IPOH, 15 Mac: Lima pokok serta plak khas untuk demokrasi yang ditanam di bawah pokok Sena, 100 meter dari Dewan Undangan Negeri Perak dimusnahkan sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.
Menurut sumber, arahan pemusnahan itu dibuat oleh MB Perak dari BN sendiri, Datuk Dr Zambry Abdul Kaidr.
Pekerja MBI bersama dengan lori dan traktor mula membersihkan kawasan itu jam 7.30 pagi Ahad. Mereka membuang plak dan lima pokok yang ditanam oleh pemimpin Pakatan Rakyat Perak baru-baru ini.
Lima pokok itu mereka namakan Telus, Amanah, Berkebajikan, Bersih dan Adil yang menjadi tunggak demokrasi. Ia ditanam pada 8 Mac lalu.
Turut dipasang adalah plak khas bagi menandakan pengisytiharan itu yang mengambil sempena sidang khas Dun Perak yang diadakan di bawah pokok itu 3 Mac lalu.
sumber siasah
mak aihh...ni dah kes ketakutan yang terlampau ni...ummi rasa la..mesti dorang ni tak dapat tido malam dengan nyenyak selagi ada benda yang berkait dengan 'demokrasi' depa jadi fobia...ummi takut depa last pi Tanjung Rambutan aje..nau'zubillah...!!
5 comments:
Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.
Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.
Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.
Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.
Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.
Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
pokok tu berhantu,eeeiiiiii!!
sebab depa pandai terlampau... sebab pada depa bila takdak pokok tak dak plaque.. maka tak dak lah hari ini dalam sejarah.... depa tak mahu pelancong datang lawat paque dan pokok dari lawat tugu negara
aku nak tunggu depa tebang tak pokok besar tu...... lepas tu nak tunggu apa NGO nak ngomel...
Apa yang nak dibanggakan sangat dengan plak tu?Pokok lambang demokrasi ke? Saya cadangkan oleh kerana parti haram Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan dengan rasminya, masih belum ada bendera dan lambang boleh lah gunakan pokok itu sebagai lambang dan hiasan bendera bila daftar Pakatan Rakyat. Boleh gunakan dalam kempen pilihanraya. Kalau perlu contoh boleh rujuk filem "Nujum Pak Belalang".
Budak-Budak..biarkankan lah..Otak budak-budak suka supaya diberi perhatian..gitu le gamaknya, ..
Post a Comment