Sebelum ini kami telah mendedahkan perihal budak "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan. Laporan berkenaan beliau yang kini terpaksa dikuarantin oleh pihak-pihak tertentu, dalam usaha untuk menghalangnya membuat pengakuan sumpah bahawa "Beliau telah dipaksa oleh pihak-pihak terbabit untuk membuat pengakuan yang mantan TPM Anwar Ibrahim meliwatnya". Namun, dek kerana gusar akan pengakuan ini menyebabkan "terbongkarnya rahsia besar" kes ini maka akhirnya Saiful terus dikawal ketat oleh pihak-pihak terbabit. Khabaran terakhir yang diterima beliau telah disembunyikan disebuah kem tentera di Melaka. Perkara ini telah disahkan oleh beberapa orang individu yang mengetahui dimana Saiful berada. Kita terkadang naik hairan, gara-gara membuat pengakuan "diliwat" Saiful menjadi begitu penting oleh pihak-pihak terbabit hinggakan segala pergerakan dan aktivitinya disekat dan dikawal rapi. Bahkan dari maklumat yang kami terima segala "akses ke telefon bimbitnya" juga telah ditapis. Ini adalah bagi tujuan untuk menghalang pihak-pihak tertentu menghubungi beliau bagi tujuan membuat "pengakuan paksa" berkenaan.
Soalnya disini, mengapakah Sailful begitu istimewa tidak seperti mangsa liwat 98' dulu iaitu Azizan Abu Bakar?. Apakah dek kerana beliau itu anak muda, maka ia diberikan "suaka politik" oleh pihak-pihak tertentu demi menghalang media, keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja menghubungi beliau. Malah, mutakhir ini kita jarang sekali mendengar berita beliau dimedia arus perdana. Terakhir, ialah berkenaan tulisan beliau dalam blog peribadinya menjelang Aidil Fitri lalu. Selepas itu terus sepi tanpa berita. Anehnya, pihak media tahu pula bilakan masanya Saiful mengemaskini blog peribadinya itu. Lantara disiarkan dalam kesemua media massa, gara-gara laporan terkini beliau yang kononnya masih sihat walafiat. Apakah benar beliau sihat? Inilah yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya. Jika benar beliau sihat, mengapakah media tidak langsung mencerita perkembangan terkini beliau?. Apakah yang dilakukan sekarang? Dimana beliau berada?. Mengapa menyepi tanpa berita hingga membuat ramai tertanya-tanya?
Fakta Kes Liwat Saiful Bercanggah
Lebih menghairankan lagi bila fakta "liwat" yang dilaporkan adalah bercanggah. Laporan peubatan yang tidak dikemukakan oleh HKL, disebalik penolakan laporan dari Hospital Pusrawi dulu juga tidak dilaporkan sebagai bukti. Dari risikan kami, pihak HKL juga telah mengeluarkan laporan mengatakan Saiful tidak diliwat. Maka itu laporan tersebut disembunyikan untuk tujuan "editing". Samalah yang berlaku kepada Azizan dulu, kami sempat berjumpa dengan doktor pakar forensik dari HKL yang ditukarkan serta merta ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan selepas kejadian tersebut. Beliau menegaskan, beliau diarahkan tukar kerana tidak mahu "meminda" laporan perubatan yang membabitkan Azizan ketika itu. Azizan tidak diliwat, tetapi pihak berkeaan mahu ia ditukar kepada "diliwat". Dek kerana enggan bersekongkol dengan pihak terbabit, beliau tetap dengan pendirian bahawa Azizan tidak diliwat. Akhirnya beliau dipersalahkan kerana enggan memberi kerjasama, dan ditukarkan serta merta ke Kuantan. Perbualan kami pasal perkara ini berlaku dalam sebuah masjid dan beliau sendiri mengakui bahawa memang Azizan tidak diliwat. Semuanya adalah konspirasi belaka. Maka itu, apakah kes yang sama turut akan berlaku dalam "konspirasi liwat 2" kali ini?
Masih kita ingat lagi perihal pengakuan sumah laknat Saiful di Masjid Wilayah dulu. Biarpun beliau dilihat "benar" gara-gara akuan sumpahnya itu, namun banyak kemusyikal dna keraguan yang timbul tentang perkara tersebut. Cara beliau bersumpah, dengan nada yang yakin dan taida langsung rasa sedih serta mengharap belas simpati, begang kita Al-Quran dengan tangan kiri, mengaku Anwar memasukkan zakar ke dalam lubang duburnya dan banyak lagi yang menampakkan kedangkalan serta kegagalan rakyat untuk percaya isu tersebut. Rakyat lebih yakin Saiful "telah dibeli" dan "menerima habuan lumayan" hasil tindakannya yang jahat itu. Ditambah lagi dengan kenyataan berbelit-belitnya tentangg kejadian tersebut, iaitu daripada suka sama suka kepada dipaksa kemudian dipaksa semula, dan akhirnya dipaksa lagi. Bukankah ini menunjukkan betapa lemahnya hujah kes ini untuk dibawa ke mahkamah.
Pindah Mahkamah Untuk Tukar Hakim
Anehnya, pihak pendakwaraya "berusaha" pula untuk memindahkan kes tersebut daripada mahkamah sesyen Jalan Duta ke Mahkamah Tinggi. Kita pun tidak yakin atas asas apa mereka ingin berbuat demikian dalam keadaan kes yang cukup meragukan itu?. Apakah kerana mereka melihat hakim yang mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Seysen terlalu adil dan telus serta sukar untuk "dirundingkan"?. Maka itulah, mereka tahu jika mahu sabitkan juga Anwar dengan kes liwat Saiful ini hakim haruslah ditukar. Langkah membawa ke Mahkamah Tinggi adalah jalan terbaik ke arah itu. Mungkinkah mereka mahu gunakan hakim "coklat Hacks" ataupun Hakim "correct, correct, correct" untuk mengendalikan kes ini nanti. Satu keraguan yang munasabah juga surat berpindahan ditandatangani oleh Ghani Patail Peguam Negara, yang turut terlibat dalam kes liwat 1998 dulu. Mana mungkin perjalanan perbicaraan ini dapat berlaku adil melihat kepada senario ini. PM sebelum ini mengatakan bahawa Ghani tidak akan terlibat dengan kes liwat Anwar ini. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Apakah kita yakin keadilan dapat ditegakkan untuk Anwar nanti?.
Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi… Wabillahi…. Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”
Membaca dan mendengar akuan bersumpah Saiful ini seolah-olah macam menonton satu cerita "drama di TV". Apa tidaknya, beliau dilihat terlalu mengikut skrip hingga terbaca perkataan "memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya". Macamlah orang tidak tahu jika dinamakan "liwat" maknanya itulah caranya.
Maka Saiful tidak perlu mengaku memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu lagi. Maksud memasukkan sesuatu itu mudah bagi Saiful, ikut logik jika kejadian ini berlaku kepada seorang perempuan pun sudah pasti kita akan ditendang dan terajang oleh mangsa. Namun, apakah Saiful hanya menahan duburnya untuk "dirodok" oleh Anwar tanpa melawan?. Apakah tenaga anak muda awal 20an itu tidak terdaya untuk melawan tenaga orang 60an seperti Anwar. Lainlah macam puak-puak UMNO. Jika dipaksa, bukankah mangsa akan melawat. Takkan kita dipaksa tiba-tiba kita buka seluar, seluar dalam dan kemudian menongeng bontot?.
Bukan senang kerja memasukkan zakar ke dalam dubur seperti yang dikatakan Saiful. Mesti berlaku adengan "ringan-ringan" terlebih dahulu untuk menimbulkan ghairah dan berahi. Namun, jika dipaksa apakah Saiful akan timbul berahi?. Jika tidak berahi bolehkah Anwar memasukkan zakarnya begitu mudah tanpa Saiful melawan?. Mungkinkah Anwar menggunakan minyak "Johnson & Johnson" untuk memudahkan tugas itu?. Justeru itulah kami merasakan kejadian ini tidak masuk dek akal langsung. Anda sendiri boleh "menggambarkan" kejadian yang berlaku ini sebenarnya.
Kedua, beliau sanggup bersumpah andainya beliau berdusta maka beliau rela menerima azab, laknat dan kutukan dari Allah hingga ke hari kiamat. Bahkan beliau turut melibatkan keluarga dan keturunnya dalam hal ini. Saiful langsung tidak boleh berfikir, kes ini adalah kes dirinya dan tidak perlu melibatkan seluruh keluarga dan keturunannya. Apakah akan terjadi jika kes ini benar-benar "satu penipuan"? Puak-puak UMNO mungkin mudah percaya dengan sumpah Saiful ini, namun jika diamati betul-betul terdapat percanggah fakta skrip yang disediakan. Pengakuan dipaksa menunjukkan adengan itu berlaku hanya sekali sahaja. Namun kes Anwar di mahkamah ialah suka sama suka, makna ia berlaku dengan sukarela antara keduanya..
Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa? Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.
Saiful Berhubung Dengan Mindef Sejak Februari
Sebelum ini TPM Najib Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa ? Lebih aneh lagi bila akuan sumpah laknat itu dibuat sehari menjelang pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan didalam blognya juga Saiful ada menyatakan "selamat bertanding" kepada Anwar. Bukankah ini menunjukkan akuan sumpah yang dilakukan itu adalah kerana politik semata-mata. Siapakah yang sebenarnya mencatur dan merencanakan semua ini?. Pastilah orang yang berkepentingan dan tempat beliau mengadu hal tersebut. Siapa lagi kalau bukan orang yang menawarkan biasiswa kepadanya biarpun beliau telah dibuang dari pengajian di Uniten. Bukankah aneh kejadian ini, penuh dengan keraguan dan tipu muslihat sebenarnya.
Malahan Saiful juga dikatakan sering berkunjung dan berhubung dengan pihak terbabit sejak Februari 2008 lagi. Walhal beliau bekerja di pejabat Anwar pada bulan Mac 2009. Ini bermakna mereka sudah merancang semua ini sejak awal lagi. Kami mempunyai fakta tentang panggilan telefon yang dibuat oleh Saiful kepada 6 nombor utama termasuk dua nombor di Mindef (Kementerian Pertahanan) sejak Februari 2009. Namun, amat malang, bila semakan semula dibuat pihak TM telah meminda talian terbabit. Ini didedahkan oleh beberapa orang rakan Saiful yang masih dapat berhubung dengan beliau dulu.
Saiful Dipercayai Sakit Kerna Sumpah Laknat
Info terkini yang kami perolehi beliau sememangnya sedang mengalami penyakit misteri dan tidak seperti apa yang dilaporkan dalam blognya. Justeru itulah kelibatnya dihalang dalam mana-mana media arus perdana. Sebelum ini kami telah mendedahkan beliau telah dibawa oleh beberapa orang penjaganya untuk menerima rawatan di beberapa buah pusat perbuatan tradisional termasuk seorang Tabib di Sungai Petani, Kedah. Beliau dipercayai mengalami masalah untuk membuang air kecil dan besar serta "anunya" telah bernanah. Biarpun ramai yang mahukan fakta atas perkara ini, terus terang kami ingin nyatakan mana mungkin kami boleh beri fakta. Jika fakta beliau tidak diliwat dari Hospital Pusrawi sekali pun dianggap satu penipuan. Apatah lagi jika kami lampirkan fakta. Mana mungkin "bomoh atau dukun" mempunyai rekod perubatan untuk didedahkan?. Cukup kami nyatakan bahawa perkara ini didedahkan oleh beberapa orang saudara mara terdekat dan sahabat-sahabat Saiful.
ummi..,
Na'uzubillahi minzalik...
9 comments:
Juseteru itulah kini beliau masih disembunyikan atas faktor keselamatan
Agak nya under ISA ler .........
Sebab Menteri Botak kata ,sekarang ISA di gunakan bagi menjaga keselamatan mereka yg di ancam .
Mcm aunty.Tressa,dan Pengarang Akhbar Cina tu....
Malah RPK pon sama., dgr nye kerana die selalu di ganggu ole hantu Altan..ya!!!!
Mungkin sy-fool di beri keistimewaan sbb.kes nya pelik dan tak terfikir ole kita.
Mana mana ler.....
biarkan dia...sumpah tu urusan dia dan tuhan..kita manusia tak layak menentukan siapa salah dan benar..first impression tak semestinya menggambarkan keseluruhan cerita.Allah yang berhak menentukan azab bagi mereka yang memfitnah&difitnah..
salam.......
makcik,sumber nie boleh percaya ker??
dan jika dia dipaksa,
adakah tetap diAZAB??
boleh UMMI jelaskan?
sebaab berbeza dgn aper yg saya blaja...
sian budak saiful nie jadi kambing hitam....
dibenci dan dihina tapi mastermind duduk relax...hohohoh
ps:kita semua tahu anwr tidak bersalah...
semoga ALLAH menjaga hati2x ini dari fitnah dunia,AMIINN....
jangan la dok main cedok dalam blog org lain hanya semata mata nak buat posting dalam blog ini .. dan adakah awak pasti benda ini berlaku .. janganlah bersubahat dalam apa jua perbuatan yang tidak dijamin sumber kesahihan berita .. just kesian kat awak je
salam semua terima kasih sudi singgah..
indraputra80
dimana dia itu hanya orang yg bertanggungjawab keatasnya yg lebih tahu..cuma bangkai gajah kalau ditutup tetap jua dapat dihidu..wallahualam..
che moq..,
betol apa yg anda sebut..tapi Allah mengutuskan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ni untuk apa..?tgk..dengar dan diam saja kiranya ada kemungkaran..?apa guna Allah turunkan Al-Quran..?urusan dunia Allah dah serah kepada manusia sebagai khalifah di dunia..urusan Akhirat..itu hak Allah..wallahualam..
perokosoleh..,
kalau kita baca dari artikel diatas..penulis mendapat sumber dari saudara mara saiful sendiri..
kalau dia dipaksa, mngkin dia tidak diazab..sebab bukan dgn kerelaan dia..
sekiranya dia bersubahat..maka dia tidak akan lari dari diazab Allah..itu pandangan ummi bagi artikel diatas..
jadi disini penafian dari pihak saiful adalh diperlukan bagi menjelaskan lagi keadaan sebenar..
sebab itu tajuk ummi ada tanya soal dihujung ayat..ummi juga mengahrapkan kepastian..wallahualam..
salam blacklist..
terima kasih dengan peringatan anda..
artikel diatas saya ambik untuk dikongsikan dan bukan niat untuk mengaibkan sesiapa..dan bukan utk memaki hamun sesiapa..
kalau kita lihat dari ertikel diatas..penulis tidak membuat tuduhan pun..dan kesahihannya telah disahkan oleh mereka2 yg tahu mengenai saiful..
untuk menjatuh hukum memang bukan hak kita..tapi bila dah dibuka jalan kontrovesi..maka risiko untuk diperkatakan org ramai.. kita tak boleh lari..dah jadi lumrah alam,bila ada isu..mesti ada ulasan2 dan andaian..jadi penafian dari pihak terlibat adalah perlu...
tapi bagi saya..saya berharap sekiranya benar saiful berkeadaan demikian semoga cepat sembuh dan sekiranya dia dianiaya semoga selamat dari azab Allah..
sekiranya tidak benar..diharap penulis artikel ini memohon maaf..dan ummi juga akan lakukan perkara yg sama kerana membuat posting di blog ummi...
wallahualam..
thankss...
nie makcik ummi,
mungkin sy terlepas pandang...
moga-mga selepas ini ummi mengeluarkan artikel yang PASTI sahihnya...yg tidak sahih tidak perlu kerana...(sambung sendiri k)
so,marilah aku,ummi dan korang sumer renung ayat ini...
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl:105)-kalo silap sila tegur
Kalau dapat sesuatu berita tu jangan kita terus percaya. Siasat dulu kesahihannya.Apa yang kita dapat kita kongsi bersama.Tak salah kita jadikan sumber ni sebagai maklumat. Kita sama2 siasat. Kita harap kalau saiful betul2 menderita, agar ada bukti atau gambar yang mengesahkannya. Kalau saiful derita, ALHAMDULILLAH. Semoga ALLAH percepatkan KEBENARAN ini tersebar.
Jangan jadikan berita dari TV3, Utusan, Berita Harian tu semua betul. Terus saja percaya. Siasat dulu.
Post a Comment