Hari ini baru dapat betol2 menjelajah dunia maya ini dengan aman..hehehe apa taknya..bila start cuti sekolah ni terpaksa berebut pc dengan anak2..tu belum dengan si ayah anak2 lagi..aduii..
Hari ini blog yg mula2 sekali ummi terjah adalah blog Tok Ghimau dengan kisah pengkid dan komen2 dari puak2 yg bukan muslim tapi dok melalak2 sesuka hati sesedap rasa hina orang Islam khususnya melayu..kalau tok ghimau sanggup makan kaki dorang..ummi tumpang cili mulut dorang pun jadilah...
Lepas tu ummi terjah lak blog Mr.Kulatlapok..pun pasal pengkid jugak..tapi yang buat ummi tertarik dalam artikel tu...bila Pak Lah kata bertudung tu hanyalah sebagai 'pilihan' bukan wajib ..Pak Lah ni belajar ugama dengan sape ni..? rupa2nya inilah pahaman yg dipegangnya..betul lah kata2 orang... iman itu tak dapat diwarisi walaupun dari ayahnya seorang yg beriman..buktinya Pak Lah kita..kita kenal Pak Lah sebagai cucu seorang ulamak yang disegani..dia juga Perdana Menteri Malaysia..sepatutnya undang2 pemakaian tudung ini adalah menjadi tanggungjawab ketua negara untuk melaksanakannya..tapi bila dah Pak Lah kata pemakaian tudung hanya satu pilihan sahaja...tak hairanlah bila anak2 buah pun tak berat dengan hukum Allah..
Pastu ummi jelajah lagi dan terjumpa pulak kenyataan dari mufti Perlis yg mengatakan Sajak Kematian itu satu yg khurafat..yang ni ummi tak bape nak setuju dengan mufti sorang ni..kata pepatah melentur buluh biar dari rebung..kalau dah keras jadi buluh dah payah..bukan tak boleh dilentur bila dah jadi buluh..tapi banyak kerjanya kalau berbanding rebung senang nak dibentuk...kerana kita kena tanamkan dalam jiwa anak2..sebagai seorang muslim kita kena takutkan Allah..bukan takut pada 'hantu'... ini tidak dari kecik dah ditakutkan dgn hantu walaupun kita tak nafikan wujudnya makhluk ghaib ni..tapi kita lebih mendedahkan pada anak2 cerita2 seram...tu tak dikira khurafat ke wahai mufti..? apa faedahnya pada anak2..?
Pelik tapi benar..suasana sekarang memang banyak mengelirukan orang ramai...lebih2 lagi bila org Islam sendiri berfikiran sempit..yg benda baik dikatakan boleh merosakkan tapi benda yg terang2an tak elok diterima tanpa banyak soal..bagi ummi tak mendatangkan mudharat pulak video klip tu..sedikit sebanyak dapat membantu ummi menerangkan pada anak2 ummi apa yg sepaptutnya kita sebagai muslim patut utamakan dalam hidup kita..memang mereka takut tgk video klip tu tapi kita kena terangkan kenapa jenazah tu jadi macam tu..apa amalan dia buat semasa hayat dia..sekurang2nya ada rasa takut dalam hati dorang nak buat benda2 yg dilarang agama
kenapa rancangan yg ada dalam tv kita sekarang tidak kita pertikaikan.. contoh rancangan2 yg dimomokkan pada anak2 kita di kaca tv..
- kisah2 seram
- hiburan yg melaghakan
- rancangan gusti yg ganas2
- telenovela dari negara latin yg kita sedia maklum dgn pakaian yg seksi2
dan banyak lagi..kita tahu cerita2 macam ni memang takde faedah pun untuk proses pembentukan siasah anak2 kita..tapi tetap juga dibenarkan..kenapa mufti tak mainkan peranan dalam hal ini..?
memang kita tak nafikan ada rancangan ilmiah ditayangkan tapi kadang2 selalu ditayangkan di waktu yg tak sesuai..
adakah kita sudah dalam keadaan lali dengan masalah sosial mutakhir ini..? kita hanya mampu memandang dan tak mampu menegur..kenapa ? ummi setuju dengan pengharaman pengkid..tapi sepatutnya mak nyah pon kita kena isytiharkan juga pengharamannya..!!
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)
wallahualam..
4 comments:
salam umi...
kociknya tulisan
susah nak bache....
haramkan saje semua program yg melampau kat tv.
itu pun kalau kita mampu bersatu dan mendesak krjn.
tanpa BERSATU...apa pun takan jd dua,tiga kecuali 0.
salam sang comot lagi comel..
maaf ler kalau tulisan terkocik..heheh
kalau dapat dikurangkan pon dah bersyukur la..
wallahualam..
salam....
saya baru kat sini
hmm.. mmg pelik tindakan org2 atas ni. Kalau benda tk betul tdk ada org bising. Benda2 yg nk membantu membina akhlak dn peribadi anak2 kita pulak dihalang..
salam bujang senang..
salam perkenalan juga buat anda..insyaAllah ummi akan jengah2 dan tinggalkan komen..
kreatifniaga..
dunia dah terbalik..itu hakikatnya sekarang..
wallahualam
terima kasih kerana sudi singgah..
Post a Comment