Followers

Thursday, November 20, 2008

SAH..!! kak Ijat akan langgar kak Pidah..

http://mindamujahidin.files.wordpress.com/2008/08/shahrizat1wx3.jpg


Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari Khamis mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan parti itu Mac depan.

Keputusannya itu dimaklumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan petang Khamis.

Berikut adalah kenyataan penuh pengumuman Shahrizat



KENYATAAN AKHBAR

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia


Saya Shahrizat Abdul Jalil dengan ini mengesahkan bahawa saya menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pada bulan Mac 2009.

Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan.

Ikhlas.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
20 November 2008
bersamaan 22 Zulkaedah 1429


sumber Agendadaily

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

baguslah...demokrasi..tapi kalau tewas camner?

sepatutnya kak pidah dah kena berundur...

Anonymous said...

Lawanlah....tak sapa nak pedulipun. Bodoh punya wanita UMNO. Yang pasti pilihanraya ke 13 nanti bukan kak Fidah je kaput, entire wanita UMNOpun akan tenggelam dulu, kini dan selamanya. Ameenn!

Anonymous said...

Go Shahrizat go. Ged rid of old Opah Pidah yang nak tongkat DUNIA or is it KUASA. Come on you WANITA UMNO people, patahkan tongkat Opah Pidah. Biar dia jatuh terguling....
gedebab!!!!
Tapi kan ummi, sapa di atas pun doesn't make any difference.UMNO tetap UMNO....jantan ke, betina ke tak memberi apa-apa makna becoz I really don't like those goons in UMNO. Its not for me lah! So lawanlah for all you want coz I don't give a damn. Mampus UMNO!!!!!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam abe mie dan kedua2 tanpa nama..,

terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen anda..

bagi ummi kak Ijat ke..kak Pidah ke..amno tetap gak macam tu..pi mai pi mai tang tu jugak...

bila time nak pemilihan masing2 tunjuk belang..masing2 tunjuk hebat..

wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil