PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh THIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Thian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anuar Ibrahim dan Thian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS
Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS, saya secara pribadi memang tidak berpuas hati cara PKR berpolitik kerana mereka rata-rata tidak sukakan islam so apa PAS nak kata dengan PKR ini ?
Riak sikap mereka ini sudah lama di hidu akan tetapi demi perpaduan dalam PR kita diamkan dulu NAH SEKARANG ! PAS kena buka langkah yang baru, ini bukan bermaksud Extrem akan tetapi apabila mereka sendiri telah menonjolkan sikap secara terbuka maka PAS nak tunggu apa lagi ? Nik Aziz apa nak kata ? Tuan guru Haji Hadi nak kata apa ? Husam yang di katakan close dengan Brother Anuar apa nak kata ?
Sepatutnya sikap ini kena tangani dengan berhemah dan bijaksana akan tetapi dia sudah jadi bubur ! dan nampaknya Zulkifli Nordin sudah tidak sesuai lagi dengan PKR tambahan lagi semasa ura-ura Anuar Ibrahim nak mengambil tempatnya di Kulim isu Zulkifli ini sudah kritikal secara senyap akan tetapi mungkin masa itu ada lagi sikap bijaksana, nah !!! sekarang sudah tidak ada lagi bijaksana
PKR sekarang sudah dengan jelas memperlihatkan sikap parti itu sudah tidak ada lagi orang yang faham agama, jika ada maka mereka akan menjadi Zulkifli Nordin, mereka akan di pandang serong, kerana apa ? tidak lain adalah semata-mata kerana isu mempertahankan agama islam yang di pertahankan, nampaknya PKR sudah sama suara dengan DAP yang anti agama islam, jika demikian UMNO lebih baik daripada PKR, UMNO tidak baik kerana dia main kroni dan rasuah serta mengabaikan islam walaupun mereka beragama islam
Dalam masalah semangat bangsa maka UMNO ada baik sikit jika di bandingkan dengan PKR ini kerana PKR akan menuju kepada Malaysian Malaysia juga nampaknya, buat masa ni kita kena tari brek sikit, selama ni ingatkan adalah orang yang faham agama dalam PKR rupanya orang yang di harapkan pun dengar ceritanya sudah di bekukan, akhirnya PKR sama dengan DAP
Sekalipun mereka tidak suka kepada Zulkifli Nordin yang mengeluarkan pandangannya di akhbar yang telah di beri amaran oleh Menteri dalam negeri, maka tidaklah sepatutnya soal mempertahankan islam itu di serlahkan dengan terang menunjukkan PKR tidak suka pada islam, ini dengan sengaja ayat yang di luahkan dengan kalimah tidak suka cara PAS, so bagi saya mulai hari ini PAS kena berhati-hati dengan PKR sebab licik bodohnya terlalu banyak
sumber PakKaramu
15 comments:
Salam Blogger,
Sememangnya PAS sekarang berada dalam lautan dilema.
Sekiranya PAS masih begini, tidak lama dari sekarang PAS akan tenggelam dan lemas dalam dilema ini.
Anwar Ibrahim juga turut terjebak dalam dilema ini. Antara penyokong-penyokongnya dalam DAP dan PKR, dan antara rakan-rakan barunya dalam PAS.
Akhirnya, Anwar Ibrahim tersepit dan beliau akan diugut oleh DAP, PKR sendiri dan PAS.
UMNO pula sibuk dengan 'permainannya' iaitu mencari mana dia wang disekeliling...
Salam ziarah...
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
lebih baik la pas duk same PKR dari jalan sindri ataupun nak join umno..
buruk2 bole gak sampaikan sesuatu pada rakyat. Cube la korang pikiaq.. tulis dalam blog senang la weh, ingat keje senang. Kena ingat di sebabkan pakatan rakyat lah kita dah pegang 5 negeri kan.
At least time BN Pegang semua negeri (kecuali KELANTAN) takderlah rapuh macam ni bongok wahai pemerhati bebas!
http://lolongansejati.blogspot.com/
mengapa DAP, MCA, dan GERAKAN senada apabila menyuarakan sesuatu bagi golongan mereka. Org melayu sombong dengan pegangan plotik mereka, kita lupa apa yang sebenarnya kita perjuangkan, demi menjaga hubungan politi, pemimpim melayu islam x kira umno, pas, pkr, semuanya membisu dgn alasan toleransi antara kaum! bersatulah wahai bangsa melayu..
wahai en/pn pemerhatibebas
kuasa 5 negeri habis teragdai maruah melayu boleh kah kamu jawab persoalan ini
1)Tanah utk sekolah swasta cina, sekolah agama dapat ape?
2)Orang cina dapat tanah milikan kekal, org kg mealyu dapat ape?
3)Pengurus Besar PKNS kini org cina, kontraktor melayu nk dapat projek kat mane?
4)DEB dihapuskan, ape yang melayu dapat?
5)PR sokong program anjuran BAR, YB Zulkifli dikenakan tindakan, islam dapat ape?
PR hanya boneka utk menjatuhkan islam dan bangsa melayu
bukalah minda dan matamu wahai saudara ku!
Kegagalan Negara Arab mempertahankan dan mengambil balik Baitulmuqadis(MasjidilAqsa)kerana Arab memikirkan aku Puak Sunah,aku Puak Syah,aku dari keturunan itu dan ini.
Akhirnya dgn mudah Yahudi membaham mereka.
Apa bezanya dgn kita jika berfikiran yg.sama.
Aku Pas,Aku PKR aku DAP. aku PSRM?
Tapi bila di gantikan aku itu kepada kita.....
Kita Pakatan Rakyat...maka kekuatan bentang pertahanan akan kuat dan Utoh.
Pastinya musuh musuh tidak akan dapat membaham dgn mudah.,bila kata sepakat senantiasa ada dalam Jemaah.
Kena buka mata minda dan senantiasa berfikiran terbuka.
Jangan untung sekarong,kita rugi seguni.
Khas untuk
azreen ...
Baca catatan ini yg.di petik dari penulis yg.saya simpan buat ingatan saya.,
Quote"Siapakah yang sesungguhnya menodai Hak-hak Istimewa orang Melayu, menodai peluang-peluang pendidikan orang Melayu, siapakah yang sewenangnya menggantikan biasiswa untuk orang Melayu dengan pinjaman, siapakah yang menodai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pendidikan, siapakah yang menodai semangat DEB? Adakah PAS, adakah PKR, atau DAP? Siapakah yang menganggap bantuan kehidupan kepada rakyat sebagai subsidi, tetapi pada masa sama mensedekah berbilion ringgit kepada kroni? Dan banyak lagi senarai ...."unquote.
Tolong buka mata...
Jangan pandai bercakap,kalau ilmu hanya sejengkal cuma.
bagi mereka yg membusukkan nama islam spt bangsat2 umno dan segala penyokong2 yg dibrainwash,balasan tuhan telah pun bermula.
PAS akan terus berdiri tegak krn mengharumkan nama islam.
kalian boleh cakap apa sj,tapi tuhanlah yg menentukan segalanya.
antara TOK GURU NIK AZIZ dgn dolah,najib,madey,sapa yg ALLAH lebih sayang?
wah! bijak sungguh adiputra80..
sebelum tuduh cuba la study dulu, kenapa semua tu terjadi..kalo dah tahu tolong lah cerita kan kerana saya pn tidak tahu???
kalo sepakat dengan DAP dapat ape? dapat kadang B>>>??
Khas untuk Azreen.
Dik,
(saya mungkin bole di panggil pangkat Abang ,sbb Abang dah kawin pada 8.8.08 tadi).
Klu kita nak menceburi sesasuatu bidang,kita kena ada ilmu,.
Dlm Hal ni..kita kena banyak membaca,meneliti menilai perkembagan dan sejarah apa jua yg.hendak kita perkatakn.
Jadi kita bole berbuat atau melakukan sesuatu itu dgn Hujah/Fakta/Evidence yg.lengkap.
Begitu juga klu kita belajar Agama,kita hendak lah berguru.
Maaf magrib dah tiba.
Lain kali kita sambung klo ade masa.
Thanks buat Pemilik Blog.
Jgn Maree!!!!!!!
Sedih Melayu banyak jadi BARUA DAP
pemerhati bebas...
semua benda dalam dunia nie susah..
ko ingt nak tulis blog senang ka??
bongekk...
pikir guna akal,
bukan kepala lutut yer sayang..
dah jelas PKR xnak islam,
so,pikir2x la sendiri..
lagi elok sokong UMNO...
lagipun pemimpin islam yang bagus aku rasa pemimpin UMNO malaysia jerkk...
cuba bg pemimpin islam yg bagus didunia ini??
paklah je la kot..
negara2x arab lg la teruk kepimpinannya...
aku xsokong mana-mana tp ko bukak la mata tue...
orng tolak UMNO sebab dia berfikiran ala-sekulerisme..dapat??
disebabkan pakatan rakyat dpt... 5negeri??
sorry la..bukan sbb tue tp sebb..
allah dah bukak hati rakyat sebab doa2x tok guru..
ko xtau susah payah tok2x guru berjuang..last dapat kat anwar yg dulu pengkhianat
(orng yg bertanggungkawab memecat ishak baharom),
gilerr apa??
kpd perokoksoleh?
Bolehke perokok + soleh? x sesuai langsung. menjahanamkan udara, kesihatan org lain, menjana ekonomi yahudi. nak plak guna word soleh. chit!
Bleh plak fitnah anwar pecat allahyarham Ishak Bahrum. Akai ada ka?
perokok pengotor
salam kepada semua yg singgah..,
sarfarizmal saad,pemerhati bebas,pemerhatidunia,azreen,indraputra80,goddamn those who should b damn,perokoksoleh,tanpa nama 2008 Oktober 30 00:02,tanpa nama 2008 Oktober 30 16:22
terima kasih sudi singgah dan memberi pandangan anda..walaupun masing2 pertahan dgn pendapat masing2 tapi kita kena berkata dgn fakta betol..
azreen..
kalau nak bercerita mengenai kerajaan PR di Perak..lebih baik anda jenguk2 ke blog SetPol MB Perak..mngkin ada yg anda ketinggalan..untuk lebih jelas..
http://misabah.blogspot.com/
perokoksoleh..,
setau ummi bukan anwar yg pecat allahyarham Ishak Bahrum ni...
baca artikel ni utk mengimbau kes pemecatan mufti selangor tu..
"isu pertandingan ratu cantik dan penangkapan tiga gadis Melayu Islam dalam pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak.
Tidak lama selepas itu, satu kenyataan dalam akhbar, oleh Kerajaan Selangor bahawa Kerajaan Negeri tidak akan memperharui kontrak Allahyarham yang akan tamat akhir bulan Oktober 1997.
Alasan yang diberi ialah umur Allahyarham telah menjangkau usia 70 tahun.
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)].
Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.
Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan.
Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad mencemuh institusi agama dengan mengatakan; “Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tidak boleh tegur.”
wallahualam...
Assalamualaikum,
Takkanlah tak kenal Anwar.
Pro Dap dan Pro Hindraf
Hanya orang yg bodoh saja yg melantik orang bukan Islam dlm Perbadanan yg membela umat Islam
Post a Comment