Oleh:MSK
Sejak beberapa hari lalu, dah mula heboh cerita tentang cubaan merampas kuasa. Yang paling bising ialah orang yang terlibat secara terus dengan rampasan kuasa di Perak. Salahkah merampas kuasa? Kalau Najib tidak bersalah merampas kuasa di Perak, maka tidak salah kalau ada mana-mana pihak yang mahu merampas kuasa di peringkat pusat.
Bagi mereka yang sudah lupa tentang apa yang berlaku di Perak tiga tahun lalu, Mediaperak akan menyiarkan kembali tentang apa yang berlaku pada Februari 2009.
Buat permulaan, kita cuba imbas kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku sejak Januari 2009 untuk memahami tentang perancangan yang dibuat oleh Umno untuk merampas Perak.
2009
25 Januari : ADUN Bota, Dato Nasarudin Hashim keluar Umno dan menyertai PKR.
26 Januari: DS Tajol Rosli meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri Perak.
29 Januari: Najib dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak manakala Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan.
30 Januari : DS Nizar menafikan laporan yang mengatakan dua EXCO Perak, Jamaludin dan Osman Jailu akan menyertai Umno.
1 Februari: DS Abdullah Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN. Pada hari yang sama, Speaker DUn Perak mengumumkan dua ADUN yang “hilang” sejak 26 Disember telah meletak jawatan serta merta. Surat perletakan jawatan telah diserahkan kerumah beliau melalui wakil masing-masing.
2 Februari: DS Nizar mengadap Sultan Perak, Sultan azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh memaklumkan perkembangan semasa politik negeri. Khususnya berkaitan isu perletakan jawatan Jamaludin dan Osman sebagai ADUN.
4 Februari: Menteri Besar Perak memasuki Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak pada pukul 3.50 petang. Pada pukul 4.40 petang, Najib mengumumkan 3 ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti dan memberi sokongan kepada BN. Oleh itu, BN mempunyai majoriti di DUN dan akan membentuk kerajaan negeri di Perak.
5 Februari.: Najib mengumumkan Sultan Perak telah diberitahu bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak dan Sultan akan menitahkan keputusanya tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, Sultan tidak memperkenankan pembubaran DUN dan menitahkan DS Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Pada hari yang sama juga, Abdullah Badawi mengumumkan ADUN Pangkor, Zambry Kadir dilantik sebagai Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sultan.
6 Februari: Zambry Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
13 Februari: Ds Nizar mengemukakan permohonan di mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar yang sah.
Diatas adalah sebahagian daripada kronologi peristiwa rampasan kuasa di Perak. Apa yang jelas, Najib merupakan pemainn yang paling aktif. Tajol Rosli diarahkan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak untuk memudahkan Najib melakukan rampasan kuasa di Perak.
Sebenarnya, urusan untuk membeli ADUN-ADUN Pakatan sudah dimulakan lama sebelum itu tetapi sebelum merampas Perak, Najib merampas dulu jawatan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Perak dari Tajol Rosli untuk meraih kredit diatas kejayaan “merampas” Perak dari Pakatan Rakyat.
Sayang sekali, ketika Najib berjumpa Sultan untuk mengemukakan nama Menteri Besar, dia dipintas oleh Pak Lah yang mahukan Zambry. Zambry bukanlah pilihan Najib sebaliknya Najib mahukan Hamidah Osman. Najib keluar istana pukul 4.40 petang manakala Pak Lah pula memasuki istana jam 5 petang.
Itu sebabnya mengapa sampai sekarang, Zambry masih lagi bermusuhan dengan Hamidah. Zambry boleh kata bahawa Bn mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kuasa yang dirampas di Perak, tetapi hakikatnya, Zambry sendiri belum pasti sama ada akan dicalunkan di DUN ataupun di Parlimen.
Tapi itu masalah Umno. Mampuih pi la.
Krisis Fasa 1.
Secara hakiki, benih krisis di Perak bermula pada tengah malam 8 Mac 2008, sebaik saja keputusan PRU 12 diumumkan. BN tidak memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan negeri. Pada malam itu, Umno telah mengorak langkah untuk mencipta krisis. Mereka menghubungi pemimpin-pemimpin utama Pas memujuk untuk membentuk kerajaan campuran Umno-Pas atau Bn-Pas. Ramai tokoh telah digunakan oleh Umno untuk memujuk Pas menerima pelawaan itu.
Antara yang berperanan ialah Mufti Perak, Harussani Zakaria. umno juga menggunakan Mufti wilayah Persekutuan dan Mufti Kedah untuk memujuk Ustaz Ahmad Awang. Setiausaha Badan Perhubungan PAs Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang menang di Pasir Panjang diasak dengan pujukan supaya menyertai Umno bersama sekurang-kurangnya seorang ADUN Pas untuk membolehkan Umno terus berkuasa. Malah zambry sendiri bersungguh-sungguh menawarkan jawatan Menteri Besar kepada Nizar sekiranya Nizar dapat membawa ADUN-ADUN Pas menyertai BN. Nizar merupakan pemimpin paling tinggi dalam hirarki Pas Perak yang menang kerusi DUN pada masa itu.
Pas tetap berpegang kepada persefahaman asal bersama PKR dan DAP yang terjalin sejak sebelum pilihanraya. Persefahaman itu kemudiannya secara resmi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat pada penghujung Mac 2008.
Selama lapan hari, Umno terus memujuk ADUN Pas dan ADUN melayu PKR dengan bermacam-macam janji dan tawaran sehingga saat akhir menjelang tarikh angkat sumpah Menteri besar pada 17 Mac 2008. Sepanjang tempoh kritikal itu, Umno memaksimumkan provokasi melalui semua media massa yang mereka kuasai. Provokasi itu bermatlamat memisahkan PAS daripada DAP dan PKR. Jika usaha itu berjaya, Umno akan mendapat semula peluang menubuhkan kerajaan, walaupun secara berkongsi dengan PAs. Pada petang 16 Mac 2008, mimpi Umno berkecai apabila kenyataan media pejabat DYMM sultan Perak mengesahkan majlis angkat sumpah Menteri Besar “bukan” Umno akan berlangsung di Istana Iskandariah keesokan ahrinya. Krisis Fasa Satu bikinan Umno berakhir dengan kegagalan.
Sebagai persiapan awal mengekang usaha Umno menjerat ADUN Pakatan Rakyat melompat parti, semua ADUN PKR dan DAP mencapai satu persetujuan secara sukarela untuk menandatangani surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh berdasarkan akujanji, “Sekiranya keluar atau melompat parti, maka berkuatkuasalah surat perletakan jawatan itu secara rasmi”.
Kewujudan surat itu berserta butiran perinciannya tidak dihebahkan kepada umum kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian. ADUN Pas tidak terlibat dengan akujanji ini keranan telah berbai’ah sebaik saja menerima perakuan kebenaran parti untuk bertanding dalam pilihanraya. Bai’ah tersebut lebih daripada merangkumi maksud akujanji dan surat yang ditandatangani oleh ADUN PKR dan DAP.
bersambung…..
No comments:
Post a Comment