Followers

Monday, March 16, 2009

DS Nizar lancar jentera Kelab Penyokong PAS

Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS ; Ucapan ‘ala’ Demonstrasi Menyemarakkan ‘Makkal Sakthi’

Bukit Gantang - “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin.

Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka”

(Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS)

Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan.

Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak.



“Saudara-saudara, apa yang berlaku di negeri Perak hari ini adalah satu kekejaman yang telah dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional, tanpa segan silu mereka telah merampas hak rakyat negeri Perak,”kata Nizar.

Katanya mandat yang diberi oleh rakyat negeri Perak pada pilihanraya umum ke 12 bulan Mac 2008 telah dirampas oleh UMNO pada 5 Februari, 2009.

“Ini merupakan satu perbuatan yang yang haram, seharam-haramnya, sekejam-kejamnya dan durjana, sedurjana-durjannya,”tegasnya yang meminta ahli-ahli Kelab Penyokong dari kaum India dan Cina menolak UMNO dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan nanti.

Dalam sidang media yang diadakan selepas majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang berkata PAS hanya akan mengumumkan calonnya 26 Mac ini walaupun Barisan Nasional (BN) telah menamakan calonnya untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam.

Katanya PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk mempertimbangkan empat nama yang sudah ditapis manakala ia akan ditimbang dan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 23 Mac depan.

Katanya empat nama yang akan dihalusi malam ini tidak termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi yang telah menolak namanya daripada dicalonkan.

Ustaz Ahmad Awang turut menolak andaian langkah awal UMNO mengumumkan calon semalam memberi tekanan kepada PAS dalam soal memilih calonnya.

PAS memilih untuk mengumumkan calon lewat kerana kata beliau, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa anggota jawatankuasa pusat berada di luar negara.

"Jadi PAS pusat akan memutuskan nama calon yang sesuai pada 23 Mac dan akan diumumkan di sini tiga hari kemudian," katanya yang turut melancarkan Kempen Kutipan Dana Kelab Penyokong PAS dalam majlis yang sama.

Ketika ditanya sama ada pengumuman lewat akab menjejaskan peluang PAS kekalkan kerusinya, Ustaz Ahmad yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal.

"Lagipun jentera sudahpun berjalan dan kini mengaturkan pelbagai aktiviti bagi hadapi pilihan raya kecil ini,"tambahnya.

Rencana: buletinonline.net
Foto: peraknews

Sunday, March 15, 2009

Osman dan disebalik teks ucapannya....















Jadi aku MSK nak cerita sikit tentang ucapan tu. Sebab al-Banjari cuma dapat smuggle teks ucapan tu…tapi dia tak berapa tau orang-orang di belakang Osman Jailu. Bahagian ni aku pulak yang uruskan. Bahagian al-Banjari dah selesai.

Al-Banjari tulis, “Kata sahabat wak, ciberboron - aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je.”

Memang betul..teks ucapan tu ada lambang negeri Perak sebab ditulis di Pejabat Menteri Besar Haram. Penulis teks ucapan tersebut ialah Setpol Zamry…Hamdan Taha. nak harapkan Osman buat ucapan? banyak tanda titik macam cara aku tulis…sebab dia gagap.

Pada muka surat pertama ucapan tersebut. Osman mengucapkan terima kasih kepada Pekida Malaysia. dan kalau hangpa nak tau, Osman cuma berani balik disebabkan dia mendapat perlindungan Pekida. Kalau tak dak Pekida…hangpa ingat dia berani balik ka? Dan hari tu juga, dia kena keluar RM30,000 ringgit dan dua ekor lembu untuk dikorbankan. La ni baru ada akai. Dulu masa jadi EXCO PR…orang tolong dia. La ni, nak buat apa pun semua pakai duit. Tak sampai setahun, habih la 2-3 juta yang dia dapat tu. Lepas tu…balik jual bundle.

Dalam muka surat pertama juga, ditempat dimana Al-Banjari meletakkan perkataan HOT!! hangpa rujuk laa..sendiri, ada tertulis nama “Rakan-rakan yang berhormat, Yg Berbahagia, Tuan Jamaludin Yusof” (Perhatikan diatas garisan hitam).

Siapa Jamaludin Yusof? Ini adalah Ketua Bahagian PKR Kuala Kangsar. Hari tu aku ada tulis tentang beberapa Ketua bahagian PKR yang telah berjumpa Osman dan Jamaludin, dan aku tak pasti mereka ini menyokong Jamal dan Osman…tapi ada agenda tersembunyi mereka yang aku akan cerita kemudian nanti. Bukan Jamaludin Yusof saja..ada lagi Ketua Bahagian PKR yang secara diam-diam telah berjumpa Jamal dan Osman untuk merencanakan sesuatu. Yang ni tunggu dulu…ada dua tiga perkara lagi yang aku kena settle, sebab perkara ini melibatkan kepimpinan tertinggi PKR. So..kalau hari tu aku kata aku dah tak minat dengan krisis perak…ada sebabnya.

Dalam muka surat 5, Osman berkata..” sekarang Pakatan Rakyat berada dikemuncak, BN berada diambang kematian dan kepupusan. Adalah kerugian bagi saya menyokong BN dan menjadi ADUN Bebas…” Aku tak mau kata Osman ni bodoh…sebab dia memang bodoh.

Dan dalam muka surat 6 dan 7, Osman menyalahkan hampir keseluruhan kepimpinan Pas, DAP dan PKR…kecuali dirinya dan Jamaludin. Dan sebab utama mengapa dia keluar dari PR adalah kerana tidak mampu menjalankan amanah dengan baik kerana pentadbiran mempunyai kepincangan yang amat jelas. Dan dia cukup marah dengan Nizar, Ngeh dan Nga.

Sebenarnya…Osman ni bukan tau apa…dia cuma Pak Turut kepada Jamaludin. Osman digunakan oleh Jamaludin sebagai rakan untuk mengugut Nizar, Ngeh dan Hj. Ismail. (Masa tu Ketua PKR Perak)

Sebab utama Osman dan Jamal keluar PR dan jadi ADUN bebas nbukan pasai lain..tapi pasai balak. Aku dah tulis benda ni…lama sebelum krisis Perak berlaku. Bulan December tahun lepas.

Ada exco PKR yang dapat balak..pi bagi kat Raja Ahmad Zainudin. Dalam sidang dUN…Raja Ahmad pi hentam Nizar kaw-kaw..tapi diluar dewan..Raja Ahmad pi cakap kat Nizar..”terima kasih sebab luluskan kawasan saya!”

hangpa tak bengang ka? Orang Pas dan PKR yang gantung bendera…yang gantung poster…masih belum dapat bayar hutang…pemimpin atasan buat duit senang-senang. Dapat peluang…pi bagi kat orang Umno. Kemudian orang Umno pi hentam MB kita..Hangpa tak sakit hati ka?

Pemimpin PKR pulak…bila dapat duit bukan nak bantu parti…tapi tambah bini. Parti tak dapat duit satu sen pun…mampuih pi la. Rakyat perlu berkorban..kita perlu teruskan perjuangan..jangan mengharapkan balasan..ptuih!

Bila permohonan kali kedua dibuka…Nizar dah ada pengalaman. Orang dah hentam dia dari segenap sudut..ada orang Pas diTaiping yang ugut nak bubar cawangan. Ada orang PKR yang ugut nak masuk DAP. Bukan pasai tak dapat habuan…tapi bila kera dihutan disusukan. Nizar berhati-hati..dan sampai sekarang banyak yang belum diluluskan lagi.

EXCO PKR yang aku katakan mendapat kawasan balak dan kemudian diberikan kepada Raja Ahmad…adalah Kapt (Bodoh) Osman. Dan sebab mengapa Nizar menolak permohonan balak yang dibuat oleh Osman telah aku tulis pada perenggan terakhir tersebut.

Dalam muka surat 8, Osman menyalahkan pemimpin negeri PKR yang mahu menyingkir mereka. Aku tau…dia menyalahkan Hj. Ismail kerana Hj. Ismail merupakan Ketua PKR negeri masa itu. Tapi adakah ini sebabnya? Osman dan Jamaludin telah melobi Anwar melalui Hj. osman dan Azmin untuk mentingkir Hj. Ismail dari jawatan Ketua PKR Negeri. Dan Anwar telah menurut nasihat Azmin untuk menyingkir Hj. Ismail dan menggantikan beliau dengan Hj. Osman.

Ada kah Hj. Ismail yang menyingkir beliau atau mereka yang berjaya menyingkir Hj. Ismail? Hj. Ismail telah pun tersingkir hasil komplot Kapt. Osman, Jamaludin, Hj. Osman dan Azmin. Kapt. Osman nak apa lagi? Hj. Osman pun dah dapat jadi Ketua PKR Perak, Jamaludin pun dah dapat jadi Timbalan Ketua PKR Perak…nak apa lagi? Kalau pun Hj. Ismail nak lawan Kapt. Osman..lawan la. Pasai apa sampai nak keluar PR?

So…ini bukan soal politik dalam parti. Bukan soal Hj. ismail nak singkir depa atau tidak..tapi pasal ketamakan dalam merebut konsesi balak. Aku berani kata, Jamal dan Osman pernah pergi berjumpa Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri…minta diluluskan permohonan balak mereka.

Malah mereka pernah menggunakan nama kerabat diraja untuk memohon kawasan balak, tapi disekat oleh Nizar. Nizar melakukan ini kerana permohonan sebelum ini telah diberikan kepada orang Umno, bukan untuk membantu parti. Malah Osman dan Jamal menggunakan nama parti untuk memohon kawasan balak, tapi bila dapat…depa pulun sorang tanpa memberikan sesen pun pada parti. Yang depa tau…tambah bini.

Tak cukup dengan kuota bini yang halal…depa buat yang haram.Osman dan Jamal marah kat Ngeh dan Nga…bukan pasai depa ni perjuangkan melayu…ptuih! Nga pernah terserempak dengan Jamal di Grand Season Hotel bersama dengan seorang perempuaan Cina yang seksi. Bila di tanya oleh Nga, Jamal kata itu bukan isterinya tetapi girlfriend. Nga marah kat Jamal kerana perbuatannya itu membahayakan dirinya dan bertentangan dengan ajaran Islam!

Malu aku nak cerita..bila sorang Cina bercakap tentang moral dengan seorang yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama, tetapi berkepit dengan pelacur Cina. Osman dan Jamal tak payah cakap pasal moral..pasal ugama.

Dan dalam muka surat 10, Osman menuduh mantan Pengerusi Perhubungan Negeri (Hj. Ismail la tu) sebagai dalang untuk menjatuhkan mereka. Yang ni ada cerita hot. Aku dah kata…Kapt. (B) Osman ni bukan tau apa. Tu pasai ada perkataan (B).

Usaha untuk menyingkir Osman dan Jamal dari PKR dibuat oleh pemimpin atasan PKR. Aku pun pernah tulis, krisis perak ini seolah-olah bukan disebabkan oleh Umno…tetapi dirancang oleh sekelompok kepimpinan PKR.

Tinggal lagi, perancangan itu menjadi out of control. Aku tak boleh cerita sekarang…tapi bagi sapa-sapa yang tau cerita dalaman PKR bahagian Tanjung Malim sekarang, sudah tentu boleh mendapat clue.

PKR Bahagian Tanjung Malim sekarang menjadi rebutan dua tiga orang pemimpin PKR. Hangpa cari la sendiri buat masa ini. Aku tengah sebok nak berkampung di Bukit Gantang…nak sediakan beras dan gula untuk member-memeber blogger yang nak berkampung disana. Dah relax sikit nanti…aku sambung balik…kalau sempat la.

Kalau Najib jadi PM…mungkin kami pun ikut Anwar masuk penjara. Kalau Najib terlungkup, ha..ha..ha. aku boleh buat buku tentang bagaimana Jamal dan Osman diperbodohkan.

sumber : perakexspress [link]

pesanan untuk petugas dan bloggers menghadapi PRK..


http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar



Menjelang PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai,petugas-petugas PR perlu bekerja keras dan mengembeling tenaga kerana bukan mudah nak menang kerana kita akan berdepan dengan seluruh jentera kerajaan UMNO-BN dan juga menteri pasola dan hulubalangnya dari negeri Pasir Dua Butir.

Kata-kata Tun Dr Mahathir tentang krisis di negeri Pasir Dua Butir yang disifatkannya tak ikut undang-undang bolehlah dijadikan bahan kempen kita di Bukit Gantang.Tok tak nak ulas panjang kata-kata mantan PM ni,rasa-rasanya kengkawan bloggers boleh paparkan dalam blog masing-masing.

tabung yang kengkawan bloggers sediakan itu boleh membantu dan melancarkan kempen-kempen mereka kelak.Eloklah kepada para penyokong PR yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan sedikit sumbangan kepada tabung ini.

sedikit nasihat tok kepada rakan bloggers semua,berhati-hati memaparkan isu dalam blog masing-masing kerana kita sedang diperhatikan.Eloklah dapatkan nasihat peguam atau lebih elok jika PR sediakan barisan peguam untuk membantu mereka.Tok bimbang ada yang akan ditahan dan didakwa di mahkamah.

Rakyat marhain perlukan maklumat dan akhbar harakah dan siasah saja belum memadai.Kepentingan blog,you tube dan lain-lain perlu diambilkira.

Tok nak ulas tentang Bukit Gantang sikit.Setahu tok Bukit Gantang kubu kuatnya sejak dulu lagi.PAS baru je menang sekali dan tok nak pesan yang kita yakin sangat.Kena usaha lebih menangkis serangan daripada media-media totok umno.

Elakkan terlibat dalam segala provokasi yang cuba ditimbulkan oleh anasir yang tak bertanggungjawab dan kalau boleh jangan miss satu rumahpun bila berkempen.

Jika nampak sebarang aktiviti yang cuba mensabotaj kita,rakamkan segera dan jangan sekali-kali bersendirian ketika berkempen atau mengantung poster.

Selebihnya korang semua dah tahu dan yang penting jaga disiplin dan dengar kata pucuk pimpinan.InsyaAllah kita akan menang di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.

UBN yg tidak berjiwa rakyat...

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

plak dan pokok Demokrasi yang menghantui UBN..

ni ummi nak cerita pasal plak demokrasi yang terlampau...dari kisah awalnya ia di ketuk2..dipecah2 sehinggalah ia disimbah dengan tar...plak demokrasi terus menjadi tumpuan...tiba2 harini hilang kau...hahaha dah kena sorok dek hantu sorok kot...hilang terus...yang heran depa sakit hati sangat dengan plak tu apa pasal...yg jadi tumpuannya si pokok besau tu..bukan plak tu...abih mike taknak ke sorokkan sekali pokok besau yg digelar Pokok Demokrasi tu...wahai hantu2 sekelian...operasi seterusnya sorokkan pokok besau pulak..muahahahahaah



IPOH, 15 Mac: Lima pokok serta plak khas untuk demokrasi yang ditanam di bawah pokok Sena, 100 meter dari Dewan Undangan Negeri Perak dimusnahkan sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.

Menurut sumber, arahan pemusnahan itu dibuat oleh MB Perak dari BN sendiri, Datuk Dr Zambry Abdul Kaidr.

Pekerja MBI bersama dengan lori dan traktor mula membersihkan kawasan itu jam 7.30 pagi Ahad. Mereka membuang plak dan lima pokok yang ditanam oleh pemimpin Pakatan Rakyat Perak baru-baru ini.

Lima pokok itu mereka namakan Telus, Amanah, Berkebajikan, Bersih dan Adil yang menjadi tunggak demokrasi. Ia ditanam pada 8 Mac lalu.

Turut dipasang adalah plak khas bagi menandakan pengisytiharan itu yang mengambil sempena sidang khas Dun Perak yang diadakan di bawah pokok itu 3 Mac lalu.

sumber siasah

mak aihh...ni dah kes ketakutan yang terlampau ni...ummi rasa la..mesti dorang ni tak dapat tido malam dengan nyenyak selagi ada benda yang berkait dengan 'demokrasi' depa jadi fobia...ummi takut depa last pi Tanjung Rambutan aje..nau'zubillah...!!

muka2 calon BN di 2 Bukit dan calon Batang Ai


hmmm....layan je la...!!

umno rampas Perak langgar perlembagaan-che det

KUALA LUMPUR ,14 Mac :- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tidak mengikut perlembagaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM DS Najib sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.

"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.

"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."

Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara, terutama Perlembagaan, katanya sambil menegaskan bahawa sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang akan menyebabkan rakyat tidak menerimanya.

"Kita telah membuat kesilapan dalam tindakan yang diambil, jadi kini rakyat menentang kita,"katanya yang keluar daripada Umno pada tahun lepas

sumber cinaIslam

dah disebut berkali2...yang DS Nizar adalah MB yang SAH mengikut Perlembagaan...yang Zambry hangpa nak kata sah ikut apa...? dah jenuh ngabokan..dalam 16(6) jelas dah cara nak mike nak jadi MB...tapi mike begik bebenor..asik nak langgor perlembagaan aje...

kalau dah veteren UBN sendiri dah kata kerjabuat hangpa tak ikut law...tak reti2 bahasa lagi ke...najib kena tarik Zambry pastu kibarkan bendera putih..itu saja jalannya..dan kibarlah dengan bermaruah...tapi apakan daya...che det depa tak respek dah...depa kata che det nyanyuk..bagi ummi dia berhak beri pandangan..yg elok kita dengar..yg merapu kita letak kat tong sampah..heheh



translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil