Jadi aku MSK nak cerita sikit tentang ucapan tu. Sebab al-Banjari cuma dapat smuggle teks ucapan tu…tapi dia tak berapa tau orang-orang di belakang Osman Jailu. Bahagian ni aku pulak yang uruskan. Bahagian al-Banjari dah selesai.
Al-Banjari tulis, “Kata sahabat wak, ciberboron - aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je.”
Memang betul..teks ucapan tu ada lambang negeri Perak sebab ditulis di Pejabat Menteri Besar Haram. Penulis teks ucapan tersebut ialah Setpol Zamry…Hamdan Taha. nak harapkan Osman buat ucapan? banyak tanda titik macam cara aku tulis…sebab dia gagap.
Pada muka surat pertama ucapan tersebut. Osman mengucapkan terima kasih kepada Pekida Malaysia. dan kalau hangpa nak tau, Osman cuma berani balik disebabkan dia mendapat perlindungan Pekida. Kalau tak dak Pekida…hangpa ingat dia berani balik ka? Dan hari tu juga, dia kena keluar RM30,000 ringgit dan dua ekor lembu untuk dikorbankan. La ni baru ada akai. Dulu masa jadi EXCO PR…orang tolong dia. La ni, nak buat apa pun semua pakai duit. Tak sampai setahun, habih la 2-3 juta yang dia dapat tu. Lepas tu…balik jual bundle.
Dalam muka surat pertama juga, ditempat dimana Al-Banjari meletakkan perkataan HOT!! hangpa rujuk laa..sendiri, ada tertulis nama “Rakan-rakan yang berhormat, Yg Berbahagia, Tuan Jamaludin Yusof” (Perhatikan diatas garisan hitam).
Siapa Jamaludin Yusof? Ini adalah Ketua Bahagian PKR Kuala Kangsar. Hari tu aku ada tulis tentang beberapa Ketua bahagian PKR yang telah berjumpa Osman dan Jamaludin, dan aku tak pasti mereka ini menyokong Jamal dan Osman…tapi ada agenda tersembunyi mereka yang aku akan cerita kemudian nanti. Bukan Jamaludin Yusof saja..ada lagi Ketua Bahagian PKR yang secara diam-diam telah berjumpa Jamal dan Osman untuk merencanakan sesuatu. Yang ni tunggu dulu…ada dua tiga perkara lagi yang aku kena settle, sebab perkara ini melibatkan kepimpinan tertinggi PKR. So..kalau hari tu aku kata aku dah tak minat dengan krisis perak…ada sebabnya.
Dalam muka surat 5, Osman berkata..” sekarang Pakatan Rakyat berada dikemuncak, BN berada diambang kematian dan kepupusan. Adalah kerugian bagi saya menyokong BN dan menjadi ADUN Bebas…” Aku tak mau kata Osman ni bodoh…sebab dia memang bodoh.
Dan dalam muka surat 6 dan 7, Osman menyalahkan hampir keseluruhan kepimpinan Pas, DAP dan PKR…kecuali dirinya dan Jamaludin. Dan sebab utama mengapa dia keluar dari PR adalah kerana tidak mampu menjalankan amanah dengan baik kerana pentadbiran mempunyai kepincangan yang amat jelas. Dan dia cukup marah dengan Nizar, Ngeh dan Nga.
Sebenarnya…Osman ni bukan tau apa…dia cuma Pak Turut kepada Jamaludin. Osman digunakan oleh Jamaludin sebagai rakan untuk mengugut Nizar, Ngeh dan Hj. Ismail. (Masa tu Ketua PKR Perak)
Sebab utama Osman dan Jamal keluar PR dan jadi ADUN bebas nbukan pasai lain..tapi pasai balak. Aku dah tulis benda ni…lama sebelum krisis Perak berlaku. Bulan December tahun lepas.
EXCO PKR yang aku katakan mendapat kawasan balak dan kemudian diberikan kepada Raja Ahmad…adalah Kapt (Bodoh) Osman. Dan sebab mengapa Nizar menolak permohonan balak yang dibuat oleh Osman telah aku tulis pada perenggan terakhir tersebut.
Dalam muka surat 8, Osman menyalahkan pemimpin negeri PKR yang mahu menyingkir mereka. Aku tau…dia menyalahkan Hj. Ismail kerana Hj. Ismail merupakan Ketua PKR negeri masa itu. Tapi adakah ini sebabnya? Osman dan Jamaludin telah melobi Anwar melalui Hj. osman dan Azmin untuk mentingkir Hj. Ismail dari jawatan Ketua PKR Negeri. Dan Anwar telah menurut nasihat Azmin untuk menyingkir Hj. Ismail dan menggantikan beliau dengan Hj. Osman.
Ada kah Hj. Ismail yang menyingkir beliau atau mereka yang berjaya menyingkir Hj. Ismail? Hj. Ismail telah pun tersingkir hasil komplot Kapt. Osman, Jamaludin, Hj. Osman dan Azmin. Kapt. Osman nak apa lagi? Hj. Osman pun dah dapat jadi Ketua PKR Perak, Jamaludin pun dah dapat jadi Timbalan Ketua PKR Perak…nak apa lagi? Kalau pun Hj. Ismail nak lawan Kapt. Osman..lawan la. Pasai apa sampai nak keluar PR?
So…ini bukan soal politik dalam parti. Bukan soal Hj. ismail nak singkir depa atau tidak..tapi pasal ketamakan dalam merebut konsesi balak. Aku berani kata, Jamal dan Osman pernah pergi berjumpa Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri…minta diluluskan permohonan balak mereka.
Malah mereka pernah menggunakan nama kerabat diraja untuk memohon kawasan balak, tapi disekat oleh Nizar. Nizar melakukan ini kerana permohonan sebelum ini telah diberikan kepada orang Umno, bukan untuk membantu parti. Malah Osman dan Jamal menggunakan nama parti untuk memohon kawasan balak, tapi bila dapat…depa pulun sorang tanpa memberikan sesen pun pada parti. Yang depa tau…tambah bini.
Tak cukup dengan kuota bini yang halal…depa buat yang haram.Osman dan Jamal marah kat Ngeh dan Nga…bukan pasai depa ni perjuangkan melayu…ptuih! Nga pernah terserempak dengan Jamal di Grand Season Hotel bersama dengan seorang perempuaan Cina yang seksi. Bila di tanya oleh Nga, Jamal kata itu bukan isterinya tetapi girlfriend. Nga marah kat Jamal kerana perbuatannya itu membahayakan dirinya dan bertentangan dengan ajaran Islam!
Malu aku nak cerita..bila sorang Cina bercakap tentang moral dengan seorang yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama, tetapi berkepit dengan pelacur Cina. Osman dan Jamal tak payah cakap pasal moral..pasal ugama.
Dan dalam muka surat 10, Osman menuduh mantan Pengerusi Perhubungan Negeri (Hj. Ismail la tu) sebagai dalang untuk menjatuhkan mereka. Yang ni ada cerita hot. Aku dah kata…Kapt. (B) Osman ni bukan tau apa. Tu pasai ada perkataan (B).
Usaha untuk menyingkir Osman dan Jamal dari PKR dibuat oleh pemimpin atasan PKR. Aku pun pernah tulis, krisis perak ini seolah-olah bukan disebabkan oleh Umno…tetapi dirancang oleh sekelompok kepimpinan PKR.
Tinggal lagi, perancangan itu menjadi out of control. Aku tak boleh cerita sekarang…tapi bagi sapa-sapa yang tau cerita dalaman PKR bahagian Tanjung Malim sekarang, sudah tentu boleh mendapat clue.
PKR Bahagian Tanjung Malim sekarang menjadi rebutan dua tiga orang pemimpin PKR. Hangpa cari la sendiri buat masa ini. Aku tengah sebok nak berkampung di Bukit Gantang…nak sediakan beras dan gula untuk member-memeber blogger yang nak berkampung disana. Dah relax sikit nanti…aku sambung balik…kalau sempat la.
Kalau Najib jadi PM…mungkin kami pun ikut Anwar masuk penjara. Kalau Najib terlungkup, ha..ha..ha. aku boleh buat buku tentang bagaimana Jamal dan Osman diperbodohkan.
1 comment:
Rasanya sudah tiba DSAI membuat rombakan semula kepimpinan PKR kerana apa yang dilihat terlalu ramai guting dalam lipatan. Saya boleh bayangkan terdapat pemimpin-pemimpin PKR yang akan melompat kembali ke UMNO sekiranya mereka mendapat status wakil rakyat. Ini dibuktikan di Perak. Ketua PKR Perak masih lagi memberi sokongan moral kepada dua mamat lompat katak bahkan Ketua PKR Kuala Kangsar sekali. Ini penyakit kalau satu parti hanya lahir daripada dendam dan irihati. Terus terang saya boleh bayangkan bahawa PKR akan hilang daripada senarai parti-parti politik Malaysia seperti mana Parti Semangat 46. Kenapa saya katakan begitu? Kebanyakan penghuni dalam PKR adalah orang UMNO dan juga orang BN. Walaupun jasad beliau dalam PKR tetapi rohnya dalam UMNO dan BN. Yang kedua kebanyakan mereka ini masih kekal dengan budaya UMNO iaitu memperolehi kuasa untuk mengayakan diri sendiri dan kaum keluarga. Yang ketiga mereka tidak mempunyai landas perjuangan tulin, jika mereka ada dasar perjuangan tulin mereka tidak akan berkelakukan seperti orang BN iaitu perempuan, mabuk dan judi. Yang keempat apakah latarbelakang mereka yang berada ditampuk pemerintahan PKR samada di peringkat Pusat mahupun Negeri dan Bahagian. Adakah mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi atau setakat mengisi lulus SRP atau SPM pangkat 3. Kerana keilmuan itu melambangkan martabat seseorang seperti pepatah mengatakan beramal dengan ilmu lebih baik daripada beramal tanpa ilmu. Apa yang saya dapat katakan bahawa pemimpinan PKR Perak sebenarnya mempunyai masalah mereka ini berwajah talam dua muka dan seharusnya pemimpinan ini diganti dengan mereka yang betul-betul memperjuangkan kebenaran. Saya amat harap agar tindakan drastik dilakukan oleh DSAI sekiranya beliau masih mahu memperjuangkan ketuanan rakyat dan sekiranya beliau masih tertarik dengan memperjuangkan ketuanan melayu dan perut sendiri maka adalah baik PAS dan DAP mengasingkan diri daripada PKR. Saya lebih rela melihat PAS dan DAP kalah dalam pilihanraya tetapi bukan cara tikam belakang atau bahasa yang paling baik adalah secara meliwat kerana pada masa ini hanya parti ini sahaja yang betul-betul memperjuangkan hak rakyat. Saya amat berharap sekiranya di sini adalah penyokong PKR totok, sila majukan kepada pemimpinan PKR permasalahan ini agar ianya dapat diselesai sebelum nasi menjadi bubur. PKR pada masa ini umpama rumah yang sudah siap tapi pahat masih berbunyi. Renungkan ya.
Post a Comment