angin sepoi2 bahasa jawa mengatakan bahawa puak UBN sekarang ini sudah memulakan tugas untuk menghadapi PRK..umno cawangan dah start meeting...kemas depa dah mula buat culaan...surat dari pihak atasan dah dapat suruh bersiap sedia untuk PRK..sumber mana ummi dapat tu takyah tanya sebab dah terang2an UBN sedang sibuk la ni...
PR buat apa...?? tido lagi ka...masih dalam mood honeymoon ka..? apa persediaan PR sekarang ini..perkembangan ini kita kena ambik kira..takkan nak tunggu keputusan mahkamah baru nak mula..takkan nak tunggu DS Nizar masuk pejabat baru nak mula..takkan nak tunggu DS Nizar mengadap sultan baru nak mula..takkan nak tunggu DS Nizar umum DUN dibubarkan baru nak mula...??
takmau lena lagi la...kita kena mula bukak bilik gerakan sekarang ni...cula mencula dah kena mulakan...kena semak yang mana belum mendaftar sebagai pengundi pergi daftar cepat sebagai pengundi..nak daftar mana ? pegi saja kat pejabat pos bawak ic.. SPR sentiasa membuka kaunternya di semua pejabat pos diseluruh Malaysia..
bila pilihanraya kecil berlaku kita memang meriah dengan petugas2 yang sukarela..tapi ummi nak kasi pandangan la sikit...berpandu dengan pengalaman yang ummi dapat dari PRK Bukit Gantang..petugas wanita/muslimah yang ummi nak tekankan disini...
selalu terjadi ketidakpuasan hati diantara petugas PAS dan PKR...kalau bab cula mencula memang ummi tabik la kat petugas PKR..sistem depa memang teratur..bukan nak kata petugas PAS ni tak bagus..cuma kurang bagus sikit dari PKR..mungkin mereka dapat dari pengalaman semasa mereka belum menjadi ahli PKR...sebab ummi pernah bersama petugas wanita PKR membuat laporan cula mencula ni...memang teratur dan kemas..petugas PAS kena cedok ilmu tu dari PKR..
Petugas PAS ummi lebih nampak sesuai sebagai perayu undi dan penerangan..mungkin kerana fikrah sebagai muslimah menjadikan mereka ni sejuk mata memandang..bukan nak kata petugas PKR panas mata orang memandang tetapi ketangkasan dan kelincahan petugas PKR membuatkan suasana kurang mesra alam...
kadangkala bukan nak kata pulak dari pengalaman yang berlaku di Bukit Gantang kita taknak terjadi lagi di tempat2 lain...rasanya titik keserasian antara2 petugas payah kita nak wujudkan kalau masing2 tidak mahu belajar dari kesilapan dan kekurangan masing2...kita sesama kita sebenarnya lengkap melengkapi...kita tidak boleh menjadi sempurna serba serbi tanpa bantuan dan sokongan antara kita..
sebenaryna faktor untuk kita bertugas bersama bukan susah sangat..ikut saja arahan ketua...dan beri kerjasama yang sebaik mungkin kepada ketua kita...kalau ada yang kurang sesuai dengan arahan yg diberi jangan dipendamkan....ajukan kemushkilan kita terus kepada ketua kita..kerana kita melihat tidak sama dengan ketua kita melihat..
kalau kita sebagai petugas skop pandangan kita berkisar pada tugasan yg diberi..kalau kita sebagai ketua skop pandangan kita lebih luas...ibarat 2 orang melihat di lain2 kedudukan.. seorang di atas tanah dan seorang berdiri di tempat yang tinggi ...pandangan di atas tanah hanya berkisar di sekeliling kita..atas kepala kit... kita tak nampak..
berbeza dengan orang yang berada di tempat yang tinggi..dia boleh melihat apa yang ada di atas kepala kita dan dibawah tempat kita berdiri maknanya skop pandangan dia lebih luas..tetapi mereka juga ada kelemahan..apa yang ada atas kepala dia...dia pun tak nampak...dan apa yang dia tengok dibawah tidak sejelas apa yang orang bawah nampak..
ummi nak tekankan disini pandangan kita berbeza dan kita perlukan bantuan orang lain walaupun kita duk diatas..
bila kita bertugas di satu2 daerah..kita kena tengok keadaan penempatan yang kita akan bertugas..ibarat kata pepatah..masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang kanggaru melompat2...petugas kena ada sikap sabar dan istiqomah..versetail...sentiasa bersedia berubah mengikut keadaan..
bersedia dengan segala kemungkinan yang tak dijangka..sentiasa berlapang dada..dan kena ingat kita juga ada kelemahan..kita tidak akan jadi hebat tanpa teman2 disekekliling kita...tapi kalau dah tak boleh jugak nak bersama cari la kerja yang tak membabitkan orang lain..hang buat kerja sorang2..takda sapa nak tegur hang buat silap ke tidak...
kepada petugas luar kawasan..mintak tolong hormati pandangan dan arahan orang tempatan..kerana orang tempatan lebih mengenali budaya dan adab orang setempat..jangan hangpa mai bawak suasana tempat hang kat kampong orang..
juga peringatan kepada mereka2 yang bergelar YB2 pertolongan dan khidmat anda memang kami alu2kan..tetapi bila dah datang sebagai petugas status anda sebagai YB tidak berapa laku di tempat orang lain..
anda kena serasikan diri sebagai petugas luar maka menghormati ketua operasi adalah penting supaya tidak berlaku pertindihan arahan..lontaran idea YB2 adalah dialu2kan..tapi bukan lontaran arahan..kang petugas tak tau nak ikut arahan siapa..yang jadi mangsa nanti adalah petugas...
satu cadangan supaya mengadakan satu unit sebaran maklumat untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat kepada petugas2...fungsinya seperti operater..dah serik rasanya bila kita ketandusan maklumat..tak tau nak hubungi siapa..dan bila tanya semua pakat tak tau..betul kita perlu juga menjaga rahsia pergerakkan kita..tapi kalau setakat maklumat bila nak adakan ceramah..bila nak pi ziarah takkan tu pon payah nak dapat kot...nak tolong promotekan calon pon takda maklumat macamana nak tolong...
harap segala kekurangan kita dapat atasi dengan bijak dan cepat..kita jangan nak kata PR menang disebabkan satu2 parti saje..sesama kita lengkap melengkapi..PR menang kerana ada PAS..PKR dan DAP..tanpa salah satu darinya PR takkan hebat seperti sekarang..masing2 ada kelebihan dan kekurangan...tiada yang hebat antara ketiga2nya...hebatnya PR kerana BN dah membosankan atau kata lain menjengkelkan..
harap sekiranya PRK berlaku di Perak..perkara2 yg diatas tidak akan berulang lagi..belajar dari kesilapan dan perbaiki untuk memperkasakan lagi PR..pasal UBN dah sibuk nak PAS bergabung dengan depa..ummi kata luka lama walaupun dah baik namun parutnya tetap kelihatan..parut itu untuk kita beringat selalu..jangan kamu masuk dalam satu lubang 2 kali..
wallahualam..