Followers

Monday, October 27, 2008

tak berapa cerdik ke..dah terlebih cerdik ni..??

Rasa bangga pulak bila ramai cerdik pandai kita dengan lantangnya mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yg termaktub dalam perlembagaan...begitu bersemangat menentang Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam tulisan Jawi, Tamil dan Cina bagi tujuan warisan di jalan-jalan tertentu di Georgetown.

:pge19: hmmm tang sini ada sedikit mushkil la...betol ka depa ni sungguh2 mengotakan apa yg depa kata ni @sederhana...kalau betul apasal subjek matematik dan sains dulu depa tak guna Bahasa Kebangsaan..?@sakit

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling kata kerajaan negeri tu patut dikenakan Akta Hasutan...maknanya kerajaan Malaysia pun patut dikenakan akta yg sama..pasai lebih mengagungkan bahasa orang putih dari Bahasa Melayu sendiri..macam ketam nak mengajar anak berjalan lurus tapi dia pon dok senget...ummi sokong dengan kata2 Perisik Rakyat bila dia kata 'Malaysia banyak Mat Senget'..
@guling

korang perati kelantangan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling ni..dia kata

Langkah memasang tanda jalan dalam bahasa lain adalah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan. Seluruh rakyat Malaysia mesti menolak usaha yang menyamaratakan bahasa kebangsaan dengan bahasa lain.

“Saya harap kerajaan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang dengan membawanya ke muka pengadilan kerana pada saya ia jelas sudah melanggar semangat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu....."

@busuk jap nak muntah ummi baca apa yg dia merapu ni...

ni ummi sertakan soklan dari Bro Tukar Tiub..:pge56: mai la jawabkan...melanggar semangat mendaulatkan Bahasa Melayu konon..citt poorrahhh

"Kenapa guna nama KLIA…. kah kah kah

Kenapa guna nama KL CENTRAL… kah kah kah

Kenapa guna nama KLCC…. kah kah kah

Kenapa guna nama PRECINT….kah kah kah

Kenapa guna nama PALACE OF JUSTICE… kah kah kah

Siapa yang tak hormat bahasa kebanngsaan….kah kah kah

cucupakkasim berkata...

tambah satu lagi...
kenapa selalu cakap...PWTC..?

kah kah kah…. ini bukan isu remeh…..ini isu bahasa menunjuk bangsa… kah kah kah.... kenapa UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION TANJUNG tidak ubah nama sendiri…. kah kah kah…. pakailaa PEKEMBAR TANJUNG…. kah kah kah

kah kah kah …pekembar itu bahasa melayu….kah kah kah.... PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU….baru cun…kah kah kah …united malays national organisation itu cakap mat saleh….kah kah kah….dah pakai bahasa melayu barulaaa leh komen orang pakai bahasa asing…. kah kah kah…

napa terus guna nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ?....tidak PEKEMBAR …..kah kah kah"


yg ni soklan dari Perisik Rakyat lak....@siul

Dekat Pahang ada 1 kampung dekat felda dok pakai nama Kampung New Zealand t awat tak kepoh?

Kuala Lumpur City Center tu bahasa Malaysia ka?

Dekat Putrajaya tu apa nama Precint-precint tu ape ke bende?

United Malays National Organisation tu menatang hapa?

Malaysian Indian Congress tu bahasa hape?

Malaysian Chinese Association tu plak?

Sabah Proggresive Party bahasa hape?

Kuala Lumpur Internatioal Airport?

Putra World Trade Centre tu bahasa kampung mana?

Tapi ada jugak kata2 Zainal Kling ni yang ummi sokong...dia kata

"Zainal menyifatkan tindakan tersebut sebagai petanda buruk terhadap nasib Bahasa Melayu."
depa baru perasaan ke yang nasib Bahasa Melayu terancam..sapa yang buat Bahasa Melayu tak dihormati..bukan puak2 ni ke yang bersubahat menyebabkan Bahasa Melayu dianaktirikan..?:pge19: tak paham ummi dengan cerdik pandai sekarang ni..padanla orang gelarkan Prof.Kangkung...@guling buat malu kaum jek


@garuwallahualam....

6 comments:

Bourne said...

samekom,

tang nie saya tak berapa setujula cikit. dlm byk byk komen bernas hang tang ni ada sikit problem.

yang nak diajar disekolah tu kerana kegunaan bahasa terma didalam matapelajaran sains tu banyak menggunakan bahasa standard yg telah di susunatur dan digunakan secara meluas diseluruh dunia. jadi untuk tidak "mengkonfiuskan" maka adaptasi bahas aenggeris perlu diberi keutamaan. nanti kalau kita dikehendaki bertugas di luarnegara dibawah banner mana mana negara kita taklah tersilap atau tercengang kalau terma terma standard dunia diguna pakai oleh lain lain doktor manakala kita menggunakan terma melayu yang mana kita pun tak reti apadia dlam bahasa inggeris.

itu saja. bayangkan kita tak berapa reti bahas oangputih ni kita pi sembang dengan jepun .... apa kata nya ya?

jangan dok gelak wooo..... kuat gelak kat orang lama lama orang gelak balik kat kita no....? cam siti nurhaliza ...kahahahahaaaa

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam dnl..,

betol la matapelajaran sains dan matematik menggunakan istilah standard dunia...yg kebanyakkannya bahasa english..tapi kalau nak laksanakan hangat2 tahi ayam baik tak pasyah...seperti melepaskan batuk di tangga..

niat untuk meningkatkan prestasi anak melayu kita hebat dalam bahasa english ni bagus...tapi kalau kesannya merugikan anak melayu..sape yg tanggung..bukan semua iq anak2 kita sama..bukan semua anak2 kita boleh follow..yg tercicir lagi ramai dari yg terus maju ke depan..jadi ang mana yg nak kita banggakan..?

wallahualam..

Bourne said...

salam ummi,

kenalah kita tgk pulak bukan semua pelajar kita yang dapat masuk kelas sains..yg tercicir tu selalu nya sastera la.. kan kalau satera tu takde dalam bahasa inggeris. bahasa bunga bunga.

yang belajar dan dpt masuk kelas sains tu sekurang nya score good grade jugak kan...

yang pasal nama jalan tu ..dulu dah lama dah pulau pinang ni famous dgn pelancung depa tak sesat pun. byk pelancung kekadang lebih suka dan kenal penang dari malaysia ummi ooi.....

takpayah la nama jalan tu nak di politikan..... tak byk pun pelanncung dari cina di penang...yg lagi satu yg "pecur" tu banyak. depa bukan dok jalan sangat orang bawak jalan.

mungkin la DAP nak depa paham nama jalan jdi depa blh lari pi repot kat polis ... pas tu blh membenteras jenayah ya ..kot no?

kot mana pun mat salleh yg mai sema dah tau dah yg tak tau pun blh eja dalam rumi aiih.... bahasa cina dgn tamil lagi depa tak tau habaq kat ummi...

depa eja pun blh sama dgn m zain sembang dgn p ramlee.... dlm labu labi tau..... pelat la cikit.

salam

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam dnl..,

ni sapa yg start mempolitikkan papan tanda jalan ni..?

bukan MPPP nak ubah semua signboard pon..kan depa kata dijalan2 tertentu saje..tu pon dalam Pulau Pinang jek..kalau depa mntk 1 Malaysia itu ada sikit problem la..teman pon kureng setuju..kalau kat rumah depa biaq pi la..

cuma rasa janggal bila org yg dok sibuk beria2 nak pertahankan Bahasa Melayu tapi dalam masa yg sama membiarkan Bahasa Melayu diperlekehkan oleh sesetgh pihak..

wallahualam..

Anonymous said...

Cerdik sahaja tak guna juga kalau tak ada semangat. Itu sebab Melayu itu merelakan diri untuk dijajah kerana tiada semangat untuk majukan bangsa sendiri - bahasa dan budaya sendiri.

Unknown said...

Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil