Followers

Monday, July 23, 2012

Konspirasi membangkrapkan MAS (2)


Oleh: MSK
Hujung tahun 2006, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipilih oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai salah satu daripada tentera pengaman di Lebanon. Najib Razak sebagai Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu telah membuat pengumuman tersebut.
Beberapa orang pegawai daripada Perkhidmatan Sewa Khas dan Haji, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah berusaha berusngguh-sungguh supaya MAS didaftarkan sebagai salah satu penyedia pengangkutan kepada UN. Mereka telah berusaha selama beberapa bulan dan sejumlah besar wang dibelanjakan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada panel pemilh UN. Akhirnya, MAS telah berjaya didaftarkan sebagai penyedia pengangkutan untuk tentera pengaman, bekalan dan peralatan ke Lebanon dan balik ke Malaysia.
Kontrak untuk mengangkut tentera pengaman ini cukup lumayan. Bayaran sebanyak RM5 juta ringgit dibayar untuk setiap penerbangan dan sudah pasti membawa keuntungan yang cukup tinggi. MAS merupakan pengendali tunggal untuk penerbangan MALCON (Malaysian Contigent) sejak penerbangan pertama pada 22 Januari 2007. Kontrak ini juga merupakan batu loncatan bagi MAs untuk mendapatkan beberapa kontrak lagi yang melibatkan negara dunia ketiga. Malah, MAS turut membawa tentera pengaman Indonesia berulangalik ke Beirut pada Disember 2008. Menurut sumber, MAS juga mengangkut tentera pengaman Filipina ke Beirut.
Selama 5 tahun, MINDEF berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh MAS dan para auditor UN juga berpuashati apabila mengadakan pemeriksaan semasa penerbangan MALCON.
Atas sebab itu, pada 14 Disember 2011, MINDEF telah membuat satu pengumuman. Kementerian Pertahanan telah mengumumkan bahawa kontrak untuk mengangkut tentera pengaman MALCON-UNIFIL ini dilanjutkan dari 2012 ke 2014. Surat persetujuan telah diserahkan oleh Setiausaha MINDEF, Dato Sri Hj. Ismail Hj Ahmad kepada Ketua Perkhidmatan Sewa Khas dan Haji MAS, Encik Hisham Haron dan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dato seri Ahmad Zahid Hamidi.. (disini)
Adalah difahamkan, penerbangan terakhir yang dibuat oleh MAS ialah sembilan bulan lalu.
Menurut sumber, mulai awal bulan Julai yang baru lalu, tentera pengaman MALCON-UNIFIL telah berangkat ke Beirut dengan menggunakan penerbangan Air Asia buat pertama kalinya. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan kontrak untuk mengangkut tentera pengaman MALCON berakhir pada tahun 2014?
Kalau benar, jelas terdapat satu konspirasi ataupun sabotaj yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tinggi MAS.
Lembaga Pengarah MAS perlu menjelaskan bagaimana kontrak yang diperolehi oleh MAS boleh terlepas kepada Air Asia! Perlu diingat, Air Asia memerlukan beberapa bulan untuk memohon untuk didaftarkan sebagai penyedia pengangkutan untuk UN sebelum ia boleh mengendalikan penerbangan MALCON.
Lembaga Pengarah MAS juga perlu menjelaskan mengapa MAS mengurangkan beberapa penerbangan yang menguntungkan seperti Bandung, Surabaya, Dubai dan Sydney? MAS juga telah membuat pindaan kepada jadual penerbangan ke Hong Kong dan Beijing untuk memberi laluan kepada Air Asia dan sekarang memberikan kontrak yang cukup lumayan untuk mengangkut tentera pengaman MALCON-UNIFIL kepada Air Asia.
Jangan risau. Rakyat akan terus menanggung kerugian yang dialami oleh MAS, manakala semua keuntungan diberikan kepada kroni.
(Kredit kepada YB Wee Choo Keong)
*Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/23/konspirasi-membangkrapkan-mas-2/

Konspirasi membangkrapkan MAS (1)

Oleh MSK

Kebanyakan syarikat-syarikat milik kerajaan merupakan lubuk bagi pemimpin Umno untuk membuat duit. Itu sebab mengapa ramai orang suka menjadi wakil rakyat BN atau pemimpin parti sebab ganjaran lumayan menunggu mereka dalam syarikat-syarikat milik kerajaan. (GLC).
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) adalah salah satu daripada GLC yang sering digunakan untuk menyapu duit rakyat. Sejak penubuhannya MAs selalu kerugian sebab ianya digunakan untuk membantu ahli politik Umno. Bila rugi, duit rakyat digunakan untuk menampung kerugian.
Aku nak copy-paste sikit sejarah penerbangan Malaysia dari awal untuk anak-anak muda sebab sejarah MAS ini tak ada dalam buku teks sekolah.
Satu inisiatif untuk memulakan servis udara menghubungkan Pulau Pinang dan Singapura oleh Ocean Steamship Company, Liverpool, The Straits Steamship Company, Singapore dan Imperial Airways membawa kepada penubuhan Malayan Airways Limited atau MAL pada 12 Oktober 1937.
Pada 2 April 1947, servis pertama bermula dengan pesawat Airspeed Consul terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Dalam masa 3 bulan sahaja, servis udara MAL berkembang meliputi Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon.
British Overseas Airways Corporation (BOAC – sekarang British Airways), pelopor teknologi udara dan pemegang saham utama dalam MAL, kemudiannya membekalkan perkhidmatan teknikal seperti membaiki pesawat dan latihan. Kehadiran BOAC juga membolehkan MAL menjadi ahliIATA.
Bagi memenuhi keperluan serantau MAL membeli satu DC-3 yang mampu menampung 21 penumpang. Manakala, pada tahun 1958, MAL menambah pesawat mereka dengan memperoleh lima pesawat Beavear dan satu DC-4 Skymaster, dimana pesawat ini digunakan untuk penerbangan ke Hong Kong, destinasi pertama MAL di luar Asia Tenggara.
Proses perkembangan pesawat diteruskan pada tahun 1959 apabila MAL memasuki era jet dengan pembelian pesawat Vickers Viscount. Mnakala pada tahun 1960, satu Lokheed Super Constellation memasuki servis MAL, digunakan untuk sektor Asia.
Melalui pembelian satu Briston Britania, yang mampu menerbangkan 82 penumpang, membolehkan pengangkutan udara meju setapak dimana MAL memulakan penerbangan tanpa henti pertama diantara Kuala Lumpur dan Hong kong
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 membawa kepada penukaran nama Malayan Airways kepada Malaysian Airlines Limited (MAL). Dan sebagai penerbangan kebangsaan, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Melihatkan pentingnya integrasi diantara Borneo dan Semenanjung Malaysia, maka Borneo Airways bergabung dengan MAL pada tahun 1963 dan membeli 5 F27.
Pada tahun 1966, kerajaan Malaysia dan Singapura mejadi pemegang saham utama di dalam MAL, menyebabkan penukaran MAL kepada Malaysia-Sinapore Airlines atau MSA. 
Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, Sistem Penerbangan Malaysia bagi pihak Malaysia pada April tahun yang sama dan Singapore Airlines di pihak Singapura. (Wikipedia)
Itu sejarah awal Sistem Penerbangan Malaysia sebelum berpecah dengan Singapura. Selepas itu, Singapore Airlines(SIA) terus bergerak kedepan, manakala Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) asyik tersangkut-sangkut.
Setiap kali MAS mengalami kerugian, kerajaan akan menanggung kerugian tersebut. Setiap kali kerugian juga, maka Lembaga Pengarah MAS akan bertukar tangan, tapi akhirnya tetap juga rugi sebab campurtangan politik.
Banyak skandal yang melibatkan MAS sekarang ini tapi cuba ditutupkan oleh media kerajaan. Penggabungan MAS-Air Asia gagal. Apa tujuan penggabungan itu dibuat dan mengapa ia gagal.
Penggabungan MAS-Air Asia digagalkan oleh Mahathir. Mahathir tidak mahu MAS jatuh ketangan Tony Fernandez, sebaliknya mahukan anak-anaknya menguasai MAS. Dan untuk mengelakkan Tony mengambil tindakan terhadap kegagalan penggabungan MAS-Air Asia, maka mereka memfaraidkan keuntungan MAS.
Sekarang, Tony sudah tidak terlibat dengan MAS, dan MAS akan perlahan-lahan diambil alih oleh anak-anak Mahathir melalui San Miguel. Sementara itu, beberapa pakej penerbangan yang sebelumnya dikendalikan oleh MAS, sekarang diserahkan kepada Air Asia.
Tak lama lagi, MAS akan bangkrap dan akhirnya akan diambil alih oleh San Miguel. Kerajaan dah tak ada duit nak bail-out MAS. Tabung Haji dah kering. Duit KWSP pun dah susut sehinggakan kita nak keluar duit kena tunggu umur 60 tahun. Tony Fernandes akan membawa Air Asia lari ke Indonesia, manakala MAS yang dikuasai oleh San Miguel akan  menguasai sistem penerbangan Malaysia.
Beberapa tindakan sedang dilakukan secara perlahan oleh Mahathir.
Awal Julai yang baru lalu, MAS telah menandatangani perjanjian untuk membeli minyak pesawat A380nya daripada Petron…sebuah syarikat milik San Miguel yang dikuasai oleh anak Mahathir. Petron pula sebelum ini telah mengambil alih Esso dari Esso(M).
Mengapa MAS tidak membeli minyak pesawatnya dari Petronas sebaliknya dari Petron? Sebab MAS mahu mengkayakan Petron. Sedikit demi sedikit, Petron akan menguasai MAS.
Logo dan warna MAS sekarang sudah ditukar supaya sejajar dengan warna rasmi San Miguel. Perhatikan evolusi logo MAS.
Dan perhatikan pula logo dan warna baru MAS terkini.
Mengapa warna dan logo MAS ditukar kepada warna biru muda? Apa persamaaan dengan warna rasmi San Miguel?

Pengendalian pesawat A380 sekarang sudah dikuasai oleh San Miguel, anak Mahathir. Apa pula habuan untuk Tony Fernandes?

akibat haruan(UMNUU) makan anak(rakyat melayu Pulau Pinang)..

Setelah UMNO yang diperkudakan GERAKAN dalam memerintah Pulau Pinang gagal mempertahankan kuasanya selepas PRU12 lalu, media tunggangan UMNO sering memainkan isu kononnya Melayu Pulau Pinang kini terpinggir.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menakutkan Melayu Pulau Pinang yang mereka jangkakan sebodoh penyokong-penyokong UMNO Pulau Pinang.

Menurut pemimpin UMNO yang kenyataan mereka disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN, setelah DAP/PR berkuasa di Pulau Pinang, Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau tersebut.

Adakah benar dakwaan mereka itu?? 

Pada 31 Januari 2012, seramai 31 orang Melayu pemilik tanah warisan (tanah melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga RM8,563,983.12.


Ini berlaku apabila tanah milik mereka telah dijual kepada oleh mereka sendiri kepada Maison Heights Sdn. Bhd. Pada harga RM8.563 Juta.

Tanah mereka telah dibeli pada harga RM21 setiap kaki persegi dan tanah tersebut kemudiannya telah dijual semula dengan harga RM33 setiap kaki persegi oleh Maison Height kepada Kay Pride Sdn. Bhd.


Transaksi ini telah memberikan keuntungan mencecah RM5Juta dalam masa yang singkat kepada Maison Height Sdn. Bhd.

Menariknya dalam hal ini Masion Height Sdn. Bhd. yang menjadi agen atau orang tengah transaksi tersebut dikuasai oleh Pemimpin UMNO sendiri.

Dalam melaungkan isu kononnya angkara DAP/PR, Bangsa Melayu di Pulau Pinang mula tersingkir dan terpinggir dari Pulau Pinang mereka sendiri yang menjadi barua dalam menyebabkan hal tersebut berlaku.

Masion Height Sdn. Bhd. (849163-W) didaftarkan pada 06 Mac 2009 dan dialamatkan di 56-I, 3rd Floor Perak Plaza, Perak Road, Georgetown, Pulau Pinang.


Pengarah Syarikat tersebut ialah Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir dari Bukit Mertajam dan Dato Omar Bin Haji Faudzar dari Gelugor.


Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir  merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang dan juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

Manakala Dato Omar Bin Haji Faudzar pula ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor yang juga Pengarah Pilihanraya BN Pulau Pinang.

Perkataan ‘haram jadah’ sangat sesuai buat mereka kerana bijak bermuka-muka atau bersikap ‘Hipokrit’ , dalam media ditunggang UMNO mereka membela nasib Melayu di Pulau Pinang kononnya tapi hakikat sebenar merekalah yang menyebabkan Melayu tersingkir dari Pulau Pinang.

Tapi nak disalahkan mereka 100% pun tak patut.. sebab dalam perniagaan ini mesti ada pembeli dan penjual kalau tak mana boleh dikatakan perniagaan..

Jadi punca Melayu terpinggir dan tersingkir dari tanah mereka di Pulau Pinang ini bukanlah kerana dihalau dari Pulau Pinang seperti yang Pemimpin dan juga Pencacai UMNO sering suarakan.

Tetapi sikap tamak haloba yang wujud dalam diri pemilik tanah dan keinginan mereka untuk menjual tanah mereka membuak-buak setelah diperbodohkan oleh Pemimpin UMNO yang ada..

Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.

Baca juga kisah 1072 Peniaga Melayu yang mendakwa ditipu  Dato Musa di (SharpShooter )


sumber http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/pemimpin-umno-pulau-pinang-halau-melayu.html

Wednesday, June 27, 2012

Pisang di Bagan Datoh diserang penyakit


Oleh Hanabira


Baru-baru ni, untuk setandan pisang abu, aku dapat RM 19.00!  Aku bukannya ada kebun pisang pun, yang ada itu la dalam 15 ke 20 pokok je, yang ditanam oleh arwah suami  kat tepi jalan depan umah. Tak jual pun, hanya untuk makan anak-beranak. Kadang-kadang je ada jiran  beli sebab nak buat bekal bagi anak depa bawak balik ke bandar.
Aku tanya kat jiran yang beli pisang abu aku tu. Apsal mahal sangat? Katanya susah nak dapat sebab pokok pisang banyak yang musnah diserang virus. Kalau dulu sekilo harganya sekitar 60sen @ 70 sen, sekarang dah jadi RM1.40. Memang buat duit betul la bagi sapa-sapa yang ada kebun! Tapi masalahnya sekarang di Bagan Datoh ni bekalan pisang tak ada! Tak macam dulu, bersepah-sepah pisang di merata tempat.
 Aku ada gak dengar masalah ni dari kawan2 yang berkebun pisang. Ingatkan dah selesai rupanya masalah ni masih berterusan. Aku pun call beberapa orang kawan bertanya hal ni. Kata depa, kalau dulu yang rosak cuma pisang abu dan pisang awak saja, sekarang pisang nangka ,pisang berangan pun kena jugak. Sekiranya masalah ni tak ditangani dengan segera, rasanya lama-lama nanti mau semua jenis pisang  abis rosak.
 Sorang kawan aku terpaksa menyodok kebunnya yang seluas 5 ekar dengan bulldozer. Abis semua pokok pisang yang problem tu dilanyak lumat. Hinggakan parang buat menebang pokok itu pun depa basuh dengan clorox! Dua bulan lepas ada pegawai dari Jabatan Pertanian datang melawat kebunnya mengambil sample tanah dsbnya. Katanya,  depa akan datang lagi nak bagi bantuan tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tindakan susulan.
 Sorang pengumpul hasil pisang yang dikenali di kawasan BD ni memberitahu, masalah ni dikesan sejak raya tahun lepas lagi. Kebun pisangnya yang seluas kira-kira 238 ekar itu turut sama terjejas. Dia yang membekalkan berlori-lori pisang hingga ke Johor amat terkesan dengan masalah ini. Sejak kejadian, dia kehilangan  kira-kira  95% hasil jualan pada setiap bulan, yang tinggal hanyalah dalam 5% saja . Jika dulu dia dapat pulangan hampir RM40,000 sebulan, sekarang sebanyak itu jugaklah dia menanggung kerugian.
 Menurut  Tuan Haji Ariffin, Jabatan Pertanian ada  meminjamkan mesin foging bagi mengatasi masalah pisang yang diserang penyakit ni. Lebih kurang macam Jabatan Kesihatan buat semburan untuk cegah denggi  tu la tapi hasilnya tetap macam tu. Pokok pisang ni nampak tumbuh elok, cantik takde masalah pada peringkat awalnya. Tapi bila bermulanya proses pengeluaran “jantung”,  pelan-pelan dia  menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Batangnya mula bertukar  warna menjadi  hitam keperangan di bahagian dalam.  Bahagian pangkalnya pulak berair dan berbau sekaligus melemahkan daya tahan untuk terus hidup!
Daun-daunnya yang hijau mula bertukar seakan layu. Berwarna kekuningan dan kadang-kadang nampak seperti hangus terbakar. Daunnya pun tak cantik licin macam biasa, mula tersiat @ terkoyak di sana sini. Buahnya akan terencat, layu dan tak mau masak. Kalau masak pun nampak sangat “sakitnya” dengan warna dan rupa yang menyedihkan. Kenapa ya? Ramai yang bagi info, kata depa berpunca dari angin. Ada jugak yang kata  berpunca dari sumber air. Dan masalah ni dikesan bermula dari negeri Johor. Yang mana satu yang betul? Hanya Allah saja yang Maha Tahu.
Tak kira la apa pun penyebabnya, aku percaya pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan Pertanian dan Persatuan Peladang, mesti dah alert. Depa mesti dah buat kerja,kan? Kalau belum, satu tindakan drastik mesti segera dilakukan bagi menangani isu ini. Ramai yang telah mengalami kerugian akibat bencana ini. Bukan di Bagan Datoh saja  yang terlibat. Aku klik kat internet, rupanya di Meru,Klang pun dah kena. Virus yang menyerang pisang ni dipanggil “Moko” disease. Virus ni bertindak melayukan batang pisang sekaligus melayukan daun dan buahnya sekali.
Jika masalah ni berlarutan, jawabnya apa saja hasil pisang akan naik harga. Tak kira la pisang goreng ke..kerepek pisang ke..semua mesti naik punya. Tambah-tambah nak dekat raya ni. Tak heran la sebelum ni pun, beberapa tandan pisang abu aku dikebas orang! Tinggal pokok jer..Ingatkan keja sang monyet. Sepertinya monyet-monyet pun kena tukar menu ni. Pisang bukan lagi makanan utama korang   ^_^

Tuesday, June 19, 2012

Fuhh.. trip luar negara habis juta2..??!!

1 )..



4 tahun 26 Juta...???!!


74 kali lawatan 26 Juta..??!!


1108 orang pegawai 26 Juta..??!!

2 )..




3 )..

Kerakusan UMNUU..tanah kubur pon depa ngapp..!!


Oleh: MSK
Pada 21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah kubur yang “hilang” di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam, Umno tak kata apa.
Di Perak, penemuan warta kerajaan negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno sejak Zambry memerintah.
Dalam artikel “Tanah kubur pun Umno sapu” itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik.
Semalam, salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah berlaku.
Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta.  Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah.
Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan  Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.

Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar.
Kes ini hampir sama dengan banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak tempat lagi.
Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula.
Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area. Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf.
Kedudukannya diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan. Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina.
Sekali pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya.
Apa istimewanya Keris Properties?
Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.
Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang Melayu yang bangang.
Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.
Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.
Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos “perpindahan” di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot.
Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini.
Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu. Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini.
Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat.

Friday, June 15, 2012

Isu derhaka: Fakta dan sejarah (3)


Oleh: MSK
Krisis Perlembagaan 1990-1993
Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.
Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra)kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.”)
Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.
Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.
Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.
Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.
Pertama:
Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.
Kedua:
Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.
Ketiga:
Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.
Keempat:
Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.
Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.
Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.
Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British.”
Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”
Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.
Perenggan 25, “…dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak yang berlindung dibelakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemundkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi dimasa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Perenggan 51. “… jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatanyang tidak diingini.
Perengaan 52. “,,,Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku dinegara-negara lain yang sekarang menjadi republik.
Keputusan Majlis raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadanagn pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Beberapa orang menteri membuat kenyataan dengan tidak bersopan dan tidak beradab ketika mendedahkan salahlaku Raja-Raja dan anggota Kerabat Diraja tertentu. Umno mengulangi taktik mengaibkan Raja-Raja seperti yang dilakukan semasa krisis perlembagaan tahun 1983.
Siri perhimpunan haram diadakan diseluruh negara untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap kemahuan Umno. Rapat umum raksaksa diadakan di Alor setar, Bagan datoh, Seremban dan Melaka tercatat dalam sejarah sebagai medan hebat mencaci Raja-Raja Melayu.
Umno Kelantan mengambil langkah menekan Raja-Raja dengan cara yang sama iaitu mencipta penghinaan terhadap Raja. Pada 29 April 1993, Annuar Musa mengetuai perarakan dari Kuala Lumpur ke Kelantan membawa Tengku Ibrahim Petra (sepupu kepada sultan Kelantan) dan mengadakan pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah diadakan dibawah sebatang pokok gajus dipadang sekolah di Kadok. Ketereh dengan matlamat menunjukkan kuasa Umno kepada rakyat dan Sultan.
Ketika  Program SEMARAK di Lubok Jong, Pasir Mas, Tan sri Mohamad Yaacob memimpin perarakan ke istana dan menyerahkan memorandum mendesak sultan Kelantan turun dari takhtanya.
Berita Harian 11 Jun 1993 melaporkan kenyataan Shahidan Kassim menghina sultan Kelantan.Katanya, “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan saya ada bukti Ismail Petra tak layak.”
Sultan Pahang turut dimalukan oleh media kawalan Umno yang menggambarkan baginda sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Gambar kapalterbang itu disiarkan dalam hampir semua media kawalan Umno.
Sultan Johor dimalukan dengan pelbagai tuduhan dan skandal melibatkan baginda dan beberapa kerabat diraja. Antaranya, kisah Tengku Majid memukul penjaga gol pasukan hoki Perak seleas satu perlawanan di SUKMA 92. Tengku Majid ketika itu mewakili pasukan hokiJohor. Berita itu dipaparkan dengan penuh sensasi atas kehendak Umno.
Sultan Terengganu, Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah telah diugut oleh Umno untuk diturunkan dari takhta dengan menggunaka Tengku Ali. Dengan sokongan Umno, Tengku Ali mengemukakan tuntutan dimahkamah agar dikembalikan takhta Sultan kepadana dengan dakwaan pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Kes tu akhirnya ditolak oleh mahkamah.
Pada 23 Mac 208, Umno mengadakan demonstrasi dipekarangan Sri Iman, kediaman rasmi Menteri besar Terengganu, menentang keputusan istana tidak memperkenankan perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Mereka menyanggah Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar terengganu. Antara slogan pada kain rentang yang disediakan oleh Umno ialah “Kami nak Idris, Natang! (binatang)” yang disiarkan secara meluas oleh TV.
Kes yang sama turut berlaku di Perlis apabila Raja Perlis tidak mahu memperkenankan perlantikan Shahidan Kassim sebagai Menteri besar seperti yang dinamakan oleh Presiden Umno. Raja berkenan melantik Dr. Mat Isa Sabu. Pertembunagn diantara Umno dan Istana berlaku selama dua minggu dengan pelbagai kenyataan derhaka oleh pemimpin-pemimpin Umno terhadap istana Perlis.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil