Followers

Wednesday, September 19, 2012

misteri Sultan Perak yang sah.. (5)


Laporan polis terhadap Sultan Azlan Shah
Sebagai langkah awal untuk mendapatkan kembali hak warisan Kesultanan Perak, Ku Ann @ Raja Amran telah membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis, Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar Rpt: 2741/04
 Masa: 1440hrs.
 S/D: 8410/04 
Tarikh: 15/09/04
 Nama: Amran bin Muhammad 
No K/p: 440910-08-5527
 Umur: 60 thn.
 Pekerjaan: Tiada
 Alamat: *************, Jalan Kenanga, 55200, K.L
 Tel: 016-283****
 Pada 03/02/1984, Raja Azlan Shah telah dilantik menjadi Sultan Perak ke-34 oleh Majlis Dewan Negara Negeri Perak dengan dipersetujui bekas Menteri besar Ramli ngah Talib dan direstui oleh Bekas Dato Dr Mahathir Mohammad. Raja Azlan Shah tidak ditabal mengikut adat istiadat diraja seperti mandi bersiram yang seharusnya disempurnakan sebelum baginda ditabalkan menjadi Sultan.
 Saya, Ku Ann@Amran Muhammad adalah pewaris terdekat yang telah hilang taraf raja semenjak zaman kanak-kanak atas bijak pandai Raja Azlan Shah yang telah mengambil cap ibu jari saya diatas stu borang yang saya sendiri tidak pasti isi kandungan didalamnya tanpa saya disuruh membaca ketika berusia lebih kurang 13 tahun.
Perkara ini berlaku semasa Raja Azlan mula-mula menjawat jawatan Majistret di Mahakmah Rendah Ipoh.
Antara saya dengan Raja Azlan Shah ada kait mengait yang sama-sama pernah dipelihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, Ibu saudara saya yang telah mengambilnya sejak kecil dari keturunan orang biasa dan ibunya pula keturunan Cina Siam ketika Almarhumah menjadi isteri kepada Sultan Yusof.
Pengambilan Raja Azlan Shah oleh Almarhumah disamping memperguna pakai bin tanpa merujuk terlebih dahulu, Raja Yusuf amat murka dan terpaksa Raja Yusof menceraikan Almarhumah. Masa itu, Raja Yusof sudah mempunyai seorang anak bernama Raja Baharom Shah hasil perkahwinan Almarhum dengan Almarhumah.
Raja Baharom pula semasa dizaman kanak-kanak menghidap sakit otak terus menerus sehingga dia dirawat dihospital Tanjung Rambutan.
Raja Azlan Shah diambil sebagai anak angkat oleh Almarhumah memikirkan Raja Baharum sudah tidada harapan untuk sembuh dengan penyakitnya itu.
Saya adalah orang yang bertanggungjawab menjaga, menghantar makanan dan persalinan dengan berulang alik ke hospital setiap hari tanpa diberi persekolahan yang telah terhenti bagaimana yang dijanjikan oleh Almarhumah.

Sesudah sekian lama penceraian antara Almarhum dengan Almarhumah, Raja Azlan terus menerus diberi pelajaran sehingga ke Malay College Kuala Kangsar dan seterusnya ke London mengambil jurusan undang-undang.
Begitupun, Almarhumah masih mendesak Almarhum supaya Raja Azlan diperakui sebagai anak dan mencatitkan nama Raja Azlan Shah didalam rekod senarai kerabat-kerabat Negeri Perak yang bakal mewarisi takhta suatu masa nanti. 


Hakikatnya mahu tidak mahu Raja Yusof terpaksa mengakui Raja Azlan Shah sebagai anak memikirkan Almarhumah masih menjadi isteri semasa Raja Azlan Shah diambil sebagai anak angkat demi menjaga maruah dan martabat sebagai seorang Raja.
Seseorang Sultan yang akan ditabalkan seharusnya berdarah raja yang berdaulat dan bukannya dari anak angkat yang digunapakai bin seseorang raja atau mereka yang bukan anak raja sebenar. 
Dewan Negara Negeri Perak mempunyai kuasa untuk menggugurkan semula seseorang Sultan dari menduduki takhta jika ia didapati bukan dari darah raja berdaulat yang benar-benar layak bersemayam dalam Istana Iskandariah di bukit Chandan Kuala Kangsar yang dijaga rapi oleh pendaulat jin kerajaan bernama Megat chandin, kalau ada Sultan yang tidak tahan dengan daulat istana Bukit Chandan, maka Sultan terpaksa berpindah dan akan mencari istana lain yang mungkin difikirnya tidak ada gangguan lagi.
Kalau selagi Sultan tidak turun balik dari takhtanya, Jin tetap menganggu kemana saja Sultan pergi.
Saya membuat laporan ini tujuan mahu mendapatkan semula hak saya sebagai pewaris raja berdaulat yang sudah hampir setengah abad dipinggirkan oleh seseorang yang bukan raja bergelar Sultan yang mempunyai kedudukan tinggi.

 T. Tangan Pengadu
 ________________ 
Penerima Report 
(L/Kpl 135515 Zairosmaya) 
_________________
Berikut pula adalah surat jawapan daripada Ibupejabat polis Kuala Kangsar.
Encik Amran bin Muhammad
******************
Jalan Kenanga
55200 Kuala Lumpur.

Kuala Kangsar Repot:2741/2004 Bertarikh 15 Sept, 2004 – Laporan polis terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
_____________________________________________________________________________


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Setelah meneliti laporan tuan berkaitan tuntutan tuan terhadap tahta pemerintahan Negeri Perak, dimana tuan mendakwa sebagai pewaris sebenar Kesultanan Negeri Perak, adalah didapati ia merupakan perkara sivil. Oleh yang demikian, pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tuan yang berkenaan. Tuan bolehlah mendapat nasihat peguam tuan untuk tindakan seterusnya.


Sekian, terima kasih.


“SEDIA BERKHIDMAT”
“MESRA, CEPAT DAN BETUL”


                          tt
(ZAKARIA BIN PAGAN) P/SUPT
KETUA POLIS DAERAH
KUALA KANGSAR.


Surat sebenar boleh dilihat disini.




***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/11/misteri-sultan-azlan-shah-5/


No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil