Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Baihaqi...majlis dihadiri penduduk Bagan Datoh tak mengira bangsa...ucapan dimulakan dengan ADUN Hutan Melintang K.Saven,bekas calon Parlimen Saudara Madzi..dan penutupnya oleh YDP PAS Kawasan Ustaz Misbahul Munir(SetPol MB Perak)
Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid dari kanak2 PASTI Sg.Tiang dan ucapan2 dari pimpinan kawasan..pihak PAS kawasan mengambil kesempatan di majlis ini bagi menyampaikan sumbangan kepada warga India sempena kedatangan hari Deepavali kepada penduduk sekitar DUN Rungkup.
YDP Kawasan Ustaz Misbahul Munir berkesempatan menerangkan segala kemushkilan rakyat yg berlaku dalam pentadbiran PR dan menjawab tohmahan yg dibuat oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat..beliau juga menyampaikan duit raya kepada kanak2 dimajlis tersebut beserta dengan isteri beliau,Puan Jamidah Sandang.
Tetamu telah disajikan dengan juadah nasi impit,lemang,satay,pecal,soto dan buah2an.
Majlis tersebut habis pada jam 12.30 tghari...
No comments:
Post a Comment