Followers

Friday, May 22, 2009

siaran langsung dari mahkamah (tapi takde gambor le)

Perbicaraan kes Nizar vs Zambry dari Mahkamah Rayuan korang boleh ikuti secara langsung dari blog Al-Banjari...wak kata korang nak komen ke..nak tulis cerpen ke boleh kat situ...

yang laporan kat bawah ni ummi ambik dari blog TanKuda..

14:50 Penyokong DS Nizar mula berkumpul di Istana Kehakiman

14:55 Terdapat lebih kurang 500 orang Penyokong DS Nizar di perkarangan makamah

14:55 Orang awam tidak di benarkan masuk ke lobi makamah

14:56 Hanya pemberita dan wartawan yang terhad sahaja di benarkan masuk ke dalam lobi

14:57 Terdapat lebih ramai pegawai serta anggota polis berbanding semalam

15:06 Krew kami tidak di benarkan masuk menyebabkan maklumat di terima secara lambat

15:07 Kami akan memberi yang terbaik untuk anda

15:07 Suasana di sini bertukar daripada tenang ke riuh rendah


15:13 Penyokong-penyokong DS Nizar makin bertambah

15:14 Orang ramai mula membincangkan tentang keputusan yang bakal di bacakan oleh panel hakim

15:18 Terdapat Ramai petugas-petugas media asing yang berada disini

15:19 Lintas langsung kami agak terbantut kerana kami di larang masuk






15:25 Peguam Sulaiman Abdullah telah masuk ke dewan mahkamah

15:25 Cecil dan DPP Tun Majid Tun Hamzah dari pejabat Peguam Negara telah masuk ke mahkamah

15:28 Keadaan terkawal

15:42
Mahkamah Tinggi mengedarkan teks bertulis keputusan permohonan Nizar pada hari Isnin lepas bahawa Sultan tiada kuasa memecat MB. Tapiakhbar utama berbahasa Melayu menggelapkan berita

15:47
Semua panel hakim mahkamah rayuan diketuai Datuk Raus Mohd Shariff ambil tempat masing-masing untuk memulakan pembacaan kehakiman. BERDOALAH KITA SEMUA

15:46 Tidak kelihatan DS Nizar dan Zamry

15:48 Wartawatan-wartawan asing merungut kerana tidak di benarkan masuk


15:58 Nizar kalah 3- 0

15:59 Kemenangan berpihak kepada Zamry


rasanya tak hairan sangat bila keputusan Zambry yang menang...kalau kita lihat dari kehadiran tetamu yang mendengar perbicaraan ini kita boleh baca siapa yang menang..tapi macam yang ummi cakap pada posting yang sebelum ini di sini --> http://haninasution.blogspot.com/2009/05/tak-menang-kalah-le.html...maka kekalahan ini membuatkan martabat PR tinggi di mata dunia..bukan Malaysia saja..

selepas ini mungkin Zambry akan mengadap Sultan untuk mohon perkenan dibubarkan DUN Perak untuk menaikkan martabat UBN di mata rakyat..tapi nak cakap pon payah sekarang ini..di mata rakyat UBN itu seperti Israil..jijik untuk menyebut perkataan 'UBN'....UBN tidak dapat membersihkan namanya dalam sekelip mata..sekarang tugas mereka adalah menanam benci rakyat terhadap DS Nizar..isu derhaka akan terus dimainkan...isu diperkudakan DAP juga akan dimainkan...

apakah perancangan mereka akan berjaya...?? bagaimana pulak perancangan dari Allah..?
sama2 kita tungguuuu....!!

komen

2 comments:

Anonymous said...

zambry menteri berak yg sah... mahkamah hawo

Seladang said...

Bila Zamry merayu aku dah yakin dia menang 2001% sebab di belakang dia Najib Rosmah - Mahathir Mohammad - Hishamuddin Hussin - itu Linggam punya orang ka?

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil