Followers

Saturday, November 01, 2008

Diari Intan 1982


http://ladaputih.files.wordpress.com/2008/05/ibu_nganter_ke_sekolah2.jpg


27 oktober 1982

1.00 tengahari

hari ni intan balik sekolah.
letih.
intan jalan kaki. 2 kilometer. jauh. sakit kaki intan.
tapak kasut intan pun dah haus,
hujung kasut pun dah berlubang.
kasut nilah yang intan ada sejak 2 tahun lepas.
itupun makcik siti, jiran sebelah rumah intan yang bagi.
kawan-kawan pun selalu ejek intan tak basuh baju.
intan bukan tak basuh baju.
tapi baju intan dah lusuh.
warna putih baju sekolah intan pun dah kekuningan.
dah setahun lebih intan pakai baju ni.
intan ada satu baju ni je.
intan balik rumah.
intan letih.
intan lapar.
intan cari makanan, tapi tak ada.
tadi kat sekolah intan tak makan.
memang intan tak makan kat sekolah sebab intan tak ada duit.
mak tak bagi intan duit sekolah sebab mak tak ada duit.
mak belum balik lagi.
mak pergi kerja.
selalunya lepas mak balik menoreh, mak ambil upah cuci pinggan di
warung pakcik rahmat.
petang baru mak balik.
kadang-kadang mak bawak balik makanan lebihan dari warung pakcik
rahmat.
dapatlah buat makan malam untuk intan dengan mak.
selalunya intan dapat makan sehari sekali je.
kadang-kadang tak dapat makan.
intan lapar. tapi intan dah biasa tak makan.
kalau dapat makan roti pun intan tak kisah.


3.00 petang

intan baca buku. intan siapkan kerja sekolah.
intan kemas rumah.
intan basuh baju. nanti mak balik mak tak payah basuh baju lagi.
kesian mak. mak selalu balik rumah, letih.
kadang-kadang mak terus tertidur lepas ajar intan mengaji.
tadi izah datang ajak intan main masak-masak.
intan tengah sidai baju.
intan nak ikut izah main, tapi mak dah pesan supaya intan jangan
pergi mana-mana.
mak tak bagi intan main jauh-jauh.
mak pesan, lebih baik intan duduk rumah sebab nanti bila mak balik
tengok intan tak ada, mak risau.
intan tau mak sayang intan.
mak tak bagi intan masak sendiri sebab mak risau intan tak pandai
nyalakan kayu api.
kadang-kadang mak masak telur dan nasi putih pagi-pagi.
tapi kalau tak ada beras atau telur, mak tak masak.
intan tunggu mak balik baru intan makan.
selalunya mak balik ada makanan.
pakcik rahmat bagi mak upah $3 sehari.
bolehlah mak beli beras dan telur. kalau ada duit lebih mak beli
kicap.
intan pun malas nak ikut izah main.
nanti kalau intan main, intan lapar, tak ada makanan.
intan tidur lepas siapkan kerja sekolah dan basuh baju.


7.30 malam

intan bangun tidur.
intan cari mak. mesti mak tengah masak.
tapi mak tak ada pun.
intan panggil mak, mak tak jawab pun.
mesti mak tengah mandi kat perigi belakang rumah.
intan buka tudung saji, tak ada makanan.
hari dah nak gelap.
intan nak pasang lilin.
tapi lilin tinggal satu.
mak tak balik lagi agaknya.
intan simpan dulu lilin tu sampai hari gelap.
nanti dah gelap baru intan pasang.
kalau intan pasang sekarang nanti lilin habis,
nanti malam dah tak ada lilin pulak.
intan angkat kain. baju dah kering.
intan duduk kat tangga tunggu mak balik.


9.00 malam

mak masih tak balik lagi. intan takut. hari dah gelap.
intan rasa nak pergi cari mak.
mungkin tayar basikal mak pancit.
kesian mak.
intan takut nak keluar rumah.
kat luar gelap.
lilin tinggal separuh. harap-harap mak balik bawak lilin.
sementara tunggu mak, intan duduk lipat kain depan pintu.
intan tengok arah jalan.
nanti mak balik mesti intan nampak mak dari jauh sebab mak selau
pakai tudung putih.
tudung tu je yang mak ada.
intan lapar sangat.
intan tunggu mak balik, mesti hari ni mak sibuk kat warung.
mungkin ramai pelanggan.
mesti banyak pinggan mak kena basuh.
selalu kalau banyak pinggan dan mak balik lewat, pakcik rahmat bagi
mak duit upah lebih.
kadang-kadang $5 kadang-kadang $7
tapi mak tak pernah balik lewat macam ni.
kesian mak, mesti banyak pinggan mak kena basuh.


11.00 malam

mak tak balik lagi.
intan takut. lilin tinggal sikit sangat.
kejap lagi mesti lilin padam.
mana mak ni?
intan dah ngantuk. tapi intan risau mak tak balik lagi.
mesti tayar mak pancit kat tengah jalan ni.
nanti kalau mak balik mesti mak marah sebab intan tak tidur lagi.
mak kata budak kecik mesti tidur pukul 9.30 malam
esok nak sekolah.
tapi intan selalu susah nak tidur.
tiap-tiap malam pukul 9.30 intan baring...
bila intan kata tak boleh tidur, mak akan ceritakan tentang arwah
abah intan.
mak kata arwah abah intan baik.
arwah abah intan sayang intan.
mak kata arwah abah nangis masa intan sakit sebab arwah abah tak
ada duit nak bawa intan pergi klinik.
masa tu mak dan arwah abah intan tak ada duit.
intan sakit teruk sampai nangis tak keluar suara.
arwah abah nangis sebab dah putus asa.
arwah abah nak pinjam duit sana sini tapi tak dapat.
arwah abah intan baik.
tapi intan tak ingat macam mana muka arwah abah intan sebab arwah
abah intan meninggal masa intan umur 2 tahun.

mak...

mana mak ni? lilin dah padam...



28 oktober 1982

9.00 pagi.

rumah intan bising-bising. ramai orang baca quran, baca yasin.
intan bangun.
tak sangka malam tadi intan tertidur.
intan pergi dapur cari mak.
mak tak ada.
jiran-jiran intan pandang intan. mesti sebab intan belum mandi.
makcik siti peluk intan.
intan malu sebab intan busuk.
intan tanya makcik siti, mana mak intan?
makcik siti diam.
intan lari ke ruang tamu.
intan nampak mak intan baring.
orang bungkus mak intan. nampak muka mak je.
mak tidur.
kesian mak penat. pukul berapa agaknya mak balik semalam.
nenek tijah datang cium dahi mak.
intan beritahu nenek tijah, jangan kacau mak tidur sebab mak letih,
semalam mak balik lambat.
intan nampak pakcik rahmat.
mesti pakcik rahmat ni datang nak suruh mak intan basuh pinggan kat
warung dia.
tak nampak ke mak intan tengah tidur?
tak tau ke mak intan letih semalam balik lambat?
intan nampak cikgu intan.
alamak! mesti cikgu intan nak marah intan sebab intan tak pergi
sekolah hari ni.
intan bangun lambat sebab semalam intan tunggu mak sampai lewat
malam.
mak pun tak kejutkan intan macam selalu.
sebab mak letih sangat agaknya. mak pun tak bangun lagi.


10.00 pagi

paklong datang. paklong kata intan akan tinggal kat rumah dia.
intan suka.
rumah paklong ada bekalan elektrik. tak payah pakai lilin.
mesti intan dan mak seronok tinggal kat rumah paklong.
tapi maklong garang.
intan tak suka maklong.
"intan duduk dengan paklong ya?"
"pindah rumah paklong?" intan tanya paklong.
"intan tak suka?"
"suka! nanti intan kejut mak, suruh mak kemas baju ya, paklong tunggu sekejap"
intan terus lari kejut mak.
"mak...paklong ajak duduk dengan paklong mak, cepatlah kemas baju mak"
"mak..."
"mak......" intan panggil mak lagi.

makcik siti peluk intan lagi. makcik siti nangis.
mesti makcik siti sedih sebab kami dah nak pindah sebab makcik siti
kawan baik mak.
mak tak bangun. kesian mak letih sangat.
"kita tunggu mak bangun lah paklong, mak letih, malam tadi mak balik lambat"
makcik siti nangis makin kuat.
paklong usap-usap rambut intan.
"mak intan tak kan bangun lagi, mak intan dah tak ada, paklong jaga intan ya?"
"kenapa mak tak ada?"
paklong diam.
"mak intan dah ikut abah intan" makcik siti lap airmata dia.
dia peluk intan lagi.
"mak mati ke paklong?"
paklong diam.
"nanti mak kena tidur dengan abah kat dalam tanah?"
paklong diam lagi.


28 oktober 1999.

hari ni genap 17 tahun mak tinggalkan intan.
rindu benar intan pada mak. rindu benar intan pada rumah ni.
juga pada diari ni.
lepas mak pergi, intan tinggal dengan paklong.
panglong meninggal 3 tahun lepas masa intan kat US.
masa tu intan tak dapat balik sebab exam.
Terima kasih paklong. Jasa baik paklong besarkan intan sejak intan
darjah 2 akan intan kenang sampai bila-bila.
semoga roh paklong dicucuri rahmat.


Mak,

intan dah balik.
intan balik nak ubah nasib kita.
tapi sayang mak tak dapat bersama intan kecapi kejayaaan ni.
intan rindu mak.
kecil benar dunia ni mak, masa intan kat US, intan jumpa Imran.
intan sayangkan dia.
dia dah janji nak nikahi intan.
intan dah jumpa keluarga dia.
kalau mak kenal pakcik saad kampung seberang tu, itulah bakal
mertua intan.
tapi apa yang membawa intan kembali kerumah ini ialah kisah silam
yang pakcik saad ceritakan pada intan semalam.
pakcik saad kata, petang tu dekat pukul 7 malam.
dia terlanggar mak masa mak tengah naik basikal nak balik kerumah.
patutlah intan tunggu mak sampai tengah malam mak tak balik-balik.
intan tau tu semua takdir, mak.
tapi intan jadi marah bila pakcik saad kata dia panik,dia ketakutan.
sebab tulah lepas dia langgar mak, dia terus lari tinggalkan mak.
dia betul-betul tak berhati perut mak.
tak ada perikemanusiaan langsung.
berkali-kali dia lahirkan kekesalan dan rasa bersalah.
tapi hati intan tak boleh menerimanya, mak.
intan tau Imran tak bersalah, tapi Intan tak boleh terima pakcik
saad yang bunuh mak intan sebagai mertua intan.
pakcik saat bunuh impian intan, bunuh masa depan intan, bunuh mak
intan.
Intan benci pakcik saad. Intan benci Imran.
Intan harap Imran faham.
Kalau Imran rasa sakit menanggung derita kerana kehilangan Intan
disaat dia perlukan Intan,
Intan lebih sakit lagi menanggung derita kehilangan mak satu masa
dulu kerana perbuatan tak bertanggungjawab pakcik saad.
Hati Intan masih tak dapat maafkan pakcik Saad, mak!
Tak mungkin Intan sekuat itu untuk memaafkan dia.


sejuta pelita dapat dinyalakan
dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita
kebijaksanaan pun, tak kan pernah habis terbagi.



komen

2 comments:

kulatlapok said...

salam UmmiAnni..

Pehh sadisnya story nie.. tapi takdir telah menentukannya begitu, Intan kena reda dan terima ketentuaNya. Hikmahnya.... Intan kini menjadi seorang terpelajar yg dapat menjamin kehidupannya.. cuba flasback kehidupannyanya dahulu... hidupnya adakalanya tak makan, maknya bersusahpayah berkerja di membasuh pinggan.. mungkin serba kekurangan itu akan mewarisi kehidupannya yang susah.. tapi kini Intan boleh memilih jalannya sendiri...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam mr.kulat..,

setiap perjalanan hidup seseorang tidak akan selama2nya ditakok lama..ibarat roda kadang diatas..kadang dibawah..dan setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.. kena redha dgn qada' dan qadar..

wallahualam

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil