Akibat takut kepada bayang sendiri Umno/BN terpaksa memulakan kempen awal dengan bakal calonnya, Wan Ahmad Farid bertukar menjadi sangat mesra rakyat dan 'friendly'.
Selain itu pagi-pagi lagi di Wan Ahmad Farid dilihat masuk ke kampung bertemu rakyat di kedai-kedai kopi dan bergerak dari rumah ke rumah bertemu orang kampung. Hebat betul calon BN ini memang bekerja kuat nampaknya untuk menang.
Beliau terpaksa berlakon dan bekerja keras bagi memastikan karier politiknya tidak terbantut andai beliau kalah di Kuala Terengganu. Kalau kalah jawatan Timbalan Menteri melayang dan yang pasti kedudukan sebagai senator akan dilepaskan lebih awal. Mahu tidak mahu beliau mesti menang.
Oleh kerana BN tidak yakin akan kemampuannya sendiri, BN terpaksa berkempen habis-habisan dari awal bermula sebaik sahaja Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal.
Bukan setakat lakonan ala aktor Bollywood, kini wang ringgit dan habuan mula melimpah-limpah datang ke Terengganu. Wang royalti berjumlah lebih dari RM400 juta sudahpun dikembalikan kepada negeri Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap 'Santa Klaus' kempen pilihanraya terhebat, Najib Razak.
Pengundi Cina di Kuala Terengganu menerima RM300 seorang sebagai ang pow untuk memancing mereka mengundi BN.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali pula memberitahu bahawa sejumlah RM6.1 juta akan diagihkan sebagai habuan untuk pengundi Cina di sana.
Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi 'jaminan' memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.
Namun dilihat kepada riak-riak awal dan 'mood' pengundi Kuala Terengganu ramai pemerhati percaya BN tersilap taktik memperbodohkan rakyat dengan duit dan projek. Rakyat Kuala Terengganu merasa terhina dengan tindakan BN ini.
Insya Allah mereka akan bangkit menumbangkan BN di Kuala Terengganu dengan kekalahan yang memalukan.
sumber http://mutaligat.blogspot.com
ummi...
fuhh....murah rezeki sungguh pengundi cina di sana....macam mana dengan orang2 melayu..?? hangpa dapat apa..?? berapa juta pulak untuk pengundi melayu.. atau hanya dapat berjuta-juta tempias ayaq liuq..?
8 comments:
Salam UmmiAnni
Usah dengkiler Ummi. Itu rezeki deme. Rezeki awai. Rezeki kite lepaih rezeki deme. Rezeki deme dapat duit. Rezeki kite dapat parlimen.
Kan ker gitu?
Salam'alaik..
Wah..kaya2..tkpe la, rezeki diorang..
Mmg biasa la org2 Be-eNd ni bg duit pancing undi. Teringat kata2 seseorang yg brpengaruh (tk ingat sape), kalau pihak Be-eNd bg duit, amek je..anggap la itu sbg sedekah..tetapi tetap memangkah PAS sbg satu perjuangan menegakkan Islam!=)
Salam,
Bilanya kerajaan PAS nak tegakkan Islam ni.. Yang nampak kelulusan Kandang Babi berekar-ekar.. Apa kes hudud? baru ditempelak DAP tukar statement Hudud akan dilaksanakan jika ada majoriti... takut Allah ke takut DAP?
PAS ada ajar ke nak dengki-dengki kat orang, mengumpat orang mengutuk orang..
kesimpulannya UMNO ngan PAS lebih kurang je... kita jadi mangsa politikal sekular..
ke..UMNO yang takut?
Takut pusat judi(Genting) terbesar ditutup?
Takut kilang arak terbesar asia ditutup?
Hilang sumber..takde duit nak disuap..
Mangsa tidak seharusnya berdiam diri..=)
Salam,
aku bukanlah ahli dari mana-mana parti.. lebih kepada pemerhati..
Aku taktaula pada pandangan aku nama PAS itu memberi gambaran yang cukup baik dan menarik.. tapi sebilangan besar penyokong PAS di alam blogger ni lebih dari mencari kesalahan orang daripada membina @ memajukan Agama, Bangsa dan Negara.
Apa kata semua orang bekerjasama memberi idea, tenaga dan keringat ke arah kemajuan Islam, Bangsa dan Negara. Pemimpin, Ahli Parlimen PAS saya rasa menerima pandangan positif dari rakyat.. mereka ini banyak kerja dan kadangkala tak cukup masa memikirkan masalah rakyat.. apa kata ringankan kerja mereka dengan memberi idea dan keringat.. Kalau semua penyokong PAS bersikap begitu INSYALLAH PRU-13 majoriti akan sokong PAS.. janganlah diburukkan nama dan pemimpin2 PAS dengan sikap suka mencari dan memburukkan orang lain.
wsalam..
salam
mamamat..
betol kata mike...tak lame lagi Kuala Terengganu..kite punye ..!!
Muhammad Nor Azim B. Nor Azizi..
TGNA ada kata dibagi duit ambik..bagi gula ..kacau..bagi kain pakai..undi jgn kasi kat be end..
Apa PAS boleh buat kat sana? Mat Sabu dah 3 penggal dok Kubang Kerian..habuk pun...
BN ada juga buat highway kat Kubang Kerian...
PAS- bila asa masalah kata hudud masalah orang Islam..bila kaya -kata kita nak buat projek babi...bila miskin kata- undi dapat pahala...
Undi BN Ok :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment