Followers

Saturday, December 06, 2008

menjawab soalan dari PerakBangkit...

Preamble Soalan 1
Sedarkah saudari Ummi bahawasanya apa yang telah diumumkan adik sedara MB Nizar, mat SiNgeh, bahawsanya sesungguhnya Kerajaan Negeri tiada memiliki bidangkuasa untuk mengalienasikan/mengurniakan Tanah RPT/Kg Baru Cina kepada tempoh Pegangan 999 Tahun adan Geran selama-lamanya berlandaskan KTN.

Soalan 1?
Apakah perasaan anda sebagai rakyat Perak yang menyokong tubi Kerajaan DAP Pakatan ditipu oleh mereka bak biawak hidup?


Jawapan 1..
Tiada istilah menyokong membabi buta disini...dan di sudut mana yg dikatakan tipu..?betol lah kerajaan negeri tiada bidangkuasa untuk mengurniakan tanah RPT/Kg.Baru 'yg baru' untuk dibuka...yg dikurniakan adalah hat yang sedia ada cuma tukar status dari pajakan kepada hak milik kekal...anda kena paham yg ini....

Kampung Baru paling ramai penduduk di Malaysia adalah di Perak. Ia didirikan di zaman darurat di mana kerajaan ketika itu membawa kaum Cina ke kampung baru bagi mencegah anasir komunis. Ada 134 kampung baru yang melibatkan 65 ribu keluarga. Dalam Kanun Tanah Negara Kampung Baru sudah tidak boleh dibuka lagi. Kalau kesemuanya diberikan hak milik kekal, ia hanya melibatkan tanah 5000 ekar sahaja yang mana 80% penduduk adalah kaum Cina.

Begitu juga Kampung Tersusun yng mempunyai hampir 75k keluarga di mana 70% penduduknya orang Melayu. Ia juga hanya melibatkan 7k ekar.


Kita tidak memberikan tambahan tanah tetapi kita hanya tukarkan daripada pajak kepada hak milik kekal. Kerajaan juga mendapat pendapatan RM330juta. Kalau dulu penduduk kampung baru ada pajakan 99 tahun dan kalau tanahnya disandar kepada bank mereka akan mendapat sedikit nilai sahaja. Sekarang kalau tanahnya jadi hak milik kekal bank akan berikan pinjaman maksima. Penduduk boleh gunakan wang tersebut untuk meningkatkan imej persekitaran rumah mereka.

Hakikatnya isu pemberian hak milik kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini adalah janji Barisan Nasional sejak dulu di setiap pilihanraya...kenapa semasa kuasa ditangan ianya tidak dikota sebagai yg dikata..apabila Perak dah tangan orang baru nak muncul sebagai hero rakyat..???


Preamble soalan 2
Tahukah Puan Ummi bahawasanya di Indonesia, Melayu itu tiada dikira sebagai bangsa. Bangsa di sana hanya satu iaitu Bangsa Indonesia. Bangsa Indonesia dalah Bangsa Perlembagaannya atau Bangsa Pancasila. Melayu di Indonesia hanya salah satu suku kaum sahaja. Sdr Hani sendiri pun (jika benar nama sdri Hani Nasution) adalah anak Mandailing. Dan di Indonesia, Mandailing itu bukanlah Melayu kerana Dalihan Natolu adat utama Mandailing tiada diamalkan oleh adat Melayu. Malah adat itu dikongsi sama dengan kaum Batak. Jadi, di sana Puan Hani tiada dikira sebagai Melayu.

Soalan 2
Adakah saudari sedar dan faham bahawa istilah Melayu di dalam Perlembagaan Negara tiada dimaksudkan sebagai Rumpun/Berdarah Melayu malah ianya lebih memberikan maksudnya sebagai Muslimin Warga Malaysia.

Jawapan 2....

Untuk pengetahuan Perakbangkit...sekarang ummi berpijak dibumi Malaysia yang perlembagaannya tidak sama dengan Indonesia dan ummi tak penah ambik tahu sgt pasal perlembagaan negara bukan tumpah darah ummi...sekadar menghidupkan nama keturunan ummi pada nama...maka anda pertikaikan suku bangsa ummi..ummi 'melayu mandailing' dan untuk pengetahuan anda ada perbezaan diantara Mandailing dan Batak...sama juga di sini ada Melayu Jawa..Melayu Banjar..Melayu Bugis dan sebagainya..Dalam gugusan “Melayu” itu sendiri boleh dipecahkan kepada beberapa puak-puak yang berbeza namun mereka disatukan atas nama “Melayu” kerana bertutur dalam bahasa yang sama.

apa maksud anda tiada Rumpun/Berdarah Melayu malah ianya lebih memberikan maksudnya sebagai 'Muslimin' Warga Malaysia..? anda menyatakan dalam perlembagaan negara.. melayu itu bermaksud 'muslim'(org Islam)..? actually muslim bukan 'muslimin'...'muslimin' bermaksud lelaki muslim...'muslimah' wanita muslim..istilah yg anda guna pun tak betol..harap maklum...

Di dalam perlembagaan Islam adalah sebagai ugama rasmi Malaysia...Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna 'Orang Melayu'. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai;

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Jika seorang Melayu mahu mencampakkan salah satu dari perkara di atas, adakah perlu direntap juga status Melayunya?

Adakah orang Melayu yang murtad masih patut dikenali sebagai Melayu? Kerana tidak lagi cukup syarat untuk dikenali sebagai Melayu mengikut perlembagaan Malaysia...
kalau nak ikut perlembagaan..ummi cukup syarat sebagai 'orang melayu'..


Soalan 3
Dengan sejujurnya (buangkan Tahaluss Siyasi [Penghalalan Politik] dan/atau Taqiyyah [menurut Syi'ah]; adakah sdri percaya kepada Ngeh dan Nga dan DAP yang lainnya? Dalam erti kata lain, bukankah Nabi Asyidda' ke atas Kafirin. Siapakah yang Hani wajar turuti? Nabi atau Kafirin?


Jawapan 3...

soalan antara Nabi atau kafirin sebenarnya anda sudah ada jawapannya...sebagai seorang muslim tentulah Nabi wajib menjadi ikutan setiap dari kita yang sebagai orang Islam...

Anda tidak boleh gandingkan Nabi dgn kafir...sepatutnya kalau nak ummi memilih mestilah diantara kafir DAP dan kafir MCA...disini ummi buat perbandingan yg cukup simple...dua2nya adalah kumpulan yg sama bangsa (walaupun DAP ada bangsalain di dlmnya tapi majoritinya cina)..kita boleh mengatakan kedua2 ada mudharat..tapi diantara kedua2 itu ada satu yang kurang memudharatkan kita bila kita berkerjasama...maka kita akan pilih kumpulan yg kurang mudharat itu...

prinsip al-Tahaluf al-Siyasi, iaitu satu perjanjian politik. Perjanjian spt ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri di Madinah apabila org2 Yahudi bekerjasama dgn baginda dan org2 Islam utk mempertahankan Madinah drp sebarang musuh. Ini kerjasama baik, maka Islam tak melarangnya walaupun dgn org Yahudi. Kalau baginda s.a.w. tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam, begitu juga Pas.

wallahualam...harap jawapan ummi memuaskan hati Perakbangkit..maaf lambat menjawab..

Disini ummi berharap anda dapat menjawab soalan dari KulatLapok...

soalannya..

1. KENAPA SELEPAS PRU12, SETELAH 5 NEGERI TERKENA TSUNAMI DSAI, BARU NILAH SEMUANYA BANGSA MELAYU BARU PERASAN. BETUL2 AKU NAIK HERAN KATA SYED HAMDID ALBAR. ITU BARU BUNGANYA.... SOALANNYA..?? SEBENARNYA PULAU PINANG SUATU KETIKA DULU DIMENANGI KESEMUA KERUSI OLEH UMNO, TETAPI GERAKAN PULAK YG MEMERINTAH?? SIAPA GERAKAN TU.?? BANGSA MELAYU KE ?? KENAPA KORANG TAK SIBUK2 BUAT DEMONTRASI PASAL BUKAN PEMIMPIN MELAYU YANG MEMRINTAH?? BUKAN 5 TAHUN, MALAH UDAH BERPULUH2 TAHUN. MASIH KAH KAU INGAT? (KATA LAGU KOPRATASA)KENAPA DAN MENGAPA TAK LANYAK PEMIMPIN UMNO KETIKA ITU KERANA MEMBIARKAN PULAU PINANG DIPERINTAH OLEH PARTI BN YANG KALAH.??? KENAPA DAN MENGAPA ?? SILA BAGI ALASAN YANG KONGKRIT SEKONGKRIT JAMABATAN PULAU PINANG.?? KALAU TIDAK PUN PERAKBANGKIT YANG MENJAWAB..?? SESIAPAPUN BOLEH MENJAWAB..SILAKAN.
komen

11 comments:

sya said...

syabas ummi anni satu jawapan yang baik....perak bangkit lu pikir la sendiri...

kulatlapok said...

salam UmmiAnni...

Syabas dan tahniah, seluruh pengkaji sejarah tanahair dan para akedemik seluruh universiti di Malaya ini telah memberikan UmmiAnni 100 markah penuh dan 50 tambahan lagi kerna menyiarkan soalan bonus kulatlapok. Syabas n TQ.

Anonymous said...

Salam Dpd PerakBangkit

Ulasan Jawapan Ummi utk Soalan 1

Cuba Ummi tunjukkan di Seksyen mana KTN, Status Tempoh Pegangan boleh dipinda?

Kiranya tiada, proses yang dimaksudkan...
1.Tanah Pemilik diserah semula kepada K'jaan.
2.Lepas tu K'jaan alienasi kembali.

PerakBangkit nyatakan KTN menulis: bahawsanya sesungguhnya Kerajaan Negeri tiada memiliki bidangkuasa untuk mengalienasikan/mengurniakan Tanah RPT/Kg Baru Cina kepada tempoh Pegangan 999 Tahun ATAU Geran selama-lamanya berlandaskan KTN

Dalam jawapan Ummi :
betol lah kerajaan negeri tiada bidangkuasa untuk mengurniakan tanah RPT/Kg.Baru 'yg baru' untuk dibuka...yg dikurniakan adalah hat yang sedia ada cuma tukar status dari pajakan kepada hak milik kekal...anda kena paham yg ini..

Atau Ummi yang tak faham: Jadi Ummi kena nyatakan Seksyen mana KTN memberikan kuasa kpd K'aan Negeri menukarkan status tempoh pegangan, TANPA PROSES PENYERAHAN SEMUALA KEMUDIAN ALIENASI KEMBALI?

POKOKNYA Ummi tak faham, dan Ummi telah tertipu.... Nasib baik nama Ummi kalau nama Tipah dah jadi Tipah Tertipu Lagi!

Ulasan Jawapan Soalan 2
Ummi bersetuju dgn saya bahawa Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Orang Islam Warganegara Malaysia DAN BUKAN BERASASKAN RAS (DARAH KETURUNAN) kerana Ummi qoute Perkara 160, walaupun Ras Ummi adalah Mandailing. Tahniah. Anda telah faham bab ini.

Ulasan Jawapan Soalan No. 3
Soalan saya, adakah saudari percaya Nga dan Ngeh......
Dan saudari menjawab...
1. Sdri. Tak ikut Kafirin
2. kita boleh mengatakan kedua2 ada mudharat

Baguslah sdri. tak percaya kpd mereka, .... itu sja yang saya tanya..... Jadi Ummi... beritahulah rakan-rakan Ummi yang lain dalam PAS... JANGAN PERCAYA KPD NGEH & NGA tu...

Tak kiralah sdri ni PAS ker PKR ker... tapi kita Orang Islam, jgn percaya sama Kafirin okay....

SALAM DR PERAKBANGKIT

Anonymous said...

daripada Perak Bangkit

Berkenaan soalan Kulat Lapok....

1. Perakbangkit boleh memilih utk tidak menjawab soalan ini kerana ada klausa elakan KALAU TIDAK PUN PERAKBANGKIT YANG MENJAWAB..?? SESIAPAPUN BOLEH MENJAWAB

2. PerakBangkit bukan pada bila-bila masa yang berkenaan adalah Pemimpin UMNO Pusat atau pemimpin UMNO P.Pinang

3. Dalam kaedah Al Qur'an, kita dikehendaki menanyakan soalan kepada Ahli Zikri.... dalam konteks soalan tadi PerakBangkit bukanlah Org Yang patut diajukan soalan.....

PerakBangkit pun layak ajukan soalan.... kiranya apa yang dibuat oleh UMNO P.Pinang salah... kenapa Pakatan Rakyat tak membetulkannya dengan meletakkan Org Islam sebagai Ketua Menteri, malah lebih teruk lagi ada seorg lagi T.K.Menteri bukan Islam....

LIHAT SOALAN P.BANGKIT KEPADA UMMI... IANYA ADALAH DALAM KAPASITI UMMI UTK MENJAWABNYA....

SALAM DPD PERAKBANGKIT

sya said...

perakbangkit....oh perakbangkit.....adoiyai

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam perakbangkit...

ulasan jawapan 1
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Kanun Tanah Negara - tiada peruntukan seksyen khusus yang membolehkan untuk memanjangkan tempoh pegangan tanah atas hakmilik yang sama.

Pilihan Pendekatan - menggunakan pendekatan iaitu;

Pendekatan
Menggunakan 2 seksyen;

•Seksyen 197 KTN – penyerahan balik keseluruhan lot.
•Seksyen 76 KTN – permohonan pemberimilikan

( Dengan syarat hakmilik mestilah bebas daripada sebarang bebanan)
ini yang kerajaan Perak gunakan untuk membolehkan status pajakan menjadi hakmilik kekal...paham ke..?contoh kita nak ke Ipoh dari K.L..tak semestinya kita guna 1 jalan..kan ada banyak jalan utk kita sampai..camtu jugalah kes ni..

apa masalahnya yg membuatkan perakbangkit susah hati dengan apa yg kerajaan Perak buat utk kebajikkan rakyat...nak kata orang melayu tertindas tak rasanya..sepatutnya anda berbangga kerana kerajaan PR dapat melangsaikan kerja yg BN tak dapat selesaikan...sebenarnya bukan BN tak dapat selesaikan tapi terdapat penipuan dan penyelewangan terhadap rakyat Perak..BN hanya menabur janji2 palsu utk meraih undi...

maka dengan ini terbukti Perak berjaya melangkah sebagai Negari Berkebajikan..

siapa yang tertipu..?? hehehe jalan dah ada tapi tak mau buat..rakyat yg dungu leh la nak tipu2..perakbangkit tak dungu kan..kan...

ulasan jawapan 2

anda masih tak paham rupanya..istilah 'orang melayu' dlm perlembagaan sebenarnya tak boleh dipakaiguna sebagai 'mealyu itu Islam'..kenapa anda tak jawab soaln bagaimana pula melayu murtad..?? dia kenalah jadi bangsa asing..takleh la jadi melayu..tak gitu..nampak tak..tak sesuai disebut Islam itu melayu..

ulasan jawapan 3...

kami dah tau lama dah..UMNO/BN aje yg tak paham2..bila kita dalam politik strategi itu penting...so macamana pulak dgn UMNO/BN...??

wallahualam..

PENDEKAR said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

MARDHOTILLAH

:-)

Anonymous said...

alahai perakbangkit..

taman perumahan tempat anda tinggal pun mulai memboikot segala program yang di anjurkan,semata mata mereka meluat kan anda yang menjadi pengerusi.

dah lah untuk mendapat jawatan tersebut dengan cara mengugut penduduk taman tersebut.

Anonymous said...

Salam dr Perakbangkit

Ummi knp jadi macam ular, putar-putar cakap...

Jadi Ummi setuju lagi sy cakap... tiada seksyen khusus dan cuma proses yang ada
1.Tanah Pemilik diserah semula kepada K'jaan.
2.Lepas tu K'jaan alienasi kembali

Dan Ummi qoute seksyen 76
dan apa seksyen tu kandungkan?....
Bolehkah dialienasikan Tanah bagi tempoh pegangan 99... Tak boleh kan... kecuali 3 perkara itu?

Ummi yang jawab atau minta org lain tolong tuliskan... hahahahahhaa....

So, takper pelan-pelan Ummi boleh fahamkan undang-undang itu....

Dan saya tulis Orang Islam Warganegara Malaysia....

Dan saya tak tulisankan bukan warganegara sebegitu...

Perlembagaan banyak berurusan dgn warganegara.... kerana itu dikatakan konteksnya sebegitu... bila muncul sahaja istilah Melayu ianya juga merujuk kepada Islam.

Kerana perlembagaan tidak mengistilahkan Melayu sebagai Ras Melayu.

Pelan-pelan Ummi cuba fahamkan balik yer.....

SALAM ..... PERAKBANGKIT

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam perakbangkit..

sapa yg ular ni..berpandukan soalan anda yg menyatakan kerajaan PR sebagai penipu,dimana yg dikatakan tipu..?

dan menanyakan perasaan ummi ekk..ummi tak rasa ditipu pon..dan apa masalah anda sekiranya kerajaan PR buat cara macamana sekalipun adalah untuk rakyat..bukan untuk kroni2 yg macam pimpinan BN dah buat selama ni..? jadinya disini.. sebenarnya isu tu saje2 je anda ungkit untuk apa..? yg ummi nampak wujud dihati anda rasa iri hati kerana kerajaan PR dapat menyelesaikan masalah yg BN tinggalkan..anda yg main konar lipat ni..hehehe kalau rasa apa yg kerajaan PR buat tu salah..silalah disaman..anda boleh buat aduan sekiranya ada kesalahan didalam perlaksanaannya..sila buktikan dimana tipunya..

dan anda masih dalam keadaan gelap hati dalam isu antara agama dan bangsa...itu sebab ummi kata istilah org melayu dalam perlembagaan tak sesuai digunapakai sebagai nak menjaga ketuanan melayu dan Islam..sebab dalam Islam tiada istilah ketuanan melayu..dan Islam itu sesuai kepada semua bangsa..kerana perlembagaan adalah ciptaan manusia...

so itu pasal la anda dengan lantang dan bongkak nak ganyang bangsa asing(cina dan India)..sedangkan dalam perlembagaan mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia..siapa yg membenarkan itu berlaku..bukan UMNO/BN ke dulu..?

wallahualam

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

berkenaan dgn soalan mr.kulatlapok..

PerakBangkit taknak jawab atau takde jawapan..dan yg pastinya setiap jawapan kepada soalan utk anda semestinya akan terkena UMNO/BN balik..sebab apa2 masalah yg berlaku atau yg bakal berlaku adalah berpunca dari pemerintah yg terdahulu iaitu UMNO/BN...

takkan takut kot nak jawab soalan Mr.KulatLapok...??

wallahualam

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil