10 hari pertama bulan Zulhijah adalah saat terbaik untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Ketika ini lebih dua juta jemaah sedang berhimpun di Tanah Suci. Pada tanggal 8 Zulhijah (6 Disember), jemaah termasuk lebih 26,000 orang dari Malaysia termasuk orang Melaka akan bertolak ke Arafah.
Pada tanggal 9 Zulhijah (7 Disember), jemaah haji akan wukuf di Arafah. Wukuf adalah rukun haji. Tiada wukuf tiadalah haji. Wukuf atau Hari Arafah adalah sebaik-baik hari untuk seorang Muslim mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
Saiyidatina 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka."
Tuan Guru berpesan bersungguh-sungguh; puasalah kamu pada Hari Wukuf kerana ganjarannya sangatlah besar. Jadi puasalah pada hari Ahad ini (7 Disember). Berdoalah banyak-banyak untuk keselamatan ibu bapa, saudara-mara dan kaum kerabat yang kini berada di Tanah Suci. Mereka sedang diuji Allah SWT di Padang Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan tatkala melontar Jamrah.
Tetapi..... hari ini di Melaka bandar bersejarah tengah kepoh2 dan sibuk sangat2 untuk menyambut wira mereka yg akan ditabal sebagai Dato' atau Dato' Wira atau Dato' Kehormat Shah Rukh Khan.
Istiadat penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada jam 10 pagi hari berkenaan.
Di majlis itu, Shah Rukh akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok - satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton di seluruh dunia.
ummi rasa heran ke kalau dia pakai busana melayu..?? ramai lagi warga asing yg pakai tak kecoh pon...!! yang ummi nak tau..bape banyak belanja yg dah ditabur untuk majlis ni..?? sapa yg untung dan sapa yg dapat menafaat..?? yang pasti rakyat akan melopong..yang syiok sgt kat SRK ni (ummi pon minat gak kat mamat ni..tapi lakonannya aje la....hehehe) akan sanggup berabis2 dan bersesak2 nak pi tgk dia...padahal belom tentu dapat tgk..bayang pon ntah dapat ntah tidak...hahaha buang karan jek...
kalau ummi.. tak kesior haku nak pi nyusahkan diri...ummi aje yg kenal dia..dia tak kenal ummi pon hahaha....
Berkorbanlah wahai saudara-saudaraku. Berkorbanlah untuk meninggalkan maksiat sebelum terlambat. Bumi Aceh sudah menerima bahananya pada 2004 dulu, apakah bumi Melaka atau orang Melaka boleh menghalang jika Allah SWT mahu mendatangkan ujian-Nya?
Insaflah, insaflah, insaflah wahai orang Melaka. Dengar dan turutilah cakap-cakap ustaz dan tuan guru yang mengajar di masjid-masjid di negeri kita itu! Semoga Allah selamatkan bumi Melaka, pemimpin dan rakyatnya! Amin.
8 comments:
rasanya dunia ni nak abis kot sampai tuhan pun diaorang buat main..memang takda akai...
DARIPADA PERAKBANGKIT
Salam Ummi
Mari sini saya tanyakan pula kepada Ummi 3 soalan untuk Ummi jawab. 3 saja tiada banyak.
Preamble Soalan 1
Sedarkah saudari Ummi bahawasanya apa yang telah diumumkan adik sedara MB Nizar, mat SiNgeh, bahawsanya sesungguhnya Kerajaan Negeri tiada memiliki bidangkuasa untuk mengalienasikan/mengurniakan Tanah RPT/Kg Baru Cina kepada tempoh Pegangan 999 Tahun adan Geran selama-lamanya berlandaskan KTN.
Soalan 1?
Apakah perasaan anda sebagai rakyat Perak yang menyokong tubi Kerajaan DAP Pakatan ditipu oleh mereka bak biawak hidup?
Preamble soalan 2
Tahukah Puan Ummi bahawasanya di Indonesia, Melayu itu tiada dikira sebagai bangsa. Bangsa di sana hanya satu iaitu Bangsa Indonesia. Bangsa Indonesia dalah Bangsa Perlembagaannya atau Bangsa Pancasila. Melayu di Indonesia hanya salah satu suku kaum sahaja. Sdr Hani sendiri pun (jika benar nama sdri Hani Nasution) adalah anak Mandailing. Dan di Indonesia, Mandailing itu bukanlah Melayu kerana Dalihan Natolu adat utama Mandailing tiada diamalkan oleh adat Melayu. Malah adat itu dikongsi sama dengan kaum Batak. Jadi, di sana Puan Hani tiada dikira sebagai Melayu.
Soalan 2
Adakah saudari sedar dan faham bahawa istilah Melayu di dalam Perlembagaan Negara tiada dimaksudkan sebagai Rumpun/Berdarah Melayu malah ianya lebih memberikan maksudnya sebagai Muslimin Warga Malaysia.
Soalan 3
Dengan sejujurnya (buangkan Tahaluss Siyasi [Penghalalan Politik] dan/atau Taqiyyah [menurut Syi'ah]; adakah sdri percaya kepada Ngeh dan Nga dan DAP yang lainnya? Dalam erti kata lain, bukankah Nabi Asyidda' ke atas Kafirin. Siapakah yang Hani wajar turuti? Nabi atau Kafirin?
SEKIAN
DARIPADA PERAKBANGKIT
salam UMMIANNI...
Aku pun nak soal satu soalan pada PerakBangkit.....................
1. KENAPA SELEPAS PRU12, SETELAH 5 NEGERI TERKENA TSUNAMI DSAI, BARU NILAH SEMUANYA BANGSA MELAYU BARU PERASAN. BETUL2 AKU NAIK HERAN KATA SYED HAMDID ALBAR. ITU BARU BUNGANYA.... SOALANNYA..?? SEBENARNYA PULAU PINANG SUATU KETIKA DULU DIMENANGI KESEMUA KERUSI OLEH UMNO, TETAPI GERAKAN PULAK YG MEMERINTAH?? SIAPA GERAKAN TU.?? BANGSA MELAYU KE ?? KENAPA KORANG TAK SIBUK2 BUAT DEMONTRASI PASAL BUKAN PEMIMPIN MELAYU YANG MEMRINTAH?? BUKAN 5 TAHUN, MALAH UDAH BERPULUH2 TAHUN. MASIH KAH KAU INGAT? (KATA LAGU KOPRATASA)KENAPA DAN MENGAPA TAK LANYAK PEMIMPIN UMNO KETIKA ITU KERANA MEMBIARKAN PULAU PINANG DIPERINTAH OLEH PARTI BN YANG KALAH.??? KENAPA DAN MENGAPA ?? SILA BAGI ALASAN YANG KONGKRIT SEKONGKRIT JAMABATAN PULAU PINANG.?? KALAU TIDAK PUN PERAKBANGKIT YANG MENJAWAB..?? SESIAPAPUN BOLEH MENJAWAB..SILAKAN.
HIDUP UmmiAnni..!!! kami tetap dibelakang anda, tak kira apa bangsa dan suku kaum UmmiAnni.. ianya tetap MELAYU yang diktiraf berada disekelling kepulauan GUGUSAN PULAU2 MELAYU. Yeeoooosssss
lepas nu nak suruh smua artis kita buat demo... x nak belakon kat melaka... biaq srk je blakon kat sana.......
salam,
sdri, saya rasa sdri ni berfikiran sempit atau jenis org yang suka mengada-adakan cerita...klu dapat bini mcm ni memang aku ceraikan...tahukah sdri penganugerahan darjah kebesaran 2 jatuh pada hari sabtu dan bukan petang raya...dan tahukah sdri bahawa pelancong dari s'pore paling ramai datang ke melaka semata2 hendak melihat shah rukh khan...dengan kehadiran pelancong dimelaka maka ekonomi melaka akan berkembang dan dgn kehadiran srk ke melaka maka satu studio bertaraf antarabangsa akan dibuka..lebih baik studio dari kadang babi...
salam shadan..
tu pasal ummi tak ditemukan dgn anda..pasal kepala hotak kita berbeza..hehehe
anda hanya melihat dari satu faktor saje..pelancongan dan hiburan...
tapi ummi memandang double standart kerajaan melaka terhadap artis tempatan..dan yg penting akhlak muda mudi umat Islam dalam negara ni..tgk saje pakaian artis bollywood dah jadi ikutan bdk2 muda mesia..bukan stakat bdk artis mesia..mak2 budak pon tumpang nak tayang body gak..
kalau la anda jadi laki aku..ntah la..mau la anak keturunan aku jadi hape...asik terkinja2 je lali dgn hiburan sokmo..na'uzubillah jauhkan dari keturunan aku cam gitu..
bangga sgt ke dapat jemputan hadiri majlis anugerah SRK tu..? apa yg anda dapat..? setakat dpt ambik gmbar dia je kot..hehehe
kalau nak org singapore dtg selalu suruh la SRK jadi warga Melaka..gerenti kaya raya kerajaan Melaka...
kandnag babi ada gak faedahnya utk rakyat mesia..sekurang2nya takle sungai2 tersumbat dgn sisa najis babi macam kat Melaka tu..
wallahualam..
salam sdri,
kadang-kadang hidup kita ni, yg betul kita mesti kata betul dan yang salah tetap akan salah...bukannya saya bangga di atas kedatngan SRK tu, ddan saya pun bukanlah peminat menonton pun...tetapi saya bangga apabila hari ini Melaka tersohor didunia apabila penganugerahan tersebut di layari secara langsung...patutlah melaka dapat anugerah bandar warisan dunia...sdri marah pasal pemimpin sdri tak pandai nak promosi negeri sdri kot....
salam shadan..
sapa yg marah ni...ummi ke anda..?
rasanya anda yg kurang senang dgn pendapat ummi kan..? tapi no hal nyer..ummi hormati pandangan anda..
anda boleh merasa bangga dgn bantuan SRK Melaka tersohor..tapi ummi tak rasa ia satu kebanggaan kerana bukan anak watan yg menaikkan nama Melaka tapi hanya sekadar menumpang kepopulariti artis luar..apa class..
biarla negeri ummi tak gah sampai seantero dunia..memadai rakyat negeri ummi ternama kerana memiliki ketua negeri yg tersohor..ibarat sebuah rumahtangga kalau bapaknya berkualiti insyaAllah anak2nya pon akan berkualiti..
wallahualam..
Post a Comment