bila baca kenyataan Pak Lah kat
sini pasal keyakinannya terhadap pengundi cina..ummi tersenyum jek mula2...bila baca bawah2 lagi..lama2 ummi tergelak pulak dengan cerita lawak Pok Lah ni...
"Yang setakat saya tahu sokongan yang ada tu masih ada, tapi yang perlunya kita perlu beri penerangan yang lebih kepada mereka, menjawab soalan-soalan, keraguan yang ada. Ini kita serah kepada jentera yang berkempen," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
tu yang setakat Pok Lah tau..yang tak tau lagi hebat Pok Lah oii....Pok Lah nak harap jentera kempen untuk kasi penerangan..hahaha dema bukan nak kasi penerangan tang pemikiran Pok Lah oii..deme kasi penernagan tang poket jek...
Mengulas lanjut, Abdullah berkata pengundi Cina adalah golongan yang telah membantu kemenangan BN pada dua pilihan raya umum terdahulu.
"Mengenai bilangan dia yang turun naik tu, itu perkara biasa yang berlaku, tapi mereka juga adalah kumpulan yang menyokong. Saya pasti mereka akan terus menyokong BN kerana ada banyak kebaikannya," kata Abdullah.
ish..ishh..ishh..Pok Lah tu dulu Pok Lah...la ni dema dah meluat dgn BN...tak caya mike baca kat sini-->
Pengundi muda Cina cenderung sokong pembangkang... "Dulu pengundi di sini telah pilih calon Barisan Nasional. Tahun 2004 pun mereka telah pilih calon Barisan Nasional. Kalau sudah ada keinginan hendakkan ahli Parlimen dari parti Barisan Nasional maka pada saya sudah menjadi satu pilihan yang logik dengan kekosongan itu perlu diisikan dengan calon dari parti Barisan Nasional," katanya.
hahaha...lagi2 cerita pasal dulu... pengundi cina ramai dah lari la Pok Lah....dema dah menci2 dgn BN...belom tentu kali ni BN pilihan dema Pok Lah...jgn dengor sgt laporan yg orang bawah Pok Lah kasi tu...cakap2 dema hanya untuk menyedapkan hati Pok Lah je tu...hakikatnya nanti Pok Lah boleh menangis..macam kes Dato' Zahid la...dapat laporan yg tak sahih..terus merapu meraban...hahaha ni la yg di katakan 'Bapak kencing berdiri..anak kencing berlari..' asik ngencing rakyat je keja nye...
"Kita tidak beli pengundi, kita tidak pernah beli pengundi. Kita mempunyai parti yang kuat, kenapa pula kita nak beli pengundi? Kita membelanjakan wang untuk jentera kita, itu saja. Beli undi, tidak sama sekali.
"Sebuah parti yang besar seperti kita tidak perlu nak beli undi. Ia amalan yang tidak baik, merugikan wang tak pasal-pasal buat apa? Lebih baik kita gunakan wang untuk pembangunan," kata Abdullah.
hahaha....tak beli pengundi ekk...belanja wang hanya untuk jentera BN ekk...camne lak ceritanya dengan kenyataan di bawah ni..?
Pengundi Cina di Kuala Terengganu menerima RM300 seorang sebagai ang pow untuk memancing mereka mengundi BN.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali pula memberitahu bahawa sejumlah RM6.1 juta akan diagihkan sebagai habuan untuk pengundi Cina di sana.
kalau BN parti yang kuat...takyah la nak kasi2 ang pau time2 pilihanraya ni...kalau nak kasi time nak raya nanti la....ishh..ishh..ishh...kalau Pok Lah dah yakin bebenor dengan pengundi cina buat apa la susah payah nak ambik hati pengundi cina dengan ang pau tu..? hmm...gayat ke dengan undi kaum cina Pok Lah weh..!!
No comments:
Post a Comment