Krisis Fasa 2
Umno meneruskan misi menggugat ketahanan hayat kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Kerajaan Pakatan Rakyat digembar-gemburkan sebagai kerajaan kaum Cina. Ds Nizar dilabelkan sebagai Menteri besar boneka. umno mendakwa kuasa sebenar dinegeri Perak berada ditangan Cina DAP yang diketuai oleh Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Ming. Pemilihan V. Sivakumar dan Hee Yit Foong sebagai Speaker dan Timbalan Speaker DUN turut dimainkan oleh Umno dengan rentak perkauman yang sangat berbahaya.
Difasa ini, Umno berusaha membentuk pemikiran orang Melayu supaya percaya bahawa hak mereka sedang tergugat. Minda orang Melayu diracun dengan ketakutan ‘merempat’ ditanah tumpah darah, pusaka nenek moyang turun temurun. Kononnya Melayu akan jadi pelarian dinegeri sendiri. DAP telah dan sedang menguruskan pengagihan tanah kepada kaum Cina. Kontrak kerajaan dianugerahkan kepada kroni DAP berbangsa Cina belaka. Kononnya sekolah Cina sedang rancak dibangunkan dengan peruntukan kerajaan negeri berjumlah ratusan ribu dan jutaan ringgit. Sekolah agama (Islam) menggigit jari kerana dipinggirkan oleh kerajaan negeri.
DS Nizar digambarkan bukan hanya seperti lembu dicucuk hidung malah sebagai babi tunggangan DAP. Rentak perkauman itu terbawa-bawa dimana saja hingga ada pemimpin Umno yang terbabas melampaui batas. Dalam satu sidang DUN, Hamidah Osman menuturkan ucapan “kalau terjumpa ular dan keling (kaum India), bunuh keling lebih dulu.” Kalau Hamidah bukan pemimpin Umno, mungkin dia sudah sampai ke Kem Tahanan Kamunting atas tuduhan menggugat ketenteraman awam.
Umno berjaya menyemarakkan sentimen perkauman dikalangan sebahagian masyarakat Melayu sehingga membuahkan pandangan umum yang sangat negatif terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Ahli dan penyokong Umno berjaya disuntik dengan keresahan melampau yang tak berasas. Orang Melayu ‘atas pagar’ dan Melayu ‘kelas menengah’ yang kurang peduli urusan politik, turut terkesan oleh provokasi perkauman bermotif politik yang digerakkan oleh Umno. Krisis yang disemai sejak Mac 2008 dan dibajai selama beberapa bulan, mula membesar, membentuk dahan dan ranting yang subur.
Sepanjang tempoh provokasi sentimen perkauman ini, Umno tidak pernah berhenti memujuk sebahagian ADUN Pakatan Rakyat dengan tawaran kebendaan yang lumayan. Pangkat dan wang menghambat gerak siang dan mimpi malam beberapa orang ADUN Melayu PKR dan PAS.
Pada 5 Julai 2008, DS Tajol Rosli mengumumkan BN akan membentuk kerajaan negeri Perak selewat-lewatnya 31 Ogos 2008. Pemimpin-pemimpin kecil Umno peringkat bahagian dan cawangan bersiap-siap untuk meraikan kelahiran semula kerajaan BN neegri Perak.
Krisis fasa ini dihiasi dengan kejutan isu seks luar tabie yang sekali algi dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim. Mohd Saiful Bukhari Azlan tiba-tiba muncul sebagai bintang baru yang mungkin setanding Mawi. Pada 28 Jun 2008, Saiful membuat laporan polis terhadap DS Anwar dengan dakwaan diliwat (kali terakhir) oleh DSAI pada 26 Jun 2008. Mulai tarikh itu, suasan politik dikuasai sepenuhnya oleh rentetan peristiwa yang berlatarbelakangkan isu liwat itu sehingga tarikh sebutan kes pada 7 Ogos 2008. Seminggu sebelum itu, DS Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada DS Anwar masuk ke Dewan Rakyat.
Dakwaan liwat kali kedua ini jelas berobjektifkan menghalang misi 16 September yang diusahakan oleh Anwar. Isu moral, agen asing, sahabat Yahudi dan segala yang busuk lagi jijik dilemparkan kepada DSAI. Serangan ini sekaligus bertujuan meranapkan kredibiliti Pakatan Rakyat secara umum.
Pada masa yang sama, Umno mengkaji kelemahan setiap orang ADUN Pakatan Rakyat negeri Perak dan menyusun senarai sasaran mengikut keutamaan.Langkah itu disusuli dengan penetapan strategi terbaik menumbangkan satu demi satu ADUN pilihan. Tugas melakukan serangan pertama dipertanggungjawabkan kepada BPR (sekarang SPRM). Dua EXCO Kerajaan Negeri daripada PKR dipilih sebagai mangsa operasi ini. Melalui modus operandi yang sudah lapuk, BPR tetap berjaya memerangkap Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu. Mohamad Imran abdullah menyempurnakan tugas yang diarah oleh Shamsiah Abu Bakar (Pengarah BPR Perak masa itu) dengan sangat pantas. Jamaludin dan Osman masuk perangkap BPR/Umno bersama tiga aktivis PKR yang terpalit busuk bersama kisah rasuah seks. Tangkapa dua EXCO PKR itu berlaku pada 20 Ogos 2008 seminggu sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh. Drama rasuah itu digunakan sebagai serampang dua mata. Jangka pendek untuk Permatang Pauh manakala jangka panjang untuk rompakan kuasa di Perak.
Namun begitu, bintang Umno masih belum sukup terang. Sebutan kes liwat dimahkamah (7 Ogos), sumpah laknat Saiful Bukhari (15 Ogos) dan tangkapan rasuah EXCO PKR (20 Ogos) tidak mempengaruhi pengundi Permatang Pauh. Kemenangan DSAI di Permatang Pauh merencatkan gerak lompat yang direncanakan di negeri Perak. Selain itu, kebarangkalian misteri 16 September masih menguasai kedua-dua pihak termasuk mana-mana ADUN Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk melompat kepangkuan Tajol Rosli. Jika 16 September menjadi kenyataan, maka nasib malang pasti menimpa ADUN yang melompat untuk misi Tajol Rosli. Tengah malam 31 Ogos 2008 berakhir dengan kegagalan kedua bagi Umno berhubung hasrat mereka merampas negeri Perak.
Umno belum berjaya.
bersambung…..
sumber MediaPerak
1 comment:
Salam,
Kita tengok PRU 13 nih...
Post a Comment