereka yang mengangkat senjata. Rasulullah saw pernah berpesan kepada tentera Islam dalam pembebasan Mekah iaitu jangan membunuh orang tua, kanak-kanak dan wanita. Jangan rosak pertanian mereka dan membunuh haiwan ternakan mereka. Jangan merosak rumah ibadat mereka dan membunuh mereka yang berlindung dalam rumah ibadat tersebut. Ini adalah salah satu topik dalam pengajian Islam tingkatan 5. Oleh itu saya andaikan mereka yang melakukan perkara yang keji ini adalah

1. Yahudi kerana yahudi sering menyerang masjid orang Islam.
2. Nasrani kerana tentera amerika beragama nasrani juga sering menyerang masjid di Iraq.
3. Mereka ini hanya nama sahaja Islam tetapi perilaku adalah yahudi ataupun nasrani.
4. Mungkin mak dan bapa mereka ini juga seperti mereka iaitu melayu tetapi belum tentu Islam.

Renung-renungkan yaa...... Maaf saya beremosi kerana mereka inilah yang menghina Allah swt sebenarnya.

Anonymous said...

KINI TELAH TERBUKTI GOLONGAN MANA YANG TELAH MELAKUKAN PERKARA BIADAP ITU..BAGI PIHAK MANGSA KAMI DENGAN SEIKHLAS HATI MEMAAFKAN TINDAKAN INI DAN ORANG YANG TERLIBAT.SESUNGGUHNYA HIDUP DIDUNIA BUKAN KEKAL ABADI,APA YANG PENTING SALING HORMAT-MENGHORMATI, SALING MENGAMPUNI DAN MENGASIHI SESAMA MANUSIA.APABILA AJAL TIBA KITA AKAN TINGGALKAN DUNIA INI DAN BERHADAPAN DENGAN PENCIPTA KITA...DISANA AKAN DIKETAHUI SIAPA YANG LAYAK MEMASUKI KERAJAAN SORGA..FIKIR DAN RENUNGKAN.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil