Followers

Friday, February 27, 2009

Qiamullail di residensi MB Perak

27hb Feb 2009

Subuh tadi lebih kurang jam 3:00 pagi berlangsung majlis Qiamulllail di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. majlis tersebut dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin Dari Pondok Lubuk Tapah, Kelantan dan juga YB Ustaz Ahmad Mustafa (ADUN Demik, Kelantan).

YAB Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 4:20 pagi.

Antara yang hadir.

Solat Hajat Dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin.

Penyertaan para muslimah amat membanggakan.



Skodeng lagi dekat [sini].

sumber perisikrakyat

pak lah baru nak kaji pasal naik harga tol...

dah umumkan..baru nak kaji..??


dah rakyat bising2 baru nak kaji semula..lain kali jangan umum dulu..kaji habis2 baru buat pengumuman...takda la orang marah...tapi dalam tu ada jugak yang sokong...

sapa sokong tol naik angkat tangan..!!

uikk..takdak pulak yang angkat tangan...
cehh nak ngampu punya pasal apa pun sokong...

bm version new toll price hikes 260209

sokong la...awat nak bising...
kerajaan buat semua untuk kesenangan rakyat...
bukan nak kasi susah ...
SOKONG LAA....!!

Thursday, February 26, 2009

perkataan 'celaka' yang mengundang 'kecelakaan'..

Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam..serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

alih2...kena debik....

[k.jpg]

fuhh...ini gayanya orang UMNO/BN nak menuntut Karpal mohon maaf ye...
kalau dah anak buah ganeh cam gini..macamana pulak orang atas depa ye..??

Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing memberitahu pemberita bahawa kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit, telah ditahan oleh polis Bukit Aman.

tol di 5 lebuhraya naik 1 Mac

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

bm version new toll price hikes 260209

"perlu melupuskan" dakwat kekal...SPR

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melupuskan dakwat calit kuku yang sudah dibeli tetapi tidak digunakan untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelupusan yang dijalankan adalah mengikut prosedur pelupusan yang ditetapkan oleh kerajaan.

''SPR perlu melupuskan dakwat tersebut memandangkan tempoh boleh guna dakwat berkenaan sudah tamat,'' katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang menanyakan kedudukan dakwat calit kuku.

Beliau menambah, SPR kini masih dalam kajian untuk meneliti semula penggunaan dakwat kekal supaya rancangan penggunaannya dapat diteruskan.

''Kerajaan akan mengkaji dan membuat keputusan apabila cadangan itu diterima dari SPR,'' katanya.

ummi...

nak tanya sikit..SPR penah tunjuk ke dakwat yg depa beli tu pada umum...??? ummi risau depa gelembong aje kata beli...padahal tak beli langsung...duit yg depa pakai buat beli dakwat depa dah tibai ntah ke mana...

berapa harga depa beli dakwat tu..?? dengor2 makan juta RM jugak..tiba2 terus nak dilupuskan..korang tak heran ka..?? pasal apa nak lupuskan...pasal tak nak orang tau yang dakwat tu takdak sebenarnya...gimik je lebih...

kot2 ummi terlepas pandang la..ada sesiapa yang pernah tengok dakwat yang SPR tu beli...cite sikit..ayat depa cantik betul 'perlu melupuskan'..maknanya mesti dilupuskan walauapapun alasannya..

fikir-fikirlah....

DS Nizar di Program Jejalah Perak-Bagan Serai

25hb Feb 2009...tepat jam 9.30 pm, MB Perak sampai dan terus masuk ke dewan dengan diiringi oleh Unit Amal, petugas Media dan Bloggers mula jadi sibuk. Wak cool....!! standard wak, 'sayalah..al-Banjari' memang always cool beb! Se'cool' Nizar ! wakakaka !!

Majlis dimulakan dengan deklamasi sajak oleh seorang penulis blog saudara Tan. Kandungan sajak beliau akan dimuat-turun nanti. Selepas itu giliran MB pulak mula nak belasah ! Takbir bergema, laungan Reformasi mengegak gempita, Makhal Sakti..kalimat terjelma dari kumpulan Kelab Penyokong PAS !

Dalam ucapan beliau turut menghargai peranan bloggers-bloggers yang bertugas tanpa ganjaran upah dan material untuk menyampaikan kebenaran khususnya yang berlaku di sepanjang krisis. Terima kasih Dato' Seri kerana memberi kredit kepada kami bloggers rakyat marhaen ini, jelas katanya bahawa peranan bloggers kini sangat besar dalam menyampaikan sumber terkini yang tidak mungkin akan kita perolehi cerita yang betul di media perdana, lihatlah bagaimana mereka khususnya bloggers-bloggers ini tidak pernah kenal penat mengekori setiap siri ceramah Jelajah Perak bersama beliau,dan usaha-usaha bloggers ini khususnya dari BloggersNetwork@Perak ini diterjemahkan melalui ucapan penghargaaan beliau kepada MSK, al-Banjari, Sya-Reformis dan lain-lain lagi, di setiap siri ceramah beliau. Terima Kasih Dato' Seri !

Dewan Markas penuh sesak dengan orang ramai, dianggarkan hampir 15 ribu orang hadir ke Majlis Penerangan malam tadi dimana lebih 7 ribu memenuhi dewan ketika ceramah penerangan oleh MB Perak dilangsungkan. Butiran ucapan dari MB akan diupload dalam bentuk video, dan akan dipaparkan sedikit masa lagi !!

sumber ABO

DS Nizar beri tanah pada yg berhak..!!

[surat-pondok-pakteh.jpg]

Malam tadi masa lepas ceramah MB kat Masjid Tinggi Bagan Serai, Amran (Setiausaha Sulit MB) bagi kat aku satu surat. MB dah jelaskan hal ini dalam ucapan beliau tadi. Ini pulak sumber dan bukti yang Perak betui-betui ada bagi tanah kat orang melayu.

Banyak tulis pun tak guna, klik kat gambar sebelah, baca sendiri apa surat tu kata. Aku malas nak cerita panjang. Kalau nak tau ceritalanjut baca kat sini, sini, sini ,sini, sini, sini dan sini. Nak tau lebih lanjut lagi tanya kat Pakcik Google.

Aku cukup heran, sampai la ni isu tanah kat Perak ni Umno masih lagi main, sekurang-kurangnya di alam maya. Baru sehari dua lepas aku dapat lagi email dari kawan-kawan yang tak puas hati pasai isu tanah kat Perak ni.

Depa-depa ni cukup percaya kelentong Umno yang kata Hj Nizar boneka DAP pasai luluskan tanah untuk orang cina. Aku pun heran, takkan depa-depa ni tak pernah langsung terbaca jawapan balas menjawab isu ni. MB sendiri dah jawab isu ni dan jawapan dia tu ada kat banyak blog, macam kat sini dan kat sini.
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Memang aku pun takmau nafi Perak ada bagi kat cina. Persoalannya cina yang duduk kat perak ni bukan warganegara ka? Depa sebagai warganegara tak layak dapat tanah? Sungguh-sungguh Umno jaja isu ni sampai ada yang kata Kerajaan PR Perak nak gadai negeri. Andaian yang cukup bodoh tetapi cukup jijik. Aku kata jijik pasai depa tak pernah pun bagitau kat kita apa yang depa dah buat sebelum ni.
  1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

  2. 5,000 ekar di Bruas

  3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

  4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

  5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

  6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Depa mungkin kata semua tu untuk pembangunan perak. Tapi isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Ada Umno buat? HARAM. Bukan takat di Perak ja, seluruh Malaysia depa buat macam tu. Pasai tu la tanah rizab melayu semakin berkurangan.
Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.

Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

Petikan kat atas tu aku cedok kat web mindarakyat yang diterbitkan tahun 2000. Sapa-sapa yang ada angka terbaru tolong terbitkan, aku takdan nak cari. Artikel tu bukan takat cerita pasai isu tanah ja tapi banyak lagi isu lain yang menunjukkan betapa Umno ternyata gagal dalam perjuangannya untuk kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Lagi satu aku nak minta tolong kat sapa-sapa yang berkenaan, tolong semak pasai status dan cerita 'menarik' tanah tapak TESCO ka apa tah yang kat Taiping tu. Aku nak cerita tak berani pasai tak dak bukti. Ada member mintak aku tolong semak tapi aku tak dak kabel

(source : cenangau/albanjari Online)

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil