"agak2nya la kan bang...apa barang yang nak turun harga ekk..?"
"buka ler radio yang ada berita..baru la tau..ni tak,korang asik dgr radio yg nyanyi tak renti2.."
anak2 ummi suka sgt dgr siaran Hotfm...pasai depa suka dgr lagu..takmau dgr yg banyak celoteh...pastu ummi tukar siaran ke Sinarfm..ada gak le berita..tapi setiap kali time berita takde pon cite pasal turun harga barang..
sampai Pasir Salak,naik jambatan nampak air sungai dah melimpah ..ada kawasan dah ditenggelami air..cuaca masa tu dah gelap,nak hujan lagi..mau tenggelam Kg.Gajah nampak gayanya..
sampai gopeng,hujan turun lebat...masuk Matrik makan2 kat cafe kolej tu dgn anak2 sambil tgk t.v..tunggu gak berita pengumuman tu..takde gak...jam dah pukul 5 ptg..
"takde berita pasal turun harga pon ..! agak2nya kita ni kena 'kencing' lagi kot bang..."
"emm.."
lepas hujan reda kami gerak balik..sepanjang jalan radio tak renti mengomel..tapi takde satu pon berita pasal turun harga barang..hampeh tol...
sampai rumah terus buka pc...ummi bukak semua laman akhbar...klik sana takde berita..klik sini takde gak..last2 jumapa la cite pasal Datuk Shahrir dan pengumuman penurunan harga barang..korang nak tau apa dia...
kat Agenda daily..,
Kenapa ni Datuk? Seronok tengok Datuk Shahrir Samad lama merenung buku kecil ni.Kalau nak tau apa yang tercatat dalam buku kecil ini bukanlah senarai harga barang.ummi..,
Walaupun sibuk kena pantau dan jaga segala macam hal pasal harga barang tapi di musim menjelang pemilihan UMNO Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ni yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu juga terpaksa melayan kawan-kawan yang datang melobi minta pencalonan dari bahagiannya untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO,Naib Presiden dan Timbalan.
Biasanya semua datang jumpa beliau minta pencalonan itu dicatatkan dalam buku kecil itu. “ Takut lupa,” katanya kepada Agendadaily semasa berbual di bilik rehat Ahli Parlimen petang Khamis.
hampeh tol Datuk sorang ni...rakyat dok tertunggu2 dia buat pengumuman..dia syiok2 pasal pemilihan amno..
citt poorraahh.. takut lupa konon..memang dah jadi pelupa pon..
Datuk hari Jumaat dah lepas..nak umumkan Jumaat minggu depan ke pulak..
kat Utusan..,
ummi..,Indeks Harga Pengguna turun ke paras 8.2 peratus September lalu
PETALING JAYA 24 Okt. - Indeks Harga Pengguna (IHP) negara mencatatkan penurunan ke paras 8.2 peratus pada September lalu, berbanding 8.5 peratus pada Ogos lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan tersebut berikutan penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
"Kita berharap ia akan terus menunjukkan trend menurun selepas ini. Kita juga harap inflasi bukan lagi masalah kepada negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan
mananya senarai barang yg nak diturunkan harganya Datuk ooiii....jenuh dah nunggu ni..rega minyak dunia dah banyak turun walaupun minyak kat Mesia ni turun pelan2 macam siput...tapi kira ok la turun le jugak ..
rakyat Mesia ni kira baik la datuk ooii...masih kuat sabornya..kalau tak sabor le org Mesia ni...naya Datuk,mau kena sekeh Datuk ni...tapi jangan ingat sabor rakyat takde hadnya...
BEWARE...!!
Shahrir umum penurunan harga barangan keperluan petang ini
PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan hari ini.
Beliau dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar pada pukul3 petang ini dalam sebuah majlis di Subang Jaya.
Ketika memberitahu mengenai pengumuman tersebut Selasa lalu, Shahrir menyifatkan peratus penurunan harga yang bakal diumumkannya nanti sebagai sesuatu yang mengejutkan.
"Anda akan terkejut dengannya," katanya kepada media di lobi Parlimen.
ummi..
memang dah terkejut pon Datuk...kerajaan memang selalu buat kejutan..sampai dah tak terkejut dah..hampeh jek...
PUTRAJAYA 22 Okt. Pengumuman mengenai penurunan harga barangan akan diadakan Jumaat ini sebagai menyahut gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu supaya semua industri dan peniaga menterjemahkan penurunan harga komoditi dan minyak melalui mekanisme seumpamanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kementerian telah mengadakan perbincangan dengan semua hipermarket untuk tujuan itu dan sehingga kini, hanya satu syarikat yang bersetuju.
ummi..,
dari awal lagi ummi dah tak caya cakap Datuk ni...takpe kami tunggu lak Jumaat depan...Jumaat bulan depan pon takpe..Jumaat tahun depan pon ok lagi la...
ciitt poorraahhhh...!!
wallahualam...
3 comments:
;-)
ape boleh buat......tunggu lagi ler.....
hepi deepavali!
salam pendekar..,
ni la nasib rakyat yg sentiasa baik sangka pada kerajaan..tapi depa tak penah pikir nasib rakyat..
salam bro Pyanhabib..,
terima kasih sudi singgah...
tapi saya tak sambut hari deepavali ni..hehehe
Post a Comment