sumber MediaPerak
sekadar gambar hiasan :)
Enggang sama enggang mana nak sama dengan pipit..nak terbang sama pun tak setanding..itu pepatah melayu yang hampir pupus..tetapi hari ini terbit semula bila dihebohkan isu bakal menantu Pak Ajid..sapa Pak Ajid ni..dia adalah seorang pembesar di sebuah negara kaya raya yang bernama Bolehland .
Tersebut al-kisah Pembesar Ajid ini adalah seorang yang berdarah bangsawan..punya isteri yang rupawan lagi shoppingwan yang bernama Mah Gebu..sama sihat sama gatai..bak kata ibarat buah nangka dibelah 2..kalau sebelah busuk..sebelah lagi ikut sama busuk.. Dikhabarkan Pak Ajid ni seorang yang amat lemah lembut..dan seorang yang taat sehinggakan dia digelar Pak Ajid Isteri Mah Gebu..mungkin kerana keayuan Mah Gebu membuatkan Pak Ajid terlalu sayangkan Mah Gebu sehingga tidak sanggup membantah permintaan Mah Gebu..
Pak Ajid adalah merupakan pembesar negara yang menjadi contoh..boleh kata macam mentor la kepada rakyat Bolehland ni..keluarga dia memang ngetop..anak2 dia pon hebat2 belaka takde sapa boleh tandingi..
Al kisahnya..tak lama dahulu Pak Ajid dan Mah Gebu telah menerima lamaran dari seorang teruna yang hebat untuk digandingkan dengan si dara Pak Ajid ni..
Al kisahnya..tak lama dahulu Pak Ajid dan Mah Gebu telah menerima lamaran dari seorang teruna yang hebat untuk digandingkan dengan si dara Pak Ajid ni..
Selera Mah Gebu lain dari manusia lain..tu pasal dia boleh jadi Wanita Pertama Bolehland..seperti biasa selera Mak Gebu amatlah luar biasa tingginya walaupun Mak Gebu tak berapa tinggi.. Si Teruna adalah jejaka dari keturunan hartawan yang glamorwan..Mah Gebu telah menetapkan syarat kepada anak-anaknya kalau mahu memilih jodoh..syaratnya haruslah berpendidikan lulusan luar negara..dalam negara dia tak pandang walaupun hujung alis matanya..haruslah punya simpanan setanding denagan jutawan..hartawan..billionwan dan segalanya wan..
Si teruna juga kenalah sama hebat dengan keluarga Pak Ajid dan Mah Gebu..kalau tidak..tak dipandangnye si teruna tu..keperibadian si teruna boleh dikata sama hebat dengan Pak Ajid dan Mah Gebu.. setanding..sekufu..sekasta dengan Pak Ajid dan Mah Gebu..sama bijak..sama hebat..sama penipu..
Nak dijadikan cerita hebat..setelah risikan demi risikan..telekkan demi telekkan..maka Mah Gebu berpuas hati dengan calon pilihan anak daranya..maka ditetapkanlah hari untuk melangsungkan majlis pertunangan yang gilang gemilang..korang bayangkan majlis yang Mah Gebu rancangkan setanding dengan majlis DiRaja2 kat Malaysia ni..tetamu jemputan pun bukan calang2 ada artis dari Hollywood..Bollywood..dan dari segenap wood..kecuali Rimauwood..
Berlangsungnya majlis itu membuatkan rakyat dalam Bolehland itu mengharap kot2 dapat jemputan dari si Pembesar Negara Pak Ajid yang terbilang..namunnn..impian dan harapan rakyat Bolehland umpama mimpi dalam mimpi..usahkan jemputan..nak tengok dalam tv pon tak dapat(kot2 ada siaran lansung)..rakyat hanya dengar cerita bila dah selesai majlis..
Dikhabarkan hebat la sangat majlis Pembesar negara Bolehland..rakyat tumpang rasa berbangga kerana kehebatan dan kemewahan Si Pembesar Negara Bolehland mereka..walaupun rakyat tidak dipelawa ke majlis Pembesar mereka..mereka tetap sayang dan sanjung Pak Ajid dan Mah Gebu..kerana pemimpin mereka setanding hebatnya dengan orang kaya di negara lain..walaupun keadaan mereka sangat daif..baju pun main tampal2 nak beli baru tak mampu..
Tersangat gembiralah Mah Gebu kerana mendapat bakal menantu yang hebat..belajar luar negara..warga asing yang bangsawan ..rupawan dan segala wan…Mah Gebu suka bercerita kat kawan2 seglamor dia tentang bertuahnya anak dara dia dapat bakal suami yang hebat meletop..Mah Gebu ni tak suka orang yang lulusan dari universiti dalam Bolehland..katanya lo kelas..ke sana ke mari Mah Gebu asik memuji Bakal menantu dia yang bernama Mamat Daney..
Mah Gebu merasa dia sudah cukup bahagia dan hebat bila dapat bermenantukan Mamat Daney ini..Mah Gebu sudah pasang angan2 untuk mengadakan majlis yang lebih gemilang..lebih hebat..lebih dalam segala jenis lebih..maklumlah selera Mah Gebu memang takde sapa boleh lawan..Mah Gebu sudah mula menghitung hari..menghitung belanjawan..menghitung butik2 untuk dilangganinya..tapi kena faham selera Mah Gebu tersangatlah tinggi..bukan butik di dalam Bolehland..tetapi butik2 di nunn luar dari Negara Bolehland..dalam Bolehland semuanya lo kelas..
Dalam keseronokkan Mah Gebu berangan2 dan menghitung hari..Mah Gebu dikejutkan dengan berita yang cukup gempar..kehebatan Mamat Daney memang telah diketahui oleh rakyat Bolehland..kehebatan yang tiada tandingan di dalam negara Bolehland ini..Mah Gebu disuakan dengan cerita Mamat Daney telah ‘membuhung’ ahli keluarganya untuk menjadi hebat setara dengan permintaan Mah Gebu..Mah Gebu rasa mekap tebal dimukanya tidak dapat menutup rasa malunya dengan berita ini..
Mamat Daney dikatakan telah ‘membuhung’ suami ibunya dengan 'menculik' rumah suami ibunya yang bernilai juta-jutaan..kerana keninginannya yang tinggi untuk menjadi menantu Mah Gebu dan Pak Ajid..membuatkan dia nekad untuk 'menculik' rumah suami ibunya yang berupa mahligai mewah..tetapi' penculikkan' itu berjaya dicium oleh suami ibunya dan membuatkan dia terkantoi dan terjerat di dalam jerat percintaa anak dara Mah Gebu..
Mamat Daney juga diceriterakan oleh spy2 leman yang sedang mengintip dia dia luar Bolehland mendapat laporan yang dia juga telah memalsukan dokumen tentang kehebatan dia untuk mendapat tempat di sebuah sekolah yang hebat seperti syarat layak sebagai menantu Mah Gebu..suami ibunya berasa sangat marah dengan perlakuan anak isterinya itu lalu mendakwa Mamat Daney ke mahkamah kerana telah 'menculik' hartanya tanpa pengetahuannya..
Maka sekarang ini rakyat Boleland berasa sangat sedih mengenangkan nasib Pembesar Bolehland kesayangan mereka..mereka tahu..mesti Mah Gebu berasa malu yang teramat sangat kerana ditampar oleh Mamat Daney bakal menantu kebanggaan Mah Gebu dan Pak Ajid..laporan kehilangan Mamat Daney menambahkan kesedihan kepada rakyat Bolehland kerana kasihankan Mah Gebu nanti tak kesampaian untuk berbelanja hebat untuk majlis perkahwinan anak daranya..
Kesengsaraan ini lebih dirasai oleh anak dara Mah Gebu kerana chenta hatinya telah menjadi buruan kerana kehebatannya..suami ibunya terlalu cemburukan Mamat Daney kerana dapat menjadi menantu wanita legenda di seantero dunia iaitu Mah Gebu The Great..maka anak dara Mah Gebu hampir menjadi sasau kerana kemurungan yang amat sangat..ini dilaporkan kelihatan Ahli Nujum negara Bolehland asik berulang alik dari kediaman Mah Gebu dan Pak Ajid..
Sejak dari peristiwa terkantoinya Mamat Daney bakal menantu kehebatan Mah Gebu diwar-warkan..Mah Gebu tidak lagi kelihatan di butik2..komplek2 mewah..hotel mewah atau di spa2 mewah..ada dongeng2 yang di dengar Mah Gebu sudah membuat ‘make over’ terhadap ketrampilannya agar dia tidak menjadi perhatian ramai..Pak Ajid juga lebih banyak berdiam diri dari berkata2..setiap soalan yang diberi dia hanya menjawab ‘no komen’…suasana Bolehland sekarang yang suram juga menjejaskan ekonomi Bolehland..pasal semua pakat menyorok tak mau jumpa orang..
Dibawah ini adalah pautan cerita yang hampir sama dengan kisah sedih Mah Gebu dan Pak Ajid..harap bukan inilah bakal menantu hebat Mah Gebu yang hilang itu..
1 comment:
Salam Yong,
Birds of the same feathers...
Post a Comment