25hb Feb 2009...tepat jam 9.30 pm, MB Perak sampai dan terus masuk ke dewan dengan diiringi oleh Unit Amal, petugas Media dan Bloggers mula jadi sibuk. Wak cool....!! standard wak, 'sayalah..al-Banjari' memang always cool beb! Se'cool' Nizar ! wakakaka !!

Majlis dimulakan dengan deklamasi sajak oleh seorang penulis blog saudara Tan. Kandungan sajak beliau akan dimuat-turun nanti. Selepas itu giliran MB pulak mula nak belasah ! Takbir bergema, laungan Reformasi mengegak gempita, Makhal Sakti..kalimat terjelma dari kumpulan Kelab Penyokong PAS !

Dalam ucapan beliau turut menghargai peranan bloggers-bloggers yang bertugas tanpa ganjaran upah dan material untuk menyampaikan kebenaran khususnya yang berlaku di sepanjang krisis. Terima kasih Dato' Seri kerana memberi kredit kepada kami bloggers rakyat marhaen ini, jelas katanya bahawa peranan bloggers kini sangat besar dalam menyampaikan sumber terkini yang tidak mungkin akan kita perolehi cerita yang betul di media perdana, lihatlah bagaimana mereka khususnya bloggers-bloggers ini tidak pernah kenal penat mengekori setiap siri ceramah Jelajah Perak bersama beliau,dan usaha-usaha bloggers ini khususnya dari BloggersNetwork@Perak ini diterjemahkan melalui ucapan penghargaaan beliau kepada MSK, al-Banjari, Sya-Reformis dan lain-lain lagi, di setiap siri ceramah beliau. Terima Kasih Dato' Seri !

Dewan Markas penuh sesak dengan orang ramai, dianggarkan hampir 15 ribu orang hadir ke Majlis Penerangan malam tadi dimana lebih 7 ribu memenuhi dewan ketika ceramah penerangan oleh MB Perak dilangsungkan. Butiran ucapan dari MB akan diupload dalam bentuk video, dan akan dipaparkan sedikit masa lagi !!
sumber
ABO
No comments:
Post a Comment