Followers

Friday, January 09, 2009

angan Pak Lah terhadap pengundi cina di KT

bila baca kenyataan Pak Lah kat sini pasal keyakinannya terhadap pengundi cina..ummi tersenyum jek mula2...bila baca bawah2 lagi..lama2 ummi tergelak pulak dengan cerita lawak Pok Lah ni...
"Yang setakat saya tahu sokongan yang ada tu masih ada, tapi yang perlunya kita perlu beri penerangan yang lebih kepada mereka, menjawab soalan-soalan, keraguan yang ada. Ini kita serah kepada jentera yang berkempen," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
tu yang setakat Pok Lah tau..yang tak tau lagi hebat Pok Lah oii....Pok Lah nak harap jentera kempen untuk kasi penerangan..hahaha dema bukan nak kasi penerangan tang pemikiran Pok Lah oii..deme kasi penernagan tang poket jek...
Mengulas lanjut, Abdullah berkata pengundi Cina adalah golongan yang telah membantu kemenangan BN pada dua pilihan raya umum terdahulu.

"Mengenai bilangan dia yang turun naik tu, itu perkara biasa yang berlaku, tapi mereka juga adalah kumpulan yang menyokong. Saya pasti mereka akan terus menyokong BN kerana ada banyak kebaikannya," kata Abdullah.
ish..ishh..ishh..Pok Lah tu dulu Pok Lah...la ni dema dah meluat dgn BN...tak caya mike baca kat sini-->Pengundi muda Cina cenderung sokong pembangkang...
"Dulu pengundi di sini telah pilih calon Barisan Nasional. Tahun 2004 pun mereka telah pilih calon Barisan Nasional. Kalau sudah ada keinginan hendakkan ahli Parlimen dari parti Barisan Nasional maka pada saya sudah menjadi satu pilihan yang logik dengan kekosongan itu perlu diisikan dengan calon dari parti Barisan Nasional," katanya.
hahaha...lagi2 cerita pasal dulu... pengundi cina ramai dah lari la Pok Lah....dema dah menci2 dgn BN...belom tentu kali ni BN pilihan dema Pok Lah...jgn dengor sgt laporan yg orang bawah Pok Lah kasi tu...cakap2 dema hanya untuk menyedapkan hati Pok Lah je tu...hakikatnya nanti Pok Lah boleh menangis..macam kes Dato' Zahid la...dapat laporan yg tak sahih..terus merapu meraban...hahaha ni la yg di katakan 'Bapak kencing berdiri..anak kencing berlari..' asik ngencing rakyat je keja nye...
"Kita tidak beli pengundi, kita tidak pernah beli pengundi. Kita mempunyai parti yang kuat, kenapa pula kita nak beli pengundi? Kita membelanjakan wang untuk jentera kita, itu saja. Beli undi, tidak sama sekali.

"Sebuah parti yang besar seperti kita tidak perlu nak beli undi. Ia amalan yang tidak baik, merugikan wang tak pasal-pasal buat apa? Lebih baik kita gunakan wang untuk pembangunan," kata Abdullah.
hahaha....tak beli pengundi ekk...belanja wang hanya untuk jentera BN ekk...camne lak ceritanya dengan kenyataan di bawah ni..?
Pengundi Cina di Kuala Terengganu menerima RM300 seorang sebagai ang pow untuk memancing mereka mengundi BN.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali pula memberitahu bahawa sejumlah RM6.1 juta akan diagihkan sebagai habuan untuk pengundi Cina di sana.
kalau BN parti yang kuat...takyah la nak kasi2 ang pau time2 pilihanraya ni...kalau nak kasi time nak raya nanti la....ishh..ishh..ishh...kalau Pok Lah dah yakin bebenor dengan pengundi cina buat apa la susah payah nak ambik hati pengundi cina dengan ang pau tu..? hmm...gayat ke dengan undi kaum cina Pok Lah weh..!!

Tuesday, January 06, 2009

sime darby batal ambik IJN....

Sime Darby Berhad mengumumkan bahawa pihaknya telah membatalkan hasratnya untuk mengambil alih 51 peratus pegangan dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut berkata, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira sentimen dan maklum balas awam sejak kerajaan mengumumkan penangguhan keputusannya untuk membenarkan Sime Darby mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara tersebut.-Malaysiakini


hari ini sime darby mengishtiharkan pembatalan mereka utk memiliki IJN...hari ini juga berlangsungnya pencamaan calon di Kuala Terengganu...hmmm macam ada sesuatu yg tersirat aje..atau satu kebetulan..adakah disebabkan pilihanraya sime darby membatalkan hasratnya utk mengambil alih 51% pegangan IJN..? atau hasratnya hanya ditangguh supaya rakyat tak marah dan tolak BN di PRK Kuala Terengganu..? takpe..kita tunggu dan lihat...

mari..mari..mari..pesta dah bermula..!!

0601kt04ss.jpghttp://www.themalaysianinsider.com/images/stories/2009jan1/0601kt02s.jpg


Mari-mari ....jangan lari!! Jangan malu dan jangan segan..... mari...mari...!!

Payung ada......
T'shirt ada.......
Minum ada......
Nasik bungkus disedia......
Duit kocek pun ada..... brapa mau cakap saja....
Minyak motor dan kereta..... tuang saja.....
Puteri ada........... putera pun suka.......
Sama-sama bergurau senda.............
Lu tepuk gua...gua tepuk lu.. sama-sama suka....
Tapi jangan lupa dosa ... pahala......
Ini pesta syok punyia....
Bikin pemimpin lamai yang kaya......
Luit mali untuk pilihan laya.......
Kasi sikit........ lain simpan poket saja......
Tipu sini.... tipu sana.........
Wang tak cukup kasi lagi ma.......
Nanti olang tak mau bikin kerja...........
Kalah..... jangan salah sama gua......

Orang atas bergaya..... orang bawah jadi barua.........
Sesetengah kerja bagai nak gila......
Tapi ada juga....kerja sikit kemudian tak nampak muka.......
Hulur wang...... muncul semula......
Ada duit............. ada kerja
Curi tulang amalan biasa........
Pemimpin datang semua terpa....
Depan mereka bermuka-muka......
Apa dikata angguk sahaja......
Ada masalah... no problem. sir.....
Amalan bodek begitu nyata......
Apa nak kata....
Itu budaya....dulu..kini dan selamanya....

Pesta ini datang berkala......
Belanjanya .....mak oi.... berjuta-juta.....
Herannya, selepas plihan raya........
Hutang tak bayar.... orang bertanya.....
Ramai pula yang mula bersuara.....
Buat kerja upahnya mana...
Kalau bayar pun ciput saja.....
Tak berbaloi dengan tenaga yang diguna....
Duit berjuta pergi kemana.......
Itu selalu menjadi tanda tanya....
Ada yang marah.... ada yang hampa......
Bergaduh pulak sesama mereka....
Orang melihat geleng kepala.....
Geli hati ..... nak tergelak, pun ada jua......
Lihat pelbagai kerenah manusia.....
Manusia UMNO empunya cerita.....

Semua ini..... dapat dilihat di setiap pesta pilihan raya anjuran UNMO/BN. Hebat dan sungguh menghiburkan. Sebab itu.... kedatangannya sentiasa ditunggu-tunggu para penyokongnya. Kini, mereka sakan berpesta di Kuala Terengganu.

Jom apa tunggu lagi......kita skodeng mereka di sana.....

sumber a mum of three mohd

PRK Kuala Terengganu 3 sah bertanding....

KUALA TERENGGANU: Tiga calon disahkan layak bertanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

Proses penamaan calon selama sejam yang berakhir pada pukul 10 pagi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding.

Ia diikuti dengan sesi bantahan selama sejam yang berakhir pada jam 11 pagi.

Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.

Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.

baca lagi kat sini-->mStar

60 ribu penyokong PR mengiringi Wahid Endut


Proses Penamaan Calon yang berlangsung hari ini berjalan lancar. Dan seperti yang dijangka, penyokong dari PAS dan Bn lebih mendominasi keadaan berbanding dengan calon Bebas.

Lebih bermakna lagi bilamana calon PAS bagi P036, YB Ab Wahid Endut telah diiringi oleh lebih 60 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Perarakan hari ini memperlihatkan peserta dan penyokong PAS memenuhi jalanraya hampir 3 kilometer.

Pada masa sekarang ini (9.48 pagi), ribuan penyokong PAS sedang berkumpul di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menunggu keputusan pencalonan hari ini.

Ramai yang berpendapat, pada pusingan pertama, dan hari pertama PRK P036 KT secara rasmi ini, sokongan terhadap calon PAS lebih tinggi berbanding calon Bn dan bebas.

Diharap sokongan kepada calon PAS lebih meningkat lagi.



sumber perisik-rakyat




melaknat Israel setakat mana..??

Seluruh dunia mengutuk serangan Yahudi terhadap Ghaza, Apakah hasilnya ? Bakar bendera, bakar patung, pijak gambar dan sebagainya apa hasil ? Mana lebih banyak asap dari bakaran bendera Israil dan patung-patung dari asap yang menjulang di Ghaza ? Mana lebih besar api yang menjulang dari bakaran bendera Israil dari api yang menjulang di Ghaza ? Mana banyak air mata simpati dari umat islam seluruh dunia dari air mata di Ghaza ? Semua ini wajib di jawab secara lojika

Mengapa saja tidak di anjurkan sembahyang hajat di tanah lapang dengan di hadiri jutaan manusia supaya semua yang hadir memohon pertolongan daripda Allah, dari melakukan tunjuk perasaan yang ternyata mendapat letih dan membuang masa dan tenaga, siapa yang mahu mendengar perasaan orang yang menunjuk perasaan ? Siapa yang mahu mengambil tindakkan yang berkesan terhadap Israil walaupun Israil tidaklah begitu ramai

MENGHARAPKAN

Mengharapkan OIC? Mengharapkan negara arab di sekeliling Palastin ? Mengharapkan PBB ? Bukankah semuanya negara ini sudah di bawah telunjuk Yahudi ?
Siapakah negara yang menyokong sehingga tertubuhnya negara Israil ? Siapakah yang menbenarkan Yahudi membuka perniagaan di seluruh dunia sehinggakan aktif balik Freemason ? Mengapa tidak di senaraikan perniagaan Israil di negara ini supaya orang ramai dapat melumpuhkan perniagaan mereka ? Bukankah 75% perniagaan itu adalah sumber penjajahan!

Wahai orang Islam semua! Mengapakah Israil begitu berani menyerang dan membunuh rakyat Palastin sedangkan negara Yahudi tersebut di kelilingi negara Arab ! bukankah islam itu bersaudara ! Apakah orang islam di keliling negara Israil itu sudah satu nada dengan Yahudi ? Adakah Israil begitu berani menyerang Ghaza di sebabkan Fatah dan Hamas telah berpatah arang?

PANDANGAN PENULIS

1. Selagi Palastin tidak kembali kepada sistem Islam maka selagi itulah mereka menjadi ulam Yahudi

2. Selagi tiada yang bersikap Salahuddin Al Ayubi maka selagi itulah Palastin menjadi ulam Yahudi

3. Selagi negara umat islam mengizinkan Yahudi berniaga di negara umat islam maka selagi itulah Palastin menjadi ulam israil termasuklah negara umat islam yang lain cuma masa belum sampai

4. Selagimana umat islam tidak bersatu maka selagi itulah umat islam menjadi ulam kuasa Yahudi dan Nasrani

5. Selagi ada sistem pemerintah yang sealiran dengan barat maka selagi itulah Allah mengajar umat islam supaya membuka mata luas-luas, namun sehingga kini manusia masih buta

6. Selagi sistem islam tidak di laksanakan maka selagi itulah Allah menyedarkan umat islam dengan memusnahkan dan menghina maruah umat islam itu sendiri, lihatlah kenyataannya di seluruh dunia ini yang mana uamat islam sahaja yang menderita dan di bunuh..

sumber PakKaramu

An Israeli attack helicopter fires a self-protection flare, top left, and a missile, bottom, towards targets in Gaza as seen from the border between Israel and the Gaza Strip, Monday Jan. 5, 2009. Israeli forces pounded Gaza Strip houses, mosques and tunnels Monday from the air, land and sea, killing at least seven children and six other civilians, as they consolidated a bruising offensive against Palestinian militants. (AP Photo/Ariel Schalit)

Smoke rises after an Israeli air strike in Rafah in the southern Gaza Strip January 5, 2009. Israeli tanks, planes and ground forces pounded Gaza on Monday and the defence minister said the offensive against Hamas militants in the Palestinian enclave would go on until Israel was safe. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa (GAZA)

Smoke rises from a gas terminal after an explosion in the northern Gaza Strip January 4, 2009. Israeli tanks and infantry battled Hamas fighters in the Gaza Strip on Sunday in a ground offensive launched after eight days of deadly air strikes failed to halt the Islamist group's rocket attacks on Israel. REUTERS/Yannis Behrakis (GAZA)

Shati refugee camp, in Gaza City, Monday, Jan. 5, 2009. Israeli forces pounded Gaza Strip houses, mosques and smuggling tunnels on Monday from the air, land and sea, killing at least seven children as they pressed a bruising offensive against Palestinian militants. (AP Photo/Khalil Hamra)
Palestinian relatives of Hamas militant Mohammed Abu Shair, who was killed by an Israeli air strike, mourn beside his body during his funeral in Rafah in the southern Gaza Strip January 5, 2009. Israeli tanks, planes and ground forces pounded Gaza on Monday and the defence minister said the offensive against Hamas militants in the Palestinian enclave would go on until Israel was safe. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa (GAZA)
Mourners pray near the bodies of Palestinians killed after an Israeli air strike in the northern Gaza Strip January 4, 2009. Israeli soldiers and Palestinian militants battled on Gaza City's outskirts on Sunday after Israeli troops and tanks invaded the coastal enclave in the worst fighting in the conflict in decades.  REUTERS/Ismail Zaydah (GAZA)

Monday, January 05, 2009

satu laporan polis untuk datok zahid...

Apa pasal Datok Zahid buat fitnah ni..?? sumber mana yg Datok Zahid dapat pasal dewan tadika kemas diarah tutup ni...check balik..ntah2 ada orang nak sabotaj datok ni...atau memang datok nak cari publisiti murahan...dengar kata datok dengar laporan tu dari Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak...hmm macamana datok boleh terus buat kenyataan tanpa usul periksa kesahihan ceritanya...sapa yg susah sekarang...datokkk jugak...

dari sumber yang ummi perolehi dari tok sidang Kg.Hutan Melintang iaitu tok sidang Tapa..ummi diberitahu bahawa dia telah bertemu sendiri dan berbincang dengan penyelia KEMAS Parlimen Bagan Datoh..saudara Nordin Sulaiman bahawa tiada satu pun tadika KEMAS yang ditutup atau diarahkan mengosongkan permis mereka...dia sendiri heran macamana Datok Zahid yang baru balik dari Mekah boleh mengeluarkan kenyataan begitu...

Sementara sumber yang ummi perolehi dari Naib Yang DiPertua PAS Bagan Datoh saudara Hj.Ramlee Husin siang tadi beliau bersama SU PAS Bagan Datoh Saudara Fauzi Hashim bersama YB K.Saven serta setiausahanya dan 5 orang tok sidang DUN Rungkup telah membuat satu laporan polis terhadap Datok Zahid di Balai Polis Daerah Teluk Intan(IPD Hilir Perak)...laporan polis tersebut meminta Datok Zahid menarik balik kenyataannya yang berbau fitnah terhadap kerajaan Paktan Rakyat Perak dalam tempoh 3 hari.....ini kerana di kawasan Bagan Datoh tiada satu pon tadika KEMAS yang ditutup..harap Datok Zahid memohon maaf kepada kerajaan negeri Perak..






translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil