Followers

Thursday, July 03, 2008

rimas...muak...penat..!!!



'who wants to live FOREVER..??'
' i do..!!'


kalau kita tgk gambar di atas..watak seorang wanita yg nak hidup selama2nya..
sedangkan dia telah pun mati...keadaannya sama seperti senario yg berlaku di negara kita ni...dah terasa keadaan nyawa2 ikan..tapi masih lagi nak pertahankan kekuasaan..mereka lupakah yg kekal hanya Allh s.w.t...??

mereka2 yg sedang menghangitkan negara
  1. Dato' Najib dan Altantuya..>>>>baca kat sini
  2. Dato' Seri Anuar dgn kes liwat..>>>> baca kat sini, dan sini
  3. Dato' Seri Abdullah dgn kes hilang kekredibiliti sebagai ketua negara dan beberapa org penting dalam negara ni..
makin hari makin menarik..makin hari makin tersingkap apa yg selama
ini disimpan dgn rapi..bak kata pepatah..'bangkai gajah kalau ditutup akhirnya terserlah jua'...
kadang2 naik bosan pun ada..pusing kiri..pusing kanan..ceritanya tetap berkisarkan benda2 yg sama...sehingga isu2 yg berkenaan dgn kepentingan rakyat tenggelam dek taufan kerenah pemimpin2 negara yg masing2 sibuk menuding jari mencari kesalahan org lain..ada yg saje reka2 cerita untuk menarik perhatian org terhadap dia...

sang pemerhati lak menerbitkan bermacam2 spekulasi bagi menambahkan kesedapan cerita yg belum pasti sohihnya...terbit lak Amerika nak jadi hero utk Malaysia lak..??jgn jadi pak sibuk la amerika..ko tu ibarat 'tikus baikkan labu ' tau tak..!!

Pemikiran rasional dan terbuka akan menampilkan kewarasan kita untuk menilai gelagat ahli politik masa kini yang lebih kepada menyalahgunakan simpati rakyat untuk meraih tujuan peribadi dan memaparkan aksi lakonan politik yang semakin muak untuk ditonton....

.

8 comments:

Anonymous said...

Sudahlah rimas, muak pula tue, lagi teruk kalau kita jadi penat, kalau dah minat perjalanan politik di Malaysia ini dan di waktu ini 3 perkara ini perlu kita tempuhi tetapi yang penting kita jangan ada bosan dalam politik Malaysia. Ingat setiap yang bermula pasti ada akhirnya .... ANDA BERHARAP YANG BAGAIMANA?

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

rimas bukan sebab politik..tapi rimas dgn karenah org politik..

muak bukan sebab politik...muak sebab org politik yg tak jujur dan ikhlas bila berpolitik...

penat bukan sebab politik..tapi penat nak tunggu kesudahannya...

politik ni kalau dah minat penat macamana pun kita tetap minat..tapi jgn sampai taksub..macam org kaki pancing gak lah...sanggup berabis,buang masa hanya kerana minat memancing...macam2 org kata tapi kalau dah minat sanggup pekakkan tinger....janji hati puas..

politik ini hanya sebagai alat atau jambatan utk kita berkuasa atau memerintah...bermakna ianya bukan hak mutlak individu dan juga tak kekal lama..so kenalah terima hakikat itu..bukan kita saja yg cerdik dgn ilmu memerintah ni..1 yg hebat hilang..akan terbit yg terhebat selepas kita..cuma kena ingat dunia ni hanya pinjaman..

saya berharap biarlah yg menjadi pemimpin Malaysia ini yg takutkan Allah dan ikut suruhan Rasulullah...

#insayaAllah....kita penuhkan stadium kelana jaya nanti..

Anonymous said...

orang mandailing ??

horas !!!

drpd orang mandailing , selangor !!

Harimau-Menaip said...

Macamana sambutan di Stadium? Post lah satu - 2 gambar buat tatapan orang ramai.

Harimau stuju dengan komen (bebelan) anakmudaparlimenbatu.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

adamyanpoyo - horas..!!
ye saya org mandailing perak..
salam buat org mandailing selangor..marganya apa ye..??

tok ghimau - insyaAllah saya akan buh gambar kat sini..tapi tungguuuu..!!
saya tak sampai habis jam 3 saya dah keluar dari stadium coz nak balik ke perak..

man_helang said...

salam...

aku bukan sahaja rimas bahkan dah naik menyampah n muak dengan lakonan2 mereka semua...lakonan keras mcm batu pun org masih nak pecaya...

Anonymous said...

nasution jugak...

duduk kat kajang...sini ramai orang mandailing...dekat hulu langat pun ramai...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

wah..ramai org mandailing ekk kat sana..?so boleh la dikumpul2kan...mana la tau kot2 ada sangkut ke..bau2 bacang ke...tak pun bau2 deroyan ke..kan..kan..kan..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil