Followers

Saturday, August 23, 2008

tak gheti2 nak mintak maaf ke..??

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Pihak media kalau mengeluarkan cerita memburukkan kerajaan PR cepat sungguh...sampai tak dan tunggu hari siang dah terbit berita,buh lak kat muka depan lagi tuh...

Yg BPR lak dengan ghairahnya menangkap ikut sesuka hati sesedap rasa aje ikut sangat arahan mereka2 yg dengki...macam takde pendirian aje BPR ni....pastu buat tuduhan yang pelik2...bangga pulak tu dapat tangkap exco PKR..

yang seronok tengok puak2 UMNO dengan rakusnya mencanangkan kat rakyat tentang 'kerjaan bersih' PR yg dah tercemar..macam2 tuduhan yg molek2 depa lemparkan..walaupun PKR serpihan dari UMNO...tapi mereka bukan macam UMNO,tu pasai depa keluar UMNO...pasai dah tak relevan dah...

bila dah terbukti dakwaan depa salah masing2 macam kura2 nyurok dalam cengkerang...buat bodo pulak tu..!!semua pakat senyap.....

jangan ingat PR kecik anak..kami dah cukup matang dan masak dengan politik BN...la ni jangan tunggu dah kena saman baru nak mintak maaf...tu la lain kali intai2 sikit sapa yg jadi jiran tetangga PR...cubit peha kiri peha kanan terasa wehh...sekarang sapa susah,sendiri mau ingat la.....!!

Minta Maaf Cepattt...!!!

sumber cinaIslam
IPOH: Kerajaan Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf terbuka berikutan penyiaran laporan yang mencemarkan nama baik dua anggota Exconya yang dikaitkan dakwaan menerima rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jika gagal kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang membuat dan menyiarkan laporan berkenaan. Beliau berkata dua Exco yang disiasat BPR kerana disyaki menerima rasuah seks dan wang tunai lebih RM100,000 berkaitan projek perumahan RM180 juta itu juga tidak perlu meletak jawatan atau digantung tugas kerana mendakwa ia konspirasi politik.

Kedua-duanya, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri, Kapten (B) Osman Mohd Jailu hadir pada mesyuarat Exco semalam dan terbabit secara aktif ketika proses membuat keputusan.

Kapten(B) Osman dalam sidang media disebelah petang mengulangi pendirian bahawa BPR dan media hendaklah memohon maaf kepada beliau dan seluruh akhli keluarganya yang dimalukan dengan berita yang disiarkan oleh media yang mengambarkan beliau telah bersalah. Katanya, kaitan berkenaan dengan tuduhan "sex" telah memalukan keluarganya bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura.

Beliau juga mempertikaikan laporan muha hadapan The Star yang meletakkan gambarnya bersama dengan Yb. Jamaluddin seolah-olah mereka dibawa bersama dimahkamah.

Pada siddang yang sama YB. jamaluddin juga mengatakan hari ini"saya jadi hero" pada hari ini. Beliau juga menguntuk pihak yang terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang sama.

Bahkan, katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga bertitah supaya kerajaan negeri tetap teguh dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan ketika beliau memberi taklimat khas kepada baginda mengenai kes berkenaan kelmarin. Pada sidang akhbar semalam, Mohammad Nizar secara terbuka menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli sebagai orang yang bertanggungjawab kepada tohmahan berkenaan.

“(Dalam taklimat khas itu) Saya menyatakan dengan terang dan jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita yang keluar dalam akhbar dan saya menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan kerja harian kami. Itu saya laporkan kepada Tuanku. “Saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas apa yang berlaku.

Saya menafikan apa-apa berita negatif, tohmahan dan niat yang jahat di sebalik cerita yang mereka buat. Ini perbuatan mereka dengan niat memfitnah dan memburuk-burukkan YB Osman dan YB Jamaluddin dan memfitnah kerajaan negeri. “Oleh kerana Ogos adalah tarikh yang disebut oleh Tajol Rosli, kami menganggap mereka yang bertanggungjawab, sebab dia dah sebut,” katanya. Tajol Rosli bulan lalu menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos ini tetapi tidak menyatakan punca kerajaan itu tumbang

Mohammad Nizar berkata, BPR juga mungkin bersekongkol dengan Tajol Rosli dan Umno untuk memerangkap kedua-dua Exco berkenaan kerana bertindak pantas selepas laporan serta mengeluarkan kenyataan media yang tidak benar.

1 comment:

kulatlapok said...

salam ani....

Memanglah diorang buat kerja 'sepantas kilat' masa nilah ada isu DSAI ada kaitan PKR so bila tindakan cepat baru bos boleh puji BPR buat kerja bagus tanpa ada prajudis..bagus-bagus nanti korang dapat naik pangkat...walau salah cekup

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil