Followers

Saturday, March 07, 2009

catatan himpunan PPSMI...

JAM 4.01 PM - DI MASJID NEGARA
Pak Samad Janggut atau A. Samad Said atau Mat Bunga Bangsar Utama baru sajaha masuk ke perkarangan Masjid Negara. Beliau yang berumur 72 tahun kelihatan masih bersedia untuk bertempur. Ramai anak anak muda mengelilingi Pak Samad ketika Pak Samad manaiki tangga ke Masjid Negara.

Pak Samad telah ' mengkentutkan ' cap Sasterawan Negara.Sasterawan Negara di Malaysia ini banyak kaki bodek dan cari makan bukan dengan karya agung tapi dengan bodek agung!

WOI ! POLIS HANG JANGAN MAIN KASAR !MASJID NEGARA SEDANG NAZAK OLEH AIR PANCUTAN BERKIMIA DAN GAS PEMEDIH MATA.

SASTRAWAN NEGARA A. SAMAD SAID SEDANG BERADA DI PAGAR PINTU ISTANA NEGARA MUNGKIN NAK SERAH MEMORANDAM KAT AGONG. FRU MENEMBAK PANCUTAN AIR BERKIMIA KAT MASJID NEGARA TERHADAP PERHIMPUNAN DAN MEMASUKI MASJID. THANKS YOU POLIS SEBAB HANG BUAT KERJA BETUL BAGI ORANG RAMAI LAGI MARAH KAT HANG !
(Pak-karamu)

JAM 3.55 PM - DI MASJID NEGARA - KERANDA 152

Ketika berita ini ditulis KERANDA 152 telah selamat kembali ke perkarangan Masjid Negara. Ketika ini pemimpin PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia sedang berucap. PKPIM adalah penyokong kuat gerakan mansuh PPSMI. Mereka membawa KERANDA 152 - simbol perjuangan bahasa yang dimulakan oleh arwah Usman Awang pada tahun 1967 dahulu.

Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Membawa KERANDA 152 adalah mengosong mayat Bahasa Melayu.

JAM 3.53PM : DI MASJID NEGARA
Semua pintu masuk ke Masjid Negara telah di kepong oleh mata-mata dan FRU. Ramai para demonstran masih lagi berada didalam kawasan Masjid Negara. Ceramah akan bermula.

JAM 3.45 PM - DI MASJID NEGARA
Satu gerombolan polis telah menceroboh masuk ke dalam masjid. Mereka telah di kepong oleh orang ramai. Akhirnya mereka mengundur. Orang ramai bersorak gembira.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana. Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil. Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut, orang ramai berpakaian putih - sebagai lambang membantah PPSMI - bertempiaran lari. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini. Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.

Walaupun mereka bersurai seketika cuba mengelak asap gas pemedih mata, sebahagian terus berdegil cuba berarak ke istana. Manakala polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra. Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

JAM 3.41 PM - DI MASJID NEGARA
Para demonstran telah mula kembali berkumpul di Masjid Negara. Setelah di serang dengan gas dan tembakan kimia para demonstran telah mencari perlindungan di Masjid Negara. Ini sama seperti rakyat Palestin yang di serang oleh Zionis akan berlindung di dalam masjid.

Para demonstran kelihatan berpelih, muka merah ada yang berhingus kerana serangan gas. Cuca cukup cun dan teduh. Awan sedang memayungi para demonstran.


Presiden PAS,Tuan Guru Dato'Seri Hj.Abdul Hadi Awang mengumumkan kepada yang hadir supaya bersurai sebentar tadi.

JAM 3.33 PM - DI MASJID NEGARA
Tembakan gas pemedih mata berterusan. Para demonstran di kejar polis. Polis mengejar demonstran. Kucing mengejar tikus. Tikus lari dan muncul kembali. Ini memening kepala tikus.

JAM 3.27 PM - DI MASJID NEGARA
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid. Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid. Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

JAM 3.23 PM - DI MASJID NEGARA
Warga kota dan para demonstran sedang bertempiran lari untuk mengelakkan dari serangan kimia. Tembakan gas pemedih mata datang bertalu ke dalam kawasan masjid. Ramai yang masuk ke dalam tempat ibadah untuk menyelamtkan diri. Ini samalah seperti serangan tentera Zionis terhadap warga Palestin.

JAM 3.18 pm - BERKUMPUL KEMBALI KE MASJID NEGARA
Di Masjid Negara serang gas pemedih mata sedang datang bertalu-talu. Serangan meriam kimia telah berulang lagi. Para demonstran yang ingin berkumpul kembali ke Masjid Negara telah di halang. Belum pasti apakah KERANDA 152 telah selamat di bawa ke Masjid Negara.

INI SUDAH MULA HURU HARA !
Polis sudah mula main kasar, gas pemedih mata sudah di sasarkan, ramai pemimpin dan pejuang bahasa sudah merasa sakit gas ini, di kuatiri ada yang mati sebab sesak nafas, perhimpunan yang tidak di sangkaka melebihi 150,000 orang !

WOW ! LUAR BIASA ! NANTI BOLEH CERITA NI TENGAH DOK KENA ASAP NIH ! (pak-karamu)

3.09 pm
laporan dari TT. Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.

3.06 pm
Seorang wanita jatuh pengsan. sementara pakcik yang pengsan tadi adalah dari pahang. Masih mendapatkan rawatan dari unit amal. (No2Umno)

3.05 pm
Mat comot sedang meriba seorang tua yang pengsan akibat gas pemedih mata, Sementara wakil blogger perak sedang berpatah balik. Terdapat sekatan di roundabout public bank.(no2umno)

2.59 : PUBLIC BANK
SERANGAN MERIAM KIMIA BARU SAJA BERMULA DI HADAPAN PUBLIC BANK. DI HADAPAN BANK INI ADA BERIBU DEMONSTRAN YANG MASIH INGIN MENERUSKAN PERJALAN KE MASJID NEGARA. KETIKA BERITA INI DI TULIS SERANGAN MASIH DI TERUSKAN.

HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR LIGAR DI KAWASAN MASJID NEGARA,PASAR SENI, SOGO DAN JALAN SYED PUTRA.
Masya Allah ramainya manusia, anggaran awal 20 ribu dah tentu. Mereka ini akan sedang berjalan dari Masjid Negara menuju ka Istana Negara dan akan di sertai pula dengan kumpulan yang sedang berkumpul di Sogo dan Pasar Seni, untuk membentuk satu lagi kumpulan yang lebih besar. Di Sogo dan CM saja ada kemungkinan hampir 15 ribu atau lebih, sedang berhimpun, harap-harap jangan ada yang ambil kesempatan buat provokasi yang boleh mendatangkan huruhara.

Terdahulu ada dua buah Bas datang dari Perak yang di halang di Damansara dari kumpulan orang asli dan di tahan di Balai Polis sentul untuk soal siasat. Semua wartawan di halau dari perkarangan istana Negara, kemudian seorang dari mereka di tangkap, untuk apa ?
JAM 2.56 - MAT SABU
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL. MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA. BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.

JAM 2.53 - KERANDA 152
KERANDA 152 YANG DI USONG OLEH PKPIM MASIH LAGI SELAMAT. ADA HAMPIR 5000 PELAJAR DAN ANAK MUDA SEDANG BERKUMPUL DI KAMPONG ATAP. MEREKA TELAH DI SERANG DENGAN MERIAM KIMIA DAN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA. MEREKA MASIH BERTAHAN DALAM PERJALANAN KE ISTANA NEGARA.

JAM 2.46 - MENUJU KE ISTANA
KAMPONG ATAP DI SEBELAH ISTANA NEGARA TELAH DI SERANG OLEH MERIAM KIMIA. MAT SABU BERSAMA 5000 PENYOKONG SEDANG BERHADAPAN DENGAN GAS PEMEDIH MATA DAN LEDAKAN KIMIA. UNIT AMAL TERUS MEMGERAKAN DEMONSTRAN UNTUK KE ISTANA. DALAM MASA YANG SAMA GAS PEMEDIH MATA MASIH DI TEMBAK DI MERATTA TEMPAT UNTUK MEMASTIKKAN PARA DEMONSTRAN TIDAK DAPAT BERKUMPUL.

12 KILOMETER DI KELILINGI KOTA KUALA LUMPUR JALAN JALAN TELAH DITUTUP/SEKAT INI UNTUK MEMASTIKKAN RAMAI DEMONSTRAN TIDAK DAPAT TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA. CUACA CUKUP CUN. RENYAI BERHENTI. REDUP DAN MEMAYUNGI PARA DEMONSTRAN.

JAM 2.40 - KE ISTANA NEGARA
PARA DEMONSTRAN MASIH CUBA KE ISTANA NEGARA. SATU KILOMETER DI JALAN SYED PUTRA ADA LAPORAN DI TERIMA YANG MEREKA DAPAT MENDENGAR TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA YANG BERTERUSAN TIDAK HENTI HENTI.

HELIKOPTER SEDANG BEERLIGAR-LIGAR DARI ISTANA NEGARA ARAH KE TAMAN SEPUTEH DAN PULANG KEMBALI KE ISTANA NEGARA. TEMBAKAN INI BETUL BETUL MENYUSAHKAN KANAK KANAK DAN ORANG TUA YANG INGIN TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA. PARA DEMONSTRAN MASIH BERTEKAD KE ISTANA NEGARA.


al-banjari

Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap

3.34 pm
Laporan dari harakah

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

3.32 pm
Terkini !!! menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

3.29 pm
Pihak FRU memberi amaran melalui pembesar suara melarang orang ramai masuk ke kawasan masjid dan di arah meninggalkan masjid.

laporan dari tukar tiub -
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

3.28 pm
Blogger Mat Comot yang berada di dalam masjid telah terkena gas pemedih mata. Ramai yang menjerit jerit ke arah Polis dan FRU yang berada di luar pagar. Dalam masjid pun tak selamat lagi.

3.23 pm
Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan.

cinaIslam

himpunan PPSMI polis hadiahkan tembakan gas ,,,,

kemaskini 3.54pm Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah hari ini apabila turun ke jalan raya, mengulang peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Kira-kira 2,000 orang yang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang bagaimanapun dihujani serangan gas pemedih mata daripada polis di Kampung Attap, tidak jauh dari Istana Negara.

Perhimpunan itu, yang asalnya dibenarkan oleh polis di masjid tersebut, melanggar larangan polis yang tidak membenarkan sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.

Polis berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan ribuan penentang dasar tersebut - termasuk pemimpin dan penyokong pembangkang - bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Suasana kelam-kabut, orang ramai berpakaian putih - sebagai lambang membantah PPSMI - bertempiaran lari.

Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.

Walaupun mereka bersurai seketika cuba mengelak asap gas pemedih mata, sebahagian terus berdegil cuba berarak ke istana.

Manakala polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra.

Sebahagian peserta demonstrasi telah kembali ke Masjid Negara selepas jam 3 petang tadi.

Ratusan orang ramai yang berkumpul di perkarangan dan di dalam masjid kemudian ditembak dengan gas pemedih mata.

Sekurang-kurangnya tiga gas kelihatan dilepaskan.

Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

Polis menutup Lebuhraya Mahameru - dari arah Sungai Besi - bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut.

Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.

Kawasan tersebut, yang dijadikan daya tarikan pelancong, kini dikawal ketat oleh polis.

Laporan awal:

Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Demonstrasi anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu turut disertai Sasterawan Negara terkenal Datuk A Samad Said dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

malaysiakini

Friday, March 06, 2009

penjelasan Prof Agus mengenai komennya yg banyak tercicir...

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad

Assalamualaikum wrth,

Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'

Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.

Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.

Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut:

(i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan;

(ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan

(iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.

Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan) , tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan) . Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.

Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.

Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.

Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.

Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.

Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.

Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.

Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."

Sekian, terima kasih.

MOHAMMAD AGUS YUSSOFF

Thursday, March 05, 2009

artikel kisah Altantuya dari akhbar Perancis versi BM...

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

shariibuu1

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

scorpene1

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

najib

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

baginda

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

amy

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

datin-sri-rosmah-mansor

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

sms

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

sirul-and-azi

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

sharibu-and-kj

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

altan-and-son

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun. Kerajaan Rakyat

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

zambry and the gang tunggu waran tangkap..??

IPOH, 28 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan bekas menteri besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir.-bernama


Di atas adalah kenyataan akhbar pada minggu lepas yang yang menyatakan sekiranya mana2 ADUN tidak hadir akan dikeluarkan waran tangkap kepada mereka...

berita terkini yang kita perolehi bahawa Zambry dan barisan exconya tidak menghadirkan diri di mesyuarat itu..makanya apakah waran tangkap akan dikeluarkan terhadap barisan menteri fasola ini..?? jeng..jeng..jeng..suspen ooo.....


5.10pm: Zambry through a press statement said he received notice, issued March 2, to attend the PAC meeting.

He said he would not attend as it was against the rule of natural justice because PAC chairman
Wong Kah Woh is also the complainant to the Privileges and Rights Committee that sat on Feb 18. Therefore the PAC chairman can be seen as prejudiced and unfair.

Zambry also said PAC does not have power to sit when assembly is adjourned but PAC has power to travel.

He also said the letter issued by PAC secretary was confusing, asking him to attend the meeting on March 3 Thursday at 4pm where as Thursday falls on March 5.

5pm: Nizar left the PAC meeting.

4.15pm: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin who still regards himself as the legitimate menteri besar, arrived to appear before the committee.

Both sets of exco have been summoned to appear before the committee failing which the PAC is empowered to issue arrest warrant to secure attendance.

4pm: Members of the Public Accounts Committee (PAC) arrived at Bangunan Perak Darul Ridwan for the PAC meeting.

The meeting will determine whether the appointment of the four advisors was necessary.

It will also determine the eligibility of salary and benefit for Menteri Besar and exco members.- the edge


banyak betol cengkadak mamat ni...dah tak mai dok salahkan orang pulak...cittt porraaahhh...hang tunggu la waran tangkap hang..!!

baca sini untuk berita lagi

apa yang SAH..dan yang tidak SAH...




Tindakan 1 - mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering & Jelapang


Berdasarkan Fasal 35 Perlembagaan Negeri Perak, Speaker berkuasa penuh mengisytiharkan kekosongan 3 kerusi DUN itu berikutan wujud surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebarang keraguan berkaitan status kekosongan itu, termasuk kesahihan surat perletakan jawatan yang berbangkit, hanya boleh diputuskan oleh DUN melalui persidangannya atau mana-mana jawatankuasanya.

“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” - Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak."

SPR tiada kuasa dan tidak berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi DAN kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Tindakan 2 - mengeluarkan saman kepada 7 ADUN BN supaya hadir mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

Tindakan 3 - menggantung 7 ADUN BN daripada menghadiri sidang DUN

Speaker membawa aduan yang diterima daripada ADUN Canning ke mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN berdasarkan tanggungjawabnya mengikut Peraturan Tetap DUN.

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN mendapati wujud kes prima facie bagi aduan terhadap 7 ADUN BN itu berkaitan hak mengadap Sultan menurut Fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menjalankan tanggungjawabnya berkaitan urusan DUN tanpa boleh dicabar melalui sebarang prosiding jenayah atau sivil di mana-mana mahkamah.

Fasal 44(1) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan kuasa penuh kepada DUN untuk menetapkan sebarang peraturan atau prosedur berkaitan semua pengurusan dan perjalanan dewan itu. Peruntukan ini memberi kuasa mutlak kepada DUN untuk melaksanakan semua prosedur yang ditetapkannya, dan urusan dalam DUN itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak lain.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Tindakan 4 - memanggil Sidang Tergempar DUN

Tindakan 5 - menjalankan Sidang Tergempar DUN di luar bangunan DUN

Speaker memanggil Sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 berdasarkan Fasal 36(1), 36(2) dan 44(1) Perlembagaan Negeri Perak serta Perintah Tetap 10(2), 11, 15, 16, 17, 88 dan 90 Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Notis memanggil Sidang Tergempar 3 Mac tidak memerlukan perkenan Sultan kerana sidang itu adalah sambungan kepada sidang yang ditangguhkan pada November 2008. Sidang November itu hanya ditangguhkan (adjourned), bukan diberhentikan atau ditamatkan (prorogued).

Perkenan Sultan bagi memanggil sidang DUN yang dimestikan oleh Fasal 36(1) hanya merujuk kepada sidang sebelumnya yang telah diberhentikan atau ditamatkan (prorogued). Fasal itu tidak menyebut berkenaan sidang sebelumnya yang hanya ditangguhkan (adjourned).

Fasal 44(1) memperuntukkan kuasa mutlak kepada DUN untuk menetapkan apa-apa peraturan berkaitan urusan DUN yang tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri. Tafsiran perkataan “mesyuarat” (meeting), “persidangan” (sitting) dan “penggal” (session) bagi persidangan DUN termaktub di dalam Perintah Tetap 88 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Perintah Tetap 15 dan 16 memperuntukkan kuasa kepada Speaker untuk menangguhkan (adjourn) satu persidangan (sitting) dan memanggil persidangan (sitting) berikutnya selagi dalam satu penggal (session) persidangan.

Kuasa memanggil sidang selepas sidang yang ditangguhkan pada November 2008 tidak tertakluk kepada Sultan kerana Fasal 36(1) hanya berkenaan dengan “satu penggal persidangan” (one session) dan “penggal persidangan berikutnya” (next session).

Perintah Tetap 11 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Mesyuarat-mesyuarat Dewan dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dari suatu waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Tuan Speaker.”

Jika timbul keraguan berhubung kuasanya, Speaker boleh bergantung kepada kuasa-kuasa terhad yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perintah Tetap 90 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Mengikut Perintah Tetap 89 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak), keputusan dan arahan Speaker adalah muktamad. Semakan kepada keputusan dan arahan itu hanya boleh dibuat melalui usul di dalam sidang DUN.

Perintah Tetap 89:

“Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-Perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara ini.”


sumber ciberboron



translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil